Cuti Sekolah + Balik Kampung + Banjir + Kemalangan
Filed Under Blog, Cuti, Kemalangan · Tagged: balik kampung, Banjir, Cuti, cuti sekolah, Kemalangan, langgar belakang
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sedar tak sedar, sudah dua minggu cuti sekolah berlalu. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua yang bercuti sekolah
Manfaatkan cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Walaupun sudah 2 minggu sekolah bercuti, tetapi saya baru sahaja sampai ke kampung jam 0310 tadi. Ini kerana banyak tugasan yang perlu diuruskan. Kebetulan pula isteri bertugas pada hari Jumaat yang lalu.
Perjalanan yang semalam yang sepatutnya mengambil masa 7-8 jam menjadi 10 jam kerana tersanggut dalam banjir di Kuala Krai. Dekat 2 jam juga saya terpaksa menunggu disitu. Alhamdullillah, jam 0145 pagi, kami dibenarkan melalui jalan yang dinaiki air dengan pemantauan dari pihak polis. TQ polis Kuala Krai kerana menjaga keselamatan kami
[Read more]
Al Fatihah Buat Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran
Filed Under Blog · Tagged: Add new tag, Al-Fatihah, Datuk Razali Ismail, Timbalan Menter Pelajaran
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.
Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu. Alfatihah! Moga rohnya berserta orang yang beriman. Amin
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham..
Sumber dan gambar: Malaysiakini.com
Hari Raya Haji 8 Disember
Filed Under Blog · Tagged: Aidil Adha, Hari Raya Qurban
KUALA LUMPUR 27 Nov. — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari ini mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.
“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember,” menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. – Bernama
Kakitangan Awam Yang Pilih KWSP Boleh Sertai Skim Pencen
Filed Under Keratan Akhbar · Tagged: Keratan Akhbar, KISMM, KWSP, pencen, Skim Pencen
PUTRAJAYA, Berita Harian Online: Kerajaan bersetuju supaya pilihan semula diberi kepada kakitangan awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyertai skim pencen.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tempoh pilihan selama sebulan itu bermula dari 1 Januari 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari.
Beliau mengumumkan demikian pada majlis anugerah kualiti sektor awam 2008 di sini.
Abdullah berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam pada mesyuaratnya baru-baru ini.
Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, katanya.
Keputusan itu akan berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.
Abdullah juga berkata bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan untuk membanteras jenayah, kerajaan bersetuju untuk membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan.
“Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan bagi PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula, penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuatkusa pada 1 Jan 2009,” katanya.
Abdullah berkata memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim Malaysia, tentera laut dan polis daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan bersetuju agar kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan anggota pangkat lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkuatkuasa 1 Jan 2009.
Mengenai daya saing negara, Abdullah memetik laporan World Competitiveness Year Book 2008, yang menunjukkan Malaysia berjaya meningkatkan kedudukannya ke tangga ke-19 tahun ini berbanding ke-20 tahun lepas.
Bagi kategori negara dengan penduduk melebihi 20 juta orang pula, Malaysia berada di kedudukan ketujuh berbanding kelapan pada tahun lepas.
Perdana Menteri pencapaian yang baik juga diperlihatkan daripada segi inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi hasil daripada peningkatan usaha agensi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan secara online.
“Mengikut penilaian Brown University, kedudukan Malaysia telah meningkat daripada tangga ke-25 pada tahun lalu kepada tangga ke- 11 tahun ini,” katanya.
Abdullah berkata perkhidmatan awam boleh merasa bangga dengan pencapaian itu kerana kerajaan telah menetapkan sasaran untuk melonjakkan kedudukan Malaysia ke taraf 10 teratas dalam mana-mana kategori penarafan antarabangsa.
Perdana Menteri berkata inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam harus berdasarkan kepada ukuran yang objektif dan bukan pendapat subjektif semata-mata.
Abdullah juga mahu pemilihan pemenang anugerah kualiti sektor awam dibuat berasaskan kriteria keunggulan yang mantap serta tahap penilaian yang tinggi agar kewibawaan pemenang terbukti serta tidak dipertikaikan mana-mana pihak.
“Jika kelayakan pemenang anugerah dipersoalkan, maka ia akan menghakis keyakinan umum terhadap program anugerah kualiti sektor awam.
“Untuk itu, pengukur bagi pemenang anugerah bukan hanya setakat memenuhi kriteria keunggulan semata-mata tetapi turut melepasi ujian dari segi penerimaan umum terhadap kecemerlangan agensi penerima,” katanya.
Abdullah berkata kini sektor awam tidak lagi dikritik setelah kualiti sektor perkhidmatan awam dipertingkatkan.
“Sekarang ini amat kurang aduan diterima terhadap perkhidmatan awam dan ini dikesan dari dialog-dialog yang diadakan,” katanya. – Bernama
Kementerian Perlukan Calon KPLI Berkelayakan
Filed Under Berita Harian Online, Keratan Akhbar, Kerjaya. · Tagged: Berita Harian Online, Kelayakkan KPLI, Keratan Akhbar, KPLI
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran, Datuk Misrah Ibrahim, berkata empat bidang pengajian dikenal pasti mengalami masalah itu ketika ini adalah Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual.
Daripada 7,598 tempat disediakan kepada lulusan ijazah sarjana muda untuk mengikuti KPLI, bagi ambilan Januari tahun depan, kuota bagi Bimbingan dan Kaunseling serta Pendidikan Jasmani antara yang terbesar iaitu masing-masing 700 dan 500 tempat, sementara Pendidikan Seni Visual (380) dan Pendidikan Muzik (140).
“Tiada masalah kekurangan calon berkelayakan untuk mengisi kuota bidang pengajian lain termasuk subjek kritikal seperti Sains dan Matematik, namun seperti tahun sebelum ini, dijangkakan tidak semua kuota unjuran empat bidang pengajian berkenaan dapat diisi, mungkin kurang sedikit.
“Saya menyarankan mereka berminat mengikuti KPLI supaya memilih bidang ijazah dalam keempat-empat disiplin ini kerana selain dapat mengatasi masalah kekurangan calon, ia mencerahkan peluang mengikuti program berkenaan,” katanya kepada Berita Harian.
Misrah berkata, daripada 59,176 calon yang memohon memasuki KPLI ambilan Januari depan, 56,622 lulus ujian Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST), serta memenuhi syarat asas ditetapkan dan 15,791 disenarai pendek untuk temu duga dengan keutamaan diberi kepada ketepatan bidang kelulusan mereka dengan opsyen pengajian dipohon.
Beliau berkata, jumlah permohonan yang meningkat berbanding 56,726 tahun sebelumnya membuktikan kerjaya guru terus mendapat sambutan dan bukan pilihan terakhir apabila ada golongan profesional termasuk peguam serta jurutera turut memohon.
“Kita tetap terima permohonan mereka jika opsyen dipilih bertepatan dengan kepakaran dimiliki. Sebagai contoh, jurutera boleh memilih bidang sains,” katanya.
Beliau turut melahirkan kekecewaan apabila permohonan mengikut jantina menunjukkan calon wanita terus mengatasi dengan 47,108 berbanding hanya 12,068 lelaki.
Daripada jumlah itu, katanya, hanya 11,590 calon lelaki layak menduduki MTeST berbanding 45,032 (perempuan) dan seterusnya 4,812 daripadanya dipanggil menjalani temu duga berbanding 9,404 perempuan.
“Saya berharap lebih ramai calon lelaki akan memohon pada tahun akan datang kerana kerjaya sebagai guru ini bukan saja terjamin malah memberi mereka peluang berbakti kepada negara dengan mendidik generasi masa depan,” katanya.
Katanya, calon terbabit boleh menyemak keputusan tawaran pengambilan secara dalam talian menerusi laman web Kementerian Pelajaran mulai 24 Disember ini dan mereka yang berjaya dijadualkan mendaftar kemasukan serentak di semua IPG, 12 Januari tahun depan




on
on 

