Assalamualaikum….
Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua pengujung blog ini dan saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada anda semua terutamanya Aunty, Hj Bakhil AMN, PJK, Dr Boulevard Gumbo dan semua pengunjung setia blog Cikgu Farizal Dot Com. Tidak dilupakan juga, ucapan ini ditujukan kepada semua rakan guru di Malaysia.

Posted by Cikgu Farizal under
Peperiksaan [9] Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Seperti yang kita maklum, kurang dari 8 jam lagi murid-murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. UPSR kali ini merupakan kali pertama untuk generasi pertama ETeMS.
Sebagi guru perasaan cemas menghantui saya sejak dua bulan yang lalu. Risau dengan pencapaian murid yang tidak menentu. Sebentar naik, sebentar turun.
Tapi kelihatanya murid relaks sahaja seolah mereka sudah cukup bersedia. Mudahan begitu..
Ok wassalam.. Selamat Berjuang bagi yang menduduki UPSR…
KUALA LUMPUR 3 Sept. Utusan Online – Situasi ‘paksa rela’ dikesan sebagai antara punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.
Katanya, keadaan itu merupakan ‘hasil’ daripada dasar PPSMI yang dicadang dan diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.
”Keadaan ‘paksa rela’ ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.
”Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, yang meminta guru-guru berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Menurut Razali, pihaknya mendapati ramai guru yang menggunakan BISP mereka untuk tujuan lain, seterusnya membantutkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun Yim Pheng menegaskan, BISP tidak harus dihentikan kerana ia akan mewujudkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.
Katanya, pemberian BISP hanya wajar dihentikan apabila Kementerian Pelajaran dapat menyediakan jumlah guru yang mencukupi untuk PPSMI.
”PPSMI masih dalam fasa percubaan, jadi memang banyak kelemahan yang dikesan,” jelasnya.
Cikgu Farizal: Sejarah lalu usah dikenang, yang penting apa yang perlu kita lakukan sekarang untuk membaiki keadaan ini.
BESUT 2 Sept. Utusan Online – Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.
”Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.
Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.
- Bernama
Cikgu Farizal :Saya nak guna elaun tu untuk membaiki bahasa Inggeris saya tetapi masa tidak mengizinkan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sambil mengisi ruang antara waktu sahur dan subuh, saya gunakan masa tersebut untuk melayari internet. Sambil-sambil membaca berita. Ada satu berita yang kurang enak dibaca dari Berita Harian Online. Berikut adalah berita tersebut.
BPR Sarawak tahan guru disyaki rasuah
KUCHING: Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sarawak hari ini menahan seorang guru berusia 43 tahun di sini atas dakwaan mengemukakan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu, kata BPR Sarawak dalam satu kenyataan media, di sini.
Menurut BPR, guru terbabit disoal siasat berhubung urusan pembayaran “Bengkel Pembinaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Teras UPSR” dari 5 Disember hingga 9 Disember 2006 berjumlah RM14,700 sedangkan kos penganjuran bengkel sebenar hanya RM11,550.
Ketika kejadian suspek adalah seorang Penolong Pengarah di Jabatan Pelajaran Sarawak dan beliau ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 11C Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Kes itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuching esok manakala suspek dibebaskan hari ini dengan jaminan BPR sebanyak RM10,000 (tanpa deposit) dengan seorang penjamin. – Bernama
Perkara sebegini amat memalukan. Tetapi dalam sedar atau tidak banyak peluang untuk perkara ini dilakukan. Cuma kesedaran kita yang dapat mengatasinya.