Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Pertubuhan Guru Tidak Mahu PTD Dalam Perkhidmatan Pendidikan

Oleh Amir Hamzah Nordin
upen@bharian.com.my

MAJLIS Permuafakatan Kesatuan dan Persatuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia mengulangi pendirian bahawa pihaknya tetap menolak pelantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik dalam sistem pentadbiran Kementerian Pelajaran.

Pengerusinya, Jemale Paiman, berkata perkara itu satu daripada beberapa ketetapan yang diputuskan majlis berkenaan dalam pertemuan wakil 24 kesatuan dan persatuan guru di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Selain ketetapan yang juga terkandung dalam Deklarasi Kota Bahru yang diputuskan sebelumnya, beliau berkata, antara ketetapan lain ialah ialah penstrukturan pegawai di jabatan pelajaran negeri (JPN) dan pejabat pelajaran daerah (PPD) harus mengambil kira pandangan persatuan dan kesatuan guru sebelum ia dilaksanakan.

Beliau yang juga Presiden Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia berkata, pihaknya tidak mahu berlaku salah faham dan pertindihan jawatan serta tugas yang membawa gangguan dalam sistem pentadbiran di peringkat kementerian, JPN dan PPD.

“Selain itu, semua pegawai sama ada di kementerian, JPN mahupun PPD perlu dikekalkan di tempat sekarang walaupun dinaikkan ke gred lebih tinggi.

“Kepakaran pegawai berpengalaman ini amat diperlukan bagi memajukan sistem pentadbiran pelajaran. Penempatan semula yang tidak sesuai akan menjejaskan integriti mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Jemale berkata, ketetapan seterusnya ialah menolak Peperiksaan Tahap Kecekapan bagi memberi peluang pegawai dan guru berpengalaman yang ketinggalan dalam perjawatan naik pangkat kerana tidak mencapai tahap minimum dalam penilaian berkenaan.

Majlis itu juga mahukan semua pengarah JPN serta pegawai di PPD menjalankan tugas dan tanggungjawab berdasarkan arahan serta keputusan Ketua Pengarah Pelajaran.

“Kita mahu semua bertugas dengan penuh dedikasi dan berhemah tinggi bagi meningkatkan tahap profesional perguruan berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan teras kelima.

“Pihak kementerian juga sudah tiba masanya mewujudkan perjawatan pada gred baru bagi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma sehingga DGA40 berbanding setakat ini DGA34 dan terkini DGA38 bagi guru besar dan pengelola cemerlang.

“Kami cadangkan Gred DGA40 dikhususkan untuk guru besar dan pengelola cemerlang, DGA38 guru besar, DGA34 bagi lantikan jawatan guru penolong kanan hakiki, DGA32 guru ‘time-base’ dan cemerlang, manakala DGA29 guru baru.

Jemale menjelaskan, majlis berkenaan turut memutuskan supaya Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah turut diperluaskan ke kementerian, JPN, PPD, Bahagian Nazir Sekolah serta Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kenaikan pangkat ke DG44.

Selain itu, kementerian diminta menyegerakan proses kenaikan pangkat DG44, DG48 dan DG52 kepada semua pegawai terbabit dengan memberi jawatan bertaraf hakiki, bukannya memangku atau Khas Untuk Penyandang seperti amalan sekarang.

“Kementerian juga perlu mengkaji semula kedudukan guru asalnya memiliki diploma pendidikan tetapi kemudian melanjutkan pelajaran hingga memperoleh ijazah agar diberi keistimewaan.

“Kebanyakan guru ini sudah berkhidmat lebih 10 tahun, malah ada yang menjawat guru cemerlang, guru penolong kanan hakiki atau guru besar serta menunjukkan prestasi kerja baik tetapi tertinggal berbanding rakan setugas yang tidak melanjutkan pelajaran.

“Mereka menjadi mangsa kerana terpaksa menjadi guru baru dan ini akan membantutkan semangat bukan saja di kalangan yang terbabit, malah guru lain yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah,” katanya.

Dipetik dari Berita Harian Online

Comments

9 Responses to “Pertubuhan Guru Tidak Mahu PTD Dalam Perkhidmatan Pendidikan”

  1. cikli AUSTRALIA on December 11th, 2008 3:24 pm

    Salam cikgu,

    bagi saya kalau sama-sama makan gaji, ptd ke sapa ke tak kisah. semua bertugas untuk agama dan negara. tapi kalau taknak sangat ptd (sama je kat kementerian mana pun), harap2 pentadbir atasan tu jagalah cikgu2 di bawah tu elok lagi.

    pasal ptk, kalau kita dah dapat level 4-4, 4-3 dan tak setuju dengan ptk, fine la. tapi kalau tak ambik lagi dan kalau ambik pong asyik dapat 2-2, 1-2, 2-1, macam arsenal lawan manchester city je, saya rasa study la lebih lagi.

    sekian.

  2. etomyam MALAYSIA on December 11th, 2008 5:51 pm

    dah banyak terbaca kes2 guru2 tak nak PTD nih…teruk sangat ke PTD nih? mesti depa dah rampas semua hak cikgu kot…tataulah,

  3. iznan on January 13th, 2009 11:44 am

    saya sokong agar PTD tidak diserapkan kedalam jabatan pendidikan……kalau nak jugak serap..biarlah PTD tersebut adalah bekas guru atau pendidik…..

    ramai je kan guru2 yang bertukar angin jadik PTD:..kekeke

  4. yehaa AUSTRALIA on March 26th, 2009 1:36 pm

    melalui pembacaan saya, budak2 PTD ni dia x kacau keje guru. dia org ni just wat keje admin n management je macam sumber manusia, kewangan, tatatertib n sbgnya. dia org x de yg g mengajar kat mana2 sekolah. biala soal mendidik anak bangsa adalah tanggungjawab seorang guru. keje2 penguruan serah kat PTD. kat mane yang becanggahnye keje PTD n guru. guru kepakaran dalam mengajar n mendidik, PTD lak kepakaran dalam pentadbiran…… ini just pendapat yg saya nampak dari luaran sahaja……

  5. kamar MALAYSIA on March 29th, 2009 3:19 pm

    Bahaya jika PTD masuk JPN dan PPD…PTD akan kacau pentadbiran sekolah dalam jangka masa panjang…akhirnya yang kuasai JPN dan PPD satu masa nanti adalah PTD…ckgu hanya duk di sekolah sahaja…

    apa yang merisaukan ialah pada masa depan..yang membuat dasar pendidikan bukan lagi pendidik dan guru..tapi PTD….banyangkan..PTD mana tahu apa2 pasal P&P, tapi nanti mereka yang akan buat dasar berkaitan P&P..hancurlah cikgu macam tu…

    ini berlaku dalam Kementerian Sains dan Teknologi apabila PTD yg kuasai kementerian tu dan bukan Pegawai Sains…kesannya PTD yang buat dasar berkaitan pembangunan bidang sains padahal PTD bukan tahu apapun pasal sains….pandangan Pegawai Sains langsung tak dipandang..Pegawai Sains ibarat pegawai kelas tiga dalam kerajaan !!!!….

    kesannya…bidang sains dan teknologi di Malaysia masih jauh ketinggalan…RENUNGKAN

  6. saridah MALAYSIA on March 30th, 2009 1:39 pm

    salam saudara,

    saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara kamar. Kita menghadapi masalah yang sama di dalam Maritim di mana kuasa mentadbir adalah di tangan PTD tetapi merek sendiri lansung tidak mengetahui subjek matter di dalam hal ini hal-hal bersangkutan dengan maritim.
    ungkapan kebanyakan daripada mereka, paling-paling 3 tahun di dalam maritim, lepas tu nasibla sesape yang take over.
    setelah 2 tahun bergaul dan berinteraksi dengan golonga PTD, pada pendapat saya, merekalah yang menjadikan jentera kerajaan lembab.

    Lihat Angkatan Tentera Malaysaia, pentadbiran dan hal hal kewangan adalah di tangan ATM sendiri. nasihat saya kepada saudara, jangan biarkan PTD masuk ke JPN. Rosak negara.

    untuk yeeha,

    untuk mentadbir sesuatu jabatan PTD perlu mengetahui in and out perihal fungsi jabatan berkenaan. bagaimana nak jaga hal-hal pentabiran jabatan kalau selok belok serta pengetahuan di dalam jabatan itu senipis kulit bawang?

    memang PTD pakar di dalam management, tetapi management yang macamana? a close service tidak memerlukan PTD.

    salam

  7. kak no MALAYSIA on April 21st, 2009 10:56 am

    apa yang kau orang dengki sangat dengan PTD ni, buat aje keje senyap-senyap .
    Ini tidak ,masing-masing nak tunjuk bagus dan pakar, setiap jawatan yang wujud tu ada kepentingan dan fungsi yang tersendiri. Dia pun nak cari rezeki jugak. Jangan tamak dan nak mengaku pandai sangat dan semua nya korang boleh settle. Ini komen akak.

  8. UNMO on April 23rd, 2009 8:45 am

    Kesat juga bahasa kak no. Mari kita analisa fakta2 yg ader dan pengalaman yg di lalui. Mmmg benar budak PTD ni kacau semua kementerian dan jabatan.

  9. Muaz Hadi AUSTRALIA on April 24th, 2009 9:54 pm

    aku rasa bidang pendidikan biar ditinggalkan kepada golongan pendidik juga sebagaimana yang biasa kerana mereka lebih memahami masalah sekolah dan pelajar ni. apa org kat..labih makan garam dan dah masak dengan isu2 kait sekolah ni

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!