Sun 7 Dec 2008
Assalmualaikum dan salam sejahtera…
Sebenarnya, sekarang ini, saya dan isteri dalam hari-hari yang mendebarkan menunggu kehadiran anak yang ke-2. Due datenya adalah pada 11/12/2008 ni.
Sekarang saya, isteri dan keluarga sedang pening memikirkan nama yang seuai untuk bakal bayi yang akan lahir ini. Gabungan dua nama dengan permulaan A dan F menjadi pilihan.
Jika perempuan, ibu-ibu saudaranya berharap agar dikekalkan nama ke dua anak saya yang sulong. Iaitu Fitriah. Anak sulong saya bernama Afaf Fitriah, panggilan Afaf.

Mencari nama untuk anak bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangka. Nama tersebut akan dibawa hingga ke mati. Bukan sahaja kemati, malah nama terebut akan digunakan di hari Qiamat nanti seperti maksud sabda Nabi yang telah diriwayatkan : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu”.
Jadi, nama yang dipilih haruslah baik,bersesuaian dengan setiap usia anak tersebut. Waktu dia masih bayi, muda dan tuanya.
Selain itu nama juga merupakan doa kepada individu yang memilikinya. Jika namanya baik maka baiklah doa yang didoakan oleh sipemanggilnya.
Saya juga inginkan nama yang mudah dipanggil sepenuhnya. Jadi saya menghadkan untuk dalam satu perkataan tidak lebih dari 3 suku kata.
Sekarang saya sedang meneliti nama-nama yang terdapat di laman web www.muslimrishtey.com.
Agak-agak nama apa yang sesuai untuk bakal anak saya ini?
Baiklah, sebagai panduan bagi anda yang sedang dalam dilema seperti saya, di sini saya sertakan panduan menamakan anak yang saya petik dari blog bcomingamom.wordpress.com
PANDUAN MENAMAKAN BAYI ANDA
(Nasihat 14 Perkara)
1. Sekadar Nama
Nama-nama yang panjang bukan sahaja merumitkan proses menulis nama-nama tersebut, malahan menyukarkan untuk orang lain menyebutnya. Seterusnya, yang menyebabkan panggilan jolokan seperti penggunaan hujung nama tersebut yang lebih mudah walaupun tidak mempunyai maksud langsung dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Kejadian-kejadian seperti ini boleh membuat tidak puas hati di kalangan yang empunya nama. Oleh kerana itu, eloklah kita memberikan nama yang mempunyai maksud yang balk dalam agama kita, daripada kita membuta tuli memberikan nama yang kita fikirkan sedap didengar untuk anak-anak kita.
2. Kebangsaan
Kita mengetahui bahawa agama Islam adalah agama universal, tetapi kita boleh perhatikan bahawa negara-negara Islam lain di seluruh dunia mempunyai identiti sendiri menamakan anak-anak mereka, baik di Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia, Bangladesh, mahupun di negara China. Sekiranya anda ingin memberikan nama yang berbau kemelayuan atau kenegerian seperti Siti, Seri, dan Daeng, pastikan ia tidak sukar untuk disebut atau ditulis yang boleh menyebabkan masalah kepada anak anda nanti.
3. Keagamaan
Dalam agama Islam, Rasulullah (s.a.w.) telah menganjurkan supaya kita memilih nama yang balk untuk anak-anak kita. Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu”.
4. Jantina
Kita bersyukur kerana ramai antara kita tahu membezakan antara nama-nama lelaki dan perempuan. Tetapi ada sesetengah yang kurang bernasib baik mempunyai nama-nama berlainan jantina seperti Mazrin atau Norulhuda, untuk lelaki dan sebaliknya Mahfuz atau Hanis, untuk perempuan. Akhirnya, anak-anak lelaki akan Iebih berasa tertekan atau diejek apabila mereka disangka perempuan daripada anak-anak gadis yang disangka lelaki. Walaupun begitu ada nama-nama yang boleh digunakan oleh kedua-dua jantina tersebut seperti Azizi dan Noor. Dan ada juga menambah nama-nama awalan seperti Muhammad (lelaki) atau Nurul (perempuan).
5. Berapa Nama
Tiada undang-undang di negara kita yang menghadkan kita untuk meletak berapa banyak atau berapa panjang nama untuk anak-anak kita. Pastikan nama anak anda tidak terlalu panjang yang menyukarkan mereka sendiri nanti untuk mengisi borang-borang pekerjaan atau sebagainya. Dan yang paling sedih sekiranya ada anak-anak gadis yang bernama panjang yang sukar untuk bakal suami mereka menyebut ketika majlis akad nikah nanti. Jangan salahkan bakal menantu anda ataupun tok kadi, sekiranya akad nikah anak gadis anda diulang beberapa kali!
6. Sebutan Glamor
Nama-nama yang panjang biasanya menyukarkan untuk orang lain menyebut dengan betul. Kesukaran yang paling ketara apabila mereka mahu menyebut nama tersebut dengan kerap. Mempunyai nama-nama yang sebutannya sedap didengar dan glamor boleh membuat seseorang itu berasa bangga, tapi ia juga akan membuat yang empunya nama berasa tertekan.
7. Kemasyhuran Nama
Nama-nama popular yang digunakan seperti Muhammad, Ali, Ahmad, Siti, ataupun Nurul membuatkan anak-anak anda berasa seperti orang kebanyakan, kerana mereka berasakan seperti berkongsi nama dengan yang lain. Walau bagaimanapun, nama-nama yang jarang kita dengar akan membuatkan anak-anak kita berasa terasing kerana ia berbunyi pelik dan ganjil.
8. Keunikan Nama
Pernahkah anda membelek buku telefon dan mencari nama seseorang seperti Ahmad Hassan? Anda mungkin tidak dapat mencarinya tanpa melihat alamat beliau. Ada sesetengah ibu bapa memberi nama yang unik seperti Jalwa atau Difun yang akan menyebabkan orang lain kurang memberi perhatian kepada mereka.
9. Nama Panggilan
Kebanyakan nama dipendekkan atau diberikan jolokan ketika mereka masih kecil dan di zaman remaja. Contohnya, Syamsuddin mungkin dipanggil Sam ketika kecil, Din ketika remaja, dan Sudin ketika memasuki universiti. Jadi jika anda tidak mahu anak perempuan anda dipanggil Sam, jangan namakan mereka Syamsiah.
10. Makna
Kebanyakan kita tidak tahu makna ataupun erti nama kita sendiri, dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab. Tetapi kebanyakan nama-nama ada makna dan anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda tahu makna nama-nama tersebut sebelum menamakan anak anda. Nama yang berbunyi pelik, kelakar, memalukan, dan menjijikkan kemungkinan besar tidak memberi kesan kepada masa depan anak-anak anda. Tetapi jika anda mempunyai pilihan, nama-nama yang mempunyai makna yang baik akan membuat anak-anak anda bersyukur dan berterima kasih dengan pilihan anda.
11. Pertukaran Nama
Mengikut Akta Jabatan Pendaftaran Negara, anda dibenarkan menukar nama anak dalam masa setahun dari tarikh pendaftaran. Selepas itu, anda dibenarkan membuat tambahan ataupun alias @ tanpa membuang nama asal anak anda. Pastikan anda memeriksa dahulu bakal nama yang anda pilih, walaupun pertukaran boleh dibuat, bukankah itu merumitkan?
12. Rujukan
Banyak buku-buku rujukan nama terdapat di pasaran, tetapi kebanyakan buku-buku tersebut hanya menggambarkan sesuatu golongan ataupun pilihan pihak tertentu. Pastikan anda mempunyai beberapa buku rujukan, ataupun bertanya dengan rakan-rakan yang lebih berpengetahuan dari segi agama. Dan yang paling penting, pastikan anda tahu makna dan juga ejaan dalam bahasa Arab yang asal.
13. Tajul Muluk
Apakah itu Tajul Muluk? Sekiranya kita bertanya orang-orang tua ataupun datuk-datuk kita, kebanyakan mereka menggunakan buku rujukan ataupun kitab-kita lama, seperti kitab Tajul Muluk. Tajul Muluk ada!ah sebuah kitab yang menceritakan dan memberi anda petua seperti menamakan nama bayi yang baru lahir ataupun bilakah hari yang elok untuk mendirikan rumah dan sebagainya. Dalam zaman teknologi yang senba canggih ini, kitab-kitab seperti itu sudah lama kita lupakan. Walau bagaimanapun, anda tidak bersalah atau berdosa sekiranya anda tidak menggunakan kitab-kitab tersebut.
14. Pilihan Siapa
Siapa yang sepatutnya memiIih nama-nama anak kita? Pilihan ibu, bapa, datuk, alim ulama ataupun pilihan anak-anak kita sekarang? Biasanya anak sulung menjadi mangsa bilamana ibu dan bapanya memiIih untuk menggabungkan nama mereka. Pernahkah anda terjumpa kawan anda yang bernama Yuziah -kacukan nama ibu (Fauziah) dan nama bapa (Yusuf)? Sesiapapun boIeh memiIih, selagi nama tersebut mempunyai maksud.
dipetik dari Nama-nama Melayu Islam – Abdul Ghani Hj. Masrom (cetakan kedua 2003)
Sekian, wassalam..



December 10th, 2008 at 10:10 pm
apa-apa pun nama yang dipilih biarlah sederhana makna namanyer…Semoga mendapat keberkatan Illahi .Insyaallah
December 11th, 2008 at 12:02 am
Betul tu Aunty… Setengah orang bukan main pening cari nama yang mempunyai maksud yang hebat untuk anak tetapi memanggil dengan singkatan yang tiada maksud
December 12th, 2008 at 11:15 am
salam…
untung orang anak ramai, kerana macam2 nama yang baik boleh diberi pada anak-anak.
apapun nama yang baik tu minta pendapat isteri dulu, dia yang mengandung dan melahirkan.
saya pun ada tulis pasal ‘nama dan harapan’…hehe promote sikit cikgu.
February 28th, 2009 at 2:54 am
Kalau ikut pandangan tok guru pondok. Tak molek nama anak dirancang awal sebelum anak lahir. Sebab itu ada hadith nabi mengatakan , diberi tempuh 7 untuk menamakan anak selepas dilahirkan. Nama itu sendiri ada rohnya.Takut nama anak yang di rancang tidak sesuai dengan anak. Sebaik-baiknya nama anak tidak perlu panjang sangat. Kerana dikatakan anak akan menjadi bebal dan degil. panggilan dari kedua orang tua itu doa. kalau dipanggil pangkal atau hujung saja mungkin tidak sama dengan maksud nama sebenarnya.Cuba perhatikan nama orang yang bijiak-bijak kebanyakan nya pendek belaka. Wallah hu a’ lam bis sawab. Rujuk pandangan orang alim ulama itu sebaik-baiknya.
July 23rd, 2009 at 3:49 pm
Askum,
Saya ni tgh cari maksud nama Farizal, tup tup terjumpe ruangan ni.. so sape2 yg tau, atau cikgu farizal sendiri bole x bgtau sy ape maknanye
terima kasih.
August 6th, 2009 at 12:44 pm
salam..
hai farizal.mai pun tengah cari name anak yang ke2 ni.nasib ade ruangan ni.leh gak tengok-tengok!
September 14th, 2009 at 10:23 am
salam…
tgh mencari nama anak dengan gabungan dua nama dengan permulaan D dan Z..
Contohnya Damia Zahraa…
September 16th, 2009 at 8:57 am
Fuyooh! Nama gabungan susah saya nak bantu..kalau nak nama cantik-cantik yang lain boleh la tolong..dengan sikit-sikit ilmu yang ada.
September 16th, 2009 at 9:49 am
bukan apa nak nama gabungan ni..
saya ambik pangkal nama isteri D dan pangkal nama saya Z..
Damia Zahra tu ada makna tak?
Bakal timang anak sulong ni..
October 10th, 2009 at 6:35 pm
nk taw ape maksud nama farizal..
da merata cari tp xjumpe..
February 2nd, 2010 at 1:29 am
tolong bagi maksud nama :-
1 . airiel zidane
2 . amir mukhris
3 . ammar farrish
April 1st, 2010 at 12:40 pm
SLM..
sy nkk tahu makna nama
DARISH
DAMIEL
tq
April 27th, 2010 at 10:25 am
salam… nk mntk bagi cadangan nama anak sulung ni……..
klu bleh nk gabubagn nama sy n hsbd. leh tlg bg cadangan x….
nama sy: siti norafidah
nama suami: wan mohd hafiz
tlg la bg cadanagn nama yg best n bmakna utk first baby kami ni berdasarkan nama kami……….
May 30th, 2010 at 10:25 pm
assalamualaikum,nak tanya apa maksud nama MOHAMMAD MUKHERY UWEWIS,MOHAMMAD SYAMMEER HAFIFIE,PUTRI NUR CARMELA DAN MOHAMMAD NAZRIEL AFRIEL.Terima kasih