| Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini. |
Kementerian Perlukan Calon KPLI Berkelayakan
8,829 views | Filed Under Berita Harian Online, Keratan Akhbar, Kerjaya. · Tagged: Berita Harian Online, Kelayakkan KPLI, Keratan Akhbar, KPLI
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran, Datuk Misrah Ibrahim, berkata empat bidang pengajian dikenal pasti mengalami masalah itu ketika ini adalah Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual.
Daripada 7,598 tempat disediakan kepada lulusan ijazah sarjana muda untuk mengikuti KPLI, bagi ambilan Januari tahun depan, kuota bagi Bimbingan dan Kaunseling serta Pendidikan Jasmani antara yang terbesar iaitu masing-masing 700 dan 500 tempat, sementara Pendidikan Seni Visual (380) dan Pendidikan Muzik (140).
“Tiada masalah kekurangan calon berkelayakan untuk mengisi kuota bidang pengajian lain termasuk subjek kritikal seperti Sains dan Matematik, namun seperti tahun sebelum ini, dijangkakan tidak semua kuota unjuran empat bidang pengajian berkenaan dapat diisi, mungkin kurang sedikit.
“Saya menyarankan mereka berminat mengikuti KPLI supaya memilih bidang ijazah dalam keempat-empat disiplin ini kerana selain dapat mengatasi masalah kekurangan calon, ia mencerahkan peluang mengikuti program berkenaan,” katanya kepada Berita Harian.
Misrah berkata, daripada 59,176 calon yang memohon memasuki KPLI ambilan Januari depan, 56,622 lulus ujian Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST), serta memenuhi syarat asas ditetapkan dan 15,791 disenarai pendek untuk temu duga dengan keutamaan diberi kepada ketepatan bidang kelulusan mereka dengan opsyen pengajian dipohon.
Beliau berkata, jumlah permohonan yang meningkat berbanding 56,726 tahun sebelumnya membuktikan kerjaya guru terus mendapat sambutan dan bukan pilihan terakhir apabila ada golongan profesional termasuk peguam serta jurutera turut memohon.
“Kita tetap terima permohonan mereka jika opsyen dipilih bertepatan dengan kepakaran dimiliki. Sebagai contoh, jurutera boleh memilih bidang sains,” katanya.
Beliau turut melahirkan kekecewaan apabila permohonan mengikut jantina menunjukkan calon wanita terus mengatasi dengan 47,108 berbanding hanya 12,068 lelaki.
Daripada jumlah itu, katanya, hanya 11,590 calon lelaki layak menduduki MTeST berbanding 45,032 (perempuan) dan seterusnya 4,812 daripadanya dipanggil menjalani temu duga berbanding 9,404 perempuan.
“Saya berharap lebih ramai calon lelaki akan memohon pada tahun akan datang kerana kerjaya sebagai guru ini bukan saja terjamin malah memberi mereka peluang berbakti kepada negara dengan mendidik generasi masa depan,” katanya.
Katanya, calon terbabit boleh menyemak keputusan tawaran pengambilan secara dalam talian menerusi laman web Kementerian Pelajaran mulai 24 Disember ini dan mereka yang berjaya dijadualkan mendaftar kemasukan serentak di semua IPG, 12 Januari tahun depan




on
on 


Saya sebagai guru lelaki juga merasa kecewa dengan sikap tidak minat orang lelaki untuk menyertai bidang perguruan. Mereka sepatutnya berikan pendedahan dari awal lagi agar menyertai bidang yang mulia ini. Kepada yang bakal menghadapi temuduga kpli nanti, semoga berjaya diucapakan. Boleh dapatkan TIPS TEMUDUGA KPLI di
http://kpli2u.blogspot.com/.
Saya berasa kecewa kerana gagal dipanggil untuk temuduga KPLI bagi pengambilan JUN 2009,kemungkinan saya gagal menjawap Mtest dengan cermelang atau kuota bagi bidang sains dan matematik terhad. Saya memang minat dalam bidang pengajaran dan berwawasan menjadi seorang pendidik yang dapat mendidik anak watan malaysia. Cikgu Farizal,saya seorang lelaki yang berhasrat menceburi dalam bidang penguruan dan berharap pihak kementerian dapat mengkaji semula menambah kuota dalam bidang sains.Walaupun saya berasa sangat kecewa ,tetapi saya akan terus menunggu pengambilan kpli akan datang.
Tahniah3 Mr/Encik Sim di atas kesungguhan serta memiliki minat yg tinggi terhadap bidang perguruan..Insyaallah akan dikabuli HASRAT MURNI anda oleh ALLAH 1 ketika nanti..samada lambat or cepat ….Aunty doakan agar hasrat n cita-cita anda akan tercapai jua..dengan izinNya..
Yang penting…senantiasa BERUSAHA dan bersabar menanti saat yang BAHAGIA itu…
Tahniah Cikgu Sim, inysaallah impian anda akan tercapai. Ramai senior dan kawan-kawan saya yang memohon lebih dari 5 kali baru dapat. Siap dengan rayuan lagi
terima kasih atas galakan …Saya bersabar untuk menanti ketibaan pada hari kebahagian yang akan datang,tetapi saya berharap minat ku masih 100% berhasrat menjadi seorang guru yang berwawasan pada kali kedua,ketiga atau seterusnya bagi pemohonan tersebut.Kadang fikiran ku memang berasa kecewa terhadap sistem pendidkan di negara kita. Saya akan terus menunggu saat -saat yang akan datang untuk terus berjuang atas impian saya..Semoga saya berjaya …
saya plak lain kes dia
sy mmg minat dari dulu lg nak cikgu
lepas spm sy mohon lepas test x dpt interview
n then sy smbung blaja smpi degree n mohon untuk kpli
sy lulus mtest pg intibiu
tp..sy baru je lepas blaja dlm 2 minggu lepas
makna dia sy xda degree lg..
sy nak tnya adakah pluang sy untuk jadi cikgu tipis.. harap dpt tlong
Insyaallah…kalau dah diTAKDIRKAN encik adnan jadi seorang pendidik…maka akan jadilah encik adnan seorang pendidik…
Seorang pendidik tidak bermakna menjadi guru semata-mata,malah bidang pendidikan itu amat luas sekali…
aunty doakan agar impian murni encik adnan akan menjadi KENYATAAN…iNSYAALLAH
A’kum, baru2 ni saya tidak mendapat temuduga program pendidikan bagi Ijazah Sarjana muda pendidikan (ISMP), namun sebelum tu saya telah layak dan telah menduduki ujian (MEdSI). Adakah saya berpeluang untuk menduduki KPLI? Oleh kerana saya tidak mendapat program pendidikan di IPTA, tapi saya masih jurusan pilihan terutama jurusan Seni bina. Sekiranya saya mendapat tawaran dan mengikuti jurusan tersebut (Seni bina), layakkkah saya untuk memilih opsyen Pendidikan Seni?
sedangkan CGPA STPM saya ialah 3.34.
salam,,
saya nak tau cm mn rupa inteview DPLI? n apa silibus untuk masalah pembelajaran?
muhd hafiz…kalau tak silap pemahaman sy dari penulisan hafiz tu… hafiz teruskan aje pengjian pendidikan di IPTA….belajar dulu nanti bila sem 2 .. hafiz tukar bidang yang hafiz minat… itu lgi mudah… sure2 dah ada tempat dalam bidang pendidikan bila kuar nanti…..nak pohon KPLI bukan mudah persaigan banyak… peluang dah dapat di IPTA so go on jer…saya dah 6 kali mintak kPLI akhirnya dapat tapi oleh kerana mengandung maka tak dapat nak daftar… rayu untuk tangguh pun tak dapat… so kena mula dari awal…. tgk ada rezeki…..ada ler….tapi saya tak pernah putus asa.
salam semo.. yg berjaya kpli tu..tahniah..kpd yg gagal harap bersabar..mungkin
ada hikmah di sebalik itu..saya pun dah mohon 5 kali kpli tapi lum ada rezki lg..
memang byk saingan kpli ni..
salam semua…
saya nak tanya..
saya lulusan stpm 2007 dan memohon ismp…
tahun ni alhamdullillah…
boleh dikatakan saya berjaya melepasi ujian medsi dan temuduga pendidikan…
saya nak tahu adakah semua yang sudah melalui temuduga pendidikan akan lulus dalam temuduga tersebut ataupun pernah berlaku sebelum ini ada calon yang gagal? kawan2 saya yang memohon kursus pendidikan sebelum ini semuanya yakinkan saya yang saya akan lulus temuduga tersebut tapi saya saya masih khuatir lagi…result keluar pada 19 jun ini…
salam..
saya skarang ni tgh menjalani program kpli.. minggu depan saya mula praktikal. memang betul goverment bnyk memerlukan guru skarang ni utk menampung pendidikan yg makin mencabar..saya mengambil tesl.. dan dlm kelas saya cuma ada 4 org guru pelatih lelaki.. dpt bayangkan kan.. berbanding perempuan.. persaingan mmg sengit.. terus terang saya katakan.. apapun alasan seorang guru kpli menjadi guru.. tanggapan insan lain yang bergelar guru kerana kata mereka golongan kpli golongan bertuah.. elaun pelbagai.. gaji besar.. entah la.. kenapa x cuba dimengertikan.. itu yg namanya rezeki.. yg penting keikhlasan.. betul kan cikgu??
Saya rasa terkilan tak berjaya dapat KPLI. Ambilan Jun ini adalah kali terakhir saya mohon sebab faktor usia. Tahun depan dah tak layak. Bagaimana agaknya cara nak buat rayuan?
samekom sumer.saya bersetuju sangat dengan isu di atas. saya da 3 kali mohon kpli,tptak lepas p intebiu. tapi kali ni saya dapat kpli dalam opsyen pendidkan jasmani.ramai tak minat jasmani ni,alasan dorang kureng standard.tp bagi saya,standed ke tak stended ke yang penting niat tu yang betul tuk didik anak bangsa.kos kat U dulu pun economic…da jau penyimpang.tapi tak pe la,et lis da bejaya.nasihat saya ngan kawan2,cuba try ke empat2 bidang ni….peluang lebi cerah,dan satu saya nak kongsi,bila dah ngajar nanti kita tak semestinya ajar Pj je kat skolah…ada subjek lain lagi.slamat maju jaya.chayo3
slm suma, sy tengah sdih skarang,
tak tau camna nk setel problem ni
sy dapat masuk kursus dpli ambilan julai ni
tapi pregnan r plak– masa intrview hari tu pun dorang dah tau (dah rezeki dapat)
dpli ni kali kedua saya mintak m/kala kpli dah 3kali(blum prnah di interview
so kali ke 5 ni r baru dapat peluang
sy sedih nk lepaskan peluang niii
dah try cal kPT tanya ada pluang tak mntak tangguh
tp dorang cakap sesi julai ni last intake n akan dimansuhkan buat sementara
so takleh mintak tangguh, sebab dorang dah jelas pompuan pregnan tak leh ikut kursus. sedangkan dorang takdak pun tulis kat mana2 krtas bhw takleh prgnan hua huaaaaa..so ada cadangan tak camna nk setel masalah saya ni,, tak kan nk lepaskan peluang kita pada org lainnn.. harap teman2 semua dapat komen
salams cik aszchibi..Camner keputusan KPLI? Semoga berjaya.
Cik Ann,Semoga rayuan cik Ann diambil perhatian and success awaits U.Insya Allah.
Puan Anis..rezki tu Allah yang tetapkan….So, tak perlu risau…Ada HIKMAHs disebalik segala ‘kejadian’ dan ‘dugaan’ Jaga kesihatan DIRI dan anak dalam kandungan..Insya-Allah lepas selamat bersalin..adaler ganjaran lain yang lebih baik yang akan Allah.. berikan.
alamak sedihnye…anis saye harap anis sabar byk2… m speechless(
salam…sy bc suma luahan/masalah org lain sehingga sy terpanggil utk meluahkan apa yg saya rasa…sy skrg ni jd gstt (dh 2thn)
sebab
MINAT sy mmg nak jd cikgu..dari kecik lg…
lepas stpm sy mohon pendidikan (isi borang upu) bagi kesemua 8 kursus yg ditawarkan…tp xberjaya…:(
after grade sy cuba lg..mintak kpli..tp……………..:(
kpli 3x amek mtest sumanye xberjaya…
dpli 2x..kali pertama, sy terlepas ujian medsi
kali kedua,ujian medsi sy lepas..tp interview xlepas (intake julai 09)…
waaa….kecewanye sy…
ramai kwn sy yg dpt dpli intake julai…(congrate kt diorg)
waa…tambah2 kecewa…….(nape aku xdpt)
smp skrg sy sgt2 kecewa….ditambah lg dgn ibu bapa sy yg kecewa dgn sy…
lg sy kecewa+sedih sgt…ble fikir2 bnda ni…air mata akan mengalir………
terkilan sy msih terasa smp skrg……………
help me…
faz, jgn sedih… doa banyak2 ye.. semoga Allah memudahkan sbb DIA sahaja yang layak memberi rezeki… saya doakan next intake faz berjaya… teruskan gstt..jgn sedih2..ape pun jalan nak apply mesti cube… dan cube yg tak famous.. cume ateh tak dapat tolong mcm mane nak tau coz coz terpencil, sbb coz terpencil biase chance nak dapat tinggi kalau apply…maafkan saye kalau pendapat ni salah.
yup…maybe belum ada rezeki..
pendapat ateh tak salah pn..
anyway,thanks…
sy berminat dlm bidang perguruan tp setiap kali menghadiri ujian mtest xberjaya..sesiapa boleh memberi tips or anything…
dan sesiapa tahu utk kpli ambilan 2009 diharap dpt memaklumkan kpd sy..
emailkn ujgz_569@yahoo.com..
thanks…
pelik jg bila dgr citer kgkawan yg 4,5 kali intervw kpli tp still gagal. Pd pendapat sy, mereka ni harus diberi peluang jg. Dah 4,5x intervw means mereka ni bsugguh2 la nak jd cikgu.(hopefully…) Nak2 yg ada penglmn jd GSTT 3,4 thn. Memg sekarang tapisan untuk bakal guru memang ketat. Tapi dalam pada 2 ada ramai jg guru2 baru yang bermasalah. Yang sy heran, ada gak bakal2 guru yg kategori ‘mak nyah’. kalau tak percaya tgk la di Maktab2 or IPTA. Ada yg bpenampilan memg x sesuai sbg seorg guru spt mewarnakan rambut, berkuku panjg, pakai seksi dll.macam mana golongan ni nak jd pendidik kalau tak dapat bg contoh yg baik?
bgaimana golongan2 seperti di atas leh lepas tapisan smasa intervw???
Sapa nak jawab…………
salam seme.. saya nak tanye last mintak cikgu umur bape? banyak ke kekosongan dalam bidang TESl.? tq
Stau sya sbjek BI mmg sntiasa kekurangan guru n ini mnimbulkan byk mslh di sek2 sbb d mana2 sek pun BI adalah d antra ‘killer’ sbjek jd mcm2 program perlu dibuat.Sape2 yg lum dpt jd ckgu tu sbarlah byk2 n b’doa mudah2an d prkenankan.Yg KPLI dhrap anda x mjdikan profesion guru ni sbagai ‘penyelamat’ hidup anda..Fikir msk2 sblum anda ‘terjun’ ke dlm dnia p’guruan.Jgn sbb sblm ni anda prnah jd lawyer or lain2 keje yg lbih hbat dpd ckgu anda msih t’bwk2 prasaan itu wpun dh jd ckgu..Jd ckgu ni smalah mcm kita jd mak n ayah wpun kite lum kwin. Jgn t’kejut klu dh jd ckgu nnti kncing berak n sakit dmam bdk pun adalah d bwah tgungjawab kite..Kpd sume guru sya yg telah ‘mnjadikan’ sya CIKGU sya ucapkan terima ksih byk2.Jasa ckgu2 sume akn ttap dkenang hingga ke akhir hayat..
*dpd kecik bila org tnya bsr nt nk jd apa msti sya jwb nk jd cikgu,,Alhamdulillah..Allah p’mudahkan semuanya n kini sya b’gelar GURU@CIKGU..*
dari kecik saya selalu excited terlebih lebih bila time sekolah walaupun masa sekolah tak terer langsung… tapi berkat excited lama-lama Alhamdulillah…
Semua cikgu b.i saya adalah idola saya in terms of their hardworking spirit…dan paling terkesan Miss Ng..Miss Ng ni garang orangnye…tapi saya tetap excited setiap kali ada kelas dengan Miss Ng…sebab she has the aura.. makes me feel bersemangat gitu…hehe….
Thank You very much to ALL of you… now i am like ‘Miss Ng’…. hehe…
so much to imitate and implement…
i try my best..everyday i learn something..as a teacher..
p/s dekat kedai buku yg saya selalu beli buku latihan…dah banyak kali terserempak cikgu-cikgu lama saya…very happy to see them look good and healthy
muka mereka tak berubah tau… still the same old person even dah belas belas tahun tak jumpa…
Salam…
Nak share je…
Sy tggu hampir 8 tahun baru dpt kpli…
Banyak sangat halangan dan dugaan…
Yang penting kita lalui je dengan hati terbuka…pasti ada hikmah..
Alhamdulillah, setelah lama menunggu dan bersabar,
saya berjaya.
Memang sekali je test dan intebiu, tp harus dingat, 8 tahun tmpoh yg lame nak tggu tuk dptkan sesuatu…kalu kire apply KPLI agaknya 7 or 8 kali la..
So…jgn putus asa…ingat Allah hanya bagi yang terbaik tuk kite dan yang kite leh lalui sepanjang idup kite ni…
Moga kita dpt renungi bersama..
Lagi 2 minggu nak habis praktikum ni…;-)
Doakan saya berjaya ye…
Saya doakan sume yang ikhlas dan bersungguh-sungguh nk jd cikgu tu akan terima ganjarannya nanti…Amin
Slmt berjaya sume…
tau x bila agak2nya kpli jan 2010 akan kuar?dpli diberhentikan tahun depan..how about kpli,ade lg kan?
Jadi cikgu bukanlah mudah..kena bersedia dari aspek fizikal dan mental.. Kepada graduan muda, janganlah kamu hanya berharap kepada pekerjaan guru semata-mata sekiranya bukan dari ijazah pendidikan. Banyak lagi bidang lain yang boleh diteroka.
DPLI akan dtutup mulai tahun depan.hanya akan d buka jika ada keperluan..
Menurut rakan saya berada di IPGM.. Kamu boleh memohon KPLI ambilan Julai 2010..tq.
kalo tgk dlm moe br2 ni..ada pemberitahuan tntg kpli 2010 ditutup..harap 2011 dibuka semula..ramai di luar sn msh berharap kan..
Salam….saya pelajar tahun 3 2009 UTeM jurusan Diploma Teknologi Maklumat & Komunikasi. Saya berminat untuk menyambung bidang perguruan di UPSI iaitu jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat. Adakah jurusan ini sesuai dengan saya? dan apekah elemen2 yang biase diajar oleh guru2 lepasan dariapda jurusan ini??
Salam..
just nak mintak pendapat..
saya dh byk kali memohon kpli & dpli..tp xlepas..setakat ambil exam sahaja..boleh dikatakan since 2006 sampai 2009, saya tetap xputus asa menduduki exam mtest & medsi..mcm2 opsyen dipilih berlainan setiap kali memohon,tp masih lagi belum diterima..mungkin belum ada rezeki..
oleh kerana terlalu meminati bidang perguruan,saya telah berkhidmat sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) selama hampir 3 tahun..orang kata, dah ada pengalaman sebagai guru lebih memudahkan untuk dpt kpli tapi masih lagi gagal…saya sangat kecewa, memandangkan tahun ini KPM akan mengurangkan GSTT & ramai GSTT yang dah ada pengalaman 2 tahun mengajar telah direject.
persoalannya, kenapa kpli tidak memberi peluang kepada guru GSTT yang dah ada pengalaman mengajar 3-4 tahun?kenapa kebanyakan calon yang dapat tawaran kpli, merupakan golongan yang memilih bidang perguruan sebagai jalan terakhir utk mendapat kerja, bukannya golongan yang dah ada pengalaman sebagai guru seperti kami?
SALAM SEMUA..SAYA SAMA DGN KWN BERMINAT SANGAT UNTUK MENJADI GURU TAPI TAK DAPAT PELUANG..MUNGKIN BELUM REZEKI,,BERSABAR JELA
Slm. Sekiranya anda berminat menjadi guru tuisyen secara tetap atau part-time untuk kelas bagi subjek2 kepakaran anda untuk Sabtu dan Ahad sahaja UPSR, PMR & SPM, sila hubungi Abu Hudzaifah 019-7720483, CEO Pusat Tuisyen SMART, Impact Learning Centre di Jalan Reko, Kajang. TQ.
hi cikgu farizal…i nak tanya sikit.kalau gagal ujian medsi tahun ini…lepas tiga tahun habis ijazah saye boleh tak buat kpli
brapa had umur utk apply kpli ye?
Calon lelaki Kurang?…Bukan sebab tak nak jadi Guru bro…..Tapi dah putus asa dengan kementerian..asyik2 pompuan jer terpilih…smpai lelaki suma dah duk tua dah tak dpt nak apply…so jgn salah kn org lelaki jer…Tengok mcm mana kementerian membuat keputusan untuk memilih..KPLI memang la kita dah tau masuk kat pedalaman..Cuba fikir balik…Guru-guru pompuan yang bujang memang lah kata sanggup nak keja kat mana pelusuk negara pun…tapi bila dah kawin, haaa, di situlah masalahnya..Ikut suami la, tak tahanla jauh sangat ..apa lagi..mohon pindah sana -sini..Rasanya KPM tak fikir benda kecik mcm tue…yang dorang nak tau macam mana petahnya bercakap seseorang individu dalam pemilihan temuduga…itu jer…namun bila dah jadi guru sok, barulah kita tahu kualiti sebenar yang pandai bercakap ni..Daya emosi tak tau ke mana..tak tahan karenah pelajar luar bandar..tak syok duk kat pedalaman….kena hantar kat pedalaman, emosi plak tak tahan..aper la nak jadi..Yang nak sesangat jadi guru plak tak dapat.,macam mana ni?..100kali jadi gstt,200kali ambik MTEsT…400kali p temuduga pun KPM tak layan langsung kalau tak lepas TEMUDUGA…so, apa yang KPM nak?…KPM nak yang cuma pandai cakap jer…yang lain dorang tak nak..emosi,ketahanan jiwa,minat,ikhlas tue bagi KPM masalah kecik jer…yang paling penting pandai cakap & result kat University dulu 1st Class…Wei..guru dulu2 lepasan SPM jer pn bleh hasilkan pelajar cemerlang gak kalau ikhlas…Tak semua Siswa time kat U 1st Class tapi keja pun 1st Class..tak semua siswa yang kat U dulu LOW Class, keje dia pun Low CLass…ingat, masa sentiasa berubah..pemikiran berubah..semua berubah…hahahaha…puas ati aku..
Wah..abang ni nampak marah jer…hehehehehe…
salam….nama saya safwan, saya skrg tgh praktikal….cadangnyer lepas praktikal ni…saya nk apply KPLI or GSTT…..soalan saya:
1. apa chances saya utk berjaya biler saya apply KPLI or GSTT?
2. saya cadang nak ajar subject sains or maths sbb kat U ade gak blaja genetics and maths, ada dgr citer dh byk sgt sains n maths sampai byk candidates kene cut off, so agak2 berjaya x???…
3. soalan terakhir, bila next session utk apply KPLI or GSTT?…klu kater tgk internet….klu boleh bg link skali???….
terima kasih bg yang membantu or yg memberi idea…assalammualaikum