October 2008


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama tak menulis, Tuan Haji Bakil pun dah macam bosan dengan blog ini. Minta maaf banyak-banyak. Lepas raya ni busy sangat-sangat. Ulangkaji dengan budak-budak tahun 5, PROTIM, SQSS dan Briged Bestari. Esok nak interview calon-calon Briged Bestari generasi pertama sekolah.

Baiklah, untuk memastikan Tuan Haji Bakil terus menjadi penggunjung setia blog ini. Saya akan menulis sesuatu pada malam ini.

Seperti lazimnya, menjelang akhir tahun sebegini, kebanyakkan Kelab Guru dan Staf akan menganjurkan majils makan akhir tahun. Sama ada Hi-Tea atau Dinner.

Dalam kegairahan memilih hotel untuk dijadikan santapan. Jangan lupa perkara yang paling penting bila kita ingin makan. Bukan taraf bintangnya sesuatu hotel, tetapi yang paling penting halal atau tidak makan yang disajikan. Ingat, kamu apa yang kamu makan!

Sewaktu melayari internet sebentar tadi. Saya terjumpa lam web blog Dr Azwan yang menulis mengenai “Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang – Halal Atau Haram?”. Gerun juga saya membacanya. Terima kasih Dr Azwan diatas info yang menarik.

Setelah melayari laman web HalalJakim.gov.my baru saya tahu cuma ada 12 hotel di Kuala Lumpur yang diberikan sijil halal oleh JAKIM. Untuk maklumat sila layari http://www.halaljakim.gov.my/hotel_halal.php.

Rupanya banyak juga hotel yang saya dah pernah pergi makan tak ada dalam senarai. Geli geleman tekak den. Ok itu sahaja untuk malam ini. Selamat menjamu selera.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak lepas raya ni saya belum menulis apa-apa di blog ini. Banyak kerja lain yang perlu saya utamakan. Tetapi hari terdapat satu tajuk menarik yang ingin dikongsi bersama iaitumengenai cadangan dan kajian untuk mengajar sejarah kepada murid sekolah rendah dan dimasukkan kedalam UPSR. Berikut adalah keratan akhbar mengenai tajuk di atas.

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan dimasukkan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila subjek itu diajar secara khusus bermula pada Tahun 3 pada 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata perkara itu sedang dikaji dalam Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah yang dijangka akan beroperasi, dua tahun lagi.

Seingat saya disekolah rendah sejarah sudah pun diajar dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Tetapi mungkin KPM ingin menumpukan lebih kepada subjek Sejarah memandangan pelbagi isu yang berlaku sekarang lantaran ramai yang danggap “buta Sejarah.”

Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory Directory of Education/Research Blogs Bloggers Directory Blog Directory & Search engine

blogarama - the blog directory