| Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini. |
Email Pilihan – Tips Motivasi Kerja Dari Dr. Fadhilah Kamsah
4,054 views | Filed Under Email Pilihan, Motivasi · Tagged: Dr Fadhilah Kamsah, kerja, Kerjaya., Motivasi
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Pagi ini saya ingin kongsikan dengan anda satu email yang diforwardkan ke mail box saya oleh seorang teman.
“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah
Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’, tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih…
Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya…
Sekian wassalam


“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

on 


terima kasih kepada rakan guru yang telah menyumbang idea serta berkongsi ilmu pengetahuan. semoga kita teruskan perjuangan.
jika tidak keberatan, diharap rakan guru dapat berkongsi tentang teknik pengajaran yang terbaik. saya adalah seorang anak muda yang baru menyertai keluarga pendidik.
kita selalu rasa kita betul sebab kita seorang guru..tapi kita tidak sedar betapa banyak kesilapan yang telah kita buat. Setiap saat yang bermakna kita akan mendapat ganjaran yang besar dan setiap saat yang terlalai pasti akan dipersoalkan.
salam sejaahtera,
guru merupakan pekerjaan yang sangat mulia. namun kadang-kadang kerjaya ini sering menjadi pilihan terakhir dek kerana tiada pilihan lain. bukan mudah bergelar pendidik kerana kerjaya ini memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.