Tue 2 Dec 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sekarang sudah pukul 2.27 pagi, di luar sana hujan masih belum berhenti. Nak dipejamkan mata, hati bimbang kereta takut ditengelam dek banjir. Huh…
Apa khabar pembaca sekalian? Moga sihat hendak-Nya. Saya meneliti ruang sembang di side bar. Ada isu hangat rupanya. JIka berkesempatan nanti saya tuliskan. Insyaallah. Masih banyak soalan diruang pertanyaan masih belum berjawab.

Oh, ya,, pejam, celik, pejam celik hari dah 2 Disember 2008, rasa macam baru semalam 1 Januari 2008 disambut. Memang pantas masa berlalu. Patutlah dalam al-quran, Tuhan bersumpah demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali…
1 saat masa bertambah, maka 1 saat juga usia bertambah, maka jugalah 1 saat umur berkurang. Pertambahan usia beerti pertambahan tanggungjawab dan pengurangan tenaga bagi mereka yang melepasi pick usia.
Ha..ha.. sudah melalut penulisan saya, mungkin kesan kopi sawda sudah berkurangan dan mata mulai mengantuk.
Ok, tahun 2008 sudah hampir kepenghujungnya, bagaimana dengan azam anda? Sudah tercapaikah kesemuanya?
Ok, wassalam.. Hujan diluar sudah berhenti.
Cikgu Farizal


