Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Subjek Sejarah Dimasukkan Dalam UPSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak lepas raya ni saya belum menulis apa-apa di blog ini. Banyak kerja lain yang perlu saya utamakan. Tetapi hari terdapat satu tajuk menarik yang ingin dikongsi bersama iaitumengenai cadangan dan kajian untuk mengajar sejarah kepada murid sekolah rendah dan dimasukkan kedalam UPSR. Berikut adalah keratan akhbar mengenai tajuk di atas.

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan dimasukkan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila subjek itu diajar secara khusus bermula pada Tahun 3 pada 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata perkara itu sedang dikaji dalam Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah yang dijangka akan beroperasi, dua tahun lagi.

Seingat saya disekolah rendah sejarah sudah pun diajar dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Tetapi mungkin KPM ingin menumpukan lebih kepada subjek Sejarah memandangan pelbagi isu yang berlaku sekarang lantaran ramai yang danggap “buta Sejarah.”

Comments

2 Responses to “Subjek Sejarah Dimasukkan Dalam UPSR”

  1. aunty MALAYSIA on October 17th, 2008 11:33 pm

    salams..Setuju jer kalau sejarah/history dimasukkan dalam UPSR.Macam masa aunty belajar zaman dulu..History dimasukkan dalam Year 5 Assessment..dan ia berterusan hingga Form 3.Masa MCR boleh dipilih samada nak amik History or Geography or kedua-duanyer sekali..

    Kebaikannya banyak sangat2…Kami pada masa dulu(primary school) dapat tahu macam-macam fakta sejarah negeri n negara n luar negara..Alhamdulillah..Bila masuk ke secondary school jadi macam ulangkaji..cuma lebih detail lagi..

    Salah satu sebab mengapa pelajar sekarang kurang ‘menghormati’ lagu Negaraku dan kurang memahami sejarah negeri dan negara ialah bab-bab historical dan kecintaan terhadap negara tidak difokuskan/ditekankan sangat…
    Kalau dalam subjek civics pun x macam civics zaman dulu…Dan kurang pembacaan disebabkan kurang minat untuk mengetahui perjalanan cerita penubuhan negeri/ negara sendiri..

    Lagipun lani lebih difokuskan terhadap ICT …..Pendekata pemikiran manusia dah di bentuk ke arah…ICT…dah nak jadi macam robot cuma masih bernyawa..dan ‘soul’ dalam diri manusia sedang terhakis sedikit demi sedikit….dan mungkin akan mendatangkan kesan negative kalau tak dibendung..

  2. teacher MALAYSIA on August 20th, 2009 11:39 pm

    Sbjek Sejarah mmg bgus tp lgi bgus klu sbjek Pen.Islam dwajibkan bg sume murid Islam..sbb bdk2 zmn skrg t’lalu rndah akhlak krna sgt kurang p’didikan agma..sume xtau..ngji x tau..smyg x tau..nama2 Allah x tau tp nama2 artis cpt jer..bca Jawi x tau..Malangnya anak2 kite klu b’trusan mcm ni..di sek2 rendah murid2 kelas depan pun rmai yg x lulus Pen Islam n Jawi..Kite bsing2, marah bila PPSMI nk dmansuhkan tp sikit pn x bsing bila anak2 kite x pndai ngji,bca Jawi dsb.Tkut sgt anak2 kite xpndai bhasa Inggeris..tp sikit pn x tkut n bmbang bila anak2 kite dh sek men pn msih x pndai baca muqaddam apalagi quran..Nanti klu kite mati mcmn anak2 kite nk doakan,nk sdekah Yasin,Fatihah n dsb. Sume sbjek pnting sbnrnya tp kite yg Islam ni kenalah m’dahulukan agama kite.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!