Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Majoriti Ibu Bapa Sokong Hukuman Rotan

rotan

Gambar: http://www.tganu.uitm.edu.my/

LONDON: Penyelidikan yang dilakukan kerajaan menunjukkan sebahagian ibu bapa percaya hukuman berat adalah ‘kaedah kawalan berkesan’ kepada pelajar dan berkata tingkah laku kanak-kanak semakin teruk sejak amalan merotan dihapuskan.

Mereka berkata, keputusan untuk mengharamkan hukuman itu menyumbangkan kepada peningkatan masalah disiplin di kalangan pelajar.

Komen itu – dalam kajian yang disokong oleh Jabatan Kanak-Kanak, Sekolah dan Keluarga – didedahkan beberapa bulan selepas satu perlima guru menggesa hukuman rotan diperkenalkan semula untuk mengawal ke-adaan dalam kelas.

Minggu ini, laporan oleh Ofsted menunjukkan kaedah disiplin tradisional seperti menggantung persekolahan beratus-ratus pelajar bermasalah pada satu masa dan melarang pelajar membotakkan kepala atau memakai pakai-an berjenama adalah pencegahan yang baik.

Hukuman berat, termasuk penggunaan rotan dan pembaris, dihapuskan di sekolah kerajaan pada 1987 dan 1998 di sekolah persendirian.

Dalam kajian terbaru, jabatan berkenaan mengadakan temubual dengan 48 orang dewasa untuk mengukur sejauh mana pandangan mereka mengenai tingkah laku golongan muda.

Apabila diminta menggambarkan apa yang mereka rasa menjadi punca penurunan mutu disiplin, mereka mengemukakan beberapa sebab berdasarkan pemantauan umum. – Agensi

SUMBER: Berita Harian Online

Comments

12 Responses to “Majoriti Ibu Bapa Sokong Hukuman Rotan”

  1. hasliza MALAYSIA on March 2nd, 2009 12:52 pm

    Assalamualaikum dan salam sejahtera….
    Kami di Perpustakaan Negara Malaysia ingin mengadakan bengkel puppet show:-

    Pengendali : Mama Zakiah dr Kumpulan Kucing – kucing
    (isteri Yusof Gajah, Illustrator buku kanak- kanak)
    Tarikh : 14 hb Mac 2009 (Sabtu)
    Masa : 9.30 – 4.30 ptg
    Tempat : Teater Kanak- kanak, Aras Bawah, PNM.
    Penyertaan : Percuma/makan & minum disediakan

    Hubungi saya : Hasliza, 26871743 atau email norhasliza@pnm.my utk keterangan lanjut.
    T/K.

  2. catzer on March 11th, 2009 4:36 am

    Erm parent aku siap bg cikgu rotan sorang satu masa aku sekolah dulu..luckily rotan tu tak pernah hinggap ke aku..hahahah

  3. aunty MALAYSIA on March 12th, 2009 3:18 pm

    assalamualaikum…

    Hukuman rotan elok juga ‘dikembalikan’ implementasinya..Syaratnya KPM seharusnya mengadakan ‘KURSUS/TAKLIMAT INTENSIVE KAEDAH MEROTAN’ agar tidak ada pihak yang MENYALAHGUNAKAN KUASA MEROTAN/MENGAMBIL KESEMPATAN MELEPASKAN GERAM dan tidak ada juga pihak yang TERAINIAYA…

    WALLAHUALAM

  4. GURU_CIKGU on March 12th, 2009 5:37 pm

    Rotan bukan tanda benci, tapi untuk memberi pengajaran dan ingatan.

  5. Kimizo MALAYSIA on March 26th, 2009 5:41 pm

    memang patut kena rotan pun pelajar yang nakal2 dan degil2 ni
    kasi pengajaran skit

  6. Marissa MALAYSIA on March 29th, 2009 3:18 am

    Ayah say ajuga seorang guru. Masih teringat, Hari pertama waktu abah hantar saya masuk sekolah, Abah bgtau kat cikgu, “Cikgu pukul la anak saya kalau dia nakal. Jangan sampai patah tangan, patah kaki dah”.

    Itu saya perempuan. Dengar pesanan abah dah cukup buat saya gerun untuk lawan cakap cikgu sampai hari ni.

    Hukuman rotan harus. Nak2 pada budak-budak status gangster hari ni. Saya sokong 100%. Takkan dah budak bawak senjata pegi sekolah, baru KPM nak bertindak.

  7. Marissa MALAYSIA on March 29th, 2009 3:19 am

    Ayah saya juga seorang guru. Masih teringat, Hari pertama waktu abah hantar saya masuk sekolah, Abah bgtau kat cikgu, “Cikgu pukul la anak saya kalau dia nakal. Jangan sampai patah tangan, patah kaki dah”.

    Itu saya perempuan. Dengar pesanan abah dah cukup buat saya gerun untuk lawan cakap cikgu sampai hari ni.

    Hukuman rotan harus. Nak2 pada budak-budak status gangster hari ni. Saya sokong 100%. Takkan dah budak bawak senjata pegi sekolah, baru KPM nak bertindak.

  8. lubna AUSTRALIA on April 20th, 2009 6:03 am

    Assalamu’alaikum,
    Anak saya bukan anak nakal, masih darjah 1 lagi, tapi cikgu dia dah bagi rotan kat dia , karena tak boleh menulis 1 kata dalam bahasa inggris “brother” . Sekarang ia tak nak sekolah ! Nak cari sekolah lain, dia kata cikgu dekat sekolah dia garang.
    Saya sudah try tuk pujuk dia, dan bagi penjelasan, tapi dia dah “trauma”…tiap pagi masa bangun tidur, dia menangis, takut tuk pergi sekolah.
    Saya cadangkan uk para cikgu di Malaysia ini, janganlah bagi hukuman rotan, terutama tuk budak kecil. Taengok-tengoklah dahulu, pertimbangkan dahulu, kalau timbul kes macam anak saya ini, siapa yang rugi? Malaysia lah yang rugi. Mindset dan persepsi anak dah dibuat tak ok dengan adanya hukuman rotan ini.
    Wassalam,
    Pn. A

  9. gaga on June 9th, 2009 5:38 pm

    tu la sapa suruh manjakan anak!!!

  10. Rosli MALAYSIA on June 14th, 2009 9:45 am

    Asslamualaikum.

    Saje nak komen pasal cikgu merotan

    Sya nak ingatkan ada pro dan kons tentang rotan.

    Merotan boleh ditafsirkan sebagai satu perbuatan mencederakan mengikut kanun kesiksaan ( S 323 dan 324). Jika dilakukan kepada kanak-kanak ( Bawah 18 tahun) Ia adalah kesalah boleh ditangkap( Siezable Offence) iaitu kita boleh ditangkap tanpa waran. Guru-guru menanggung risiko yang besar jika merotan pelajar – Boleh dipenjara dan dibuang kerja- Berbaloi ke? Kena plak pengetua@guru besar tidak mempertahankan guru!

    Tapi kalau dah marah sangat lebih baik pakai rotan kerana kalau pakai tangan atau benda lain gerenti salah dimahkamah. Atau rotan juga boleh digunakan untuk mempertahankan diri jika diserang oleh pelajar. Maklumlah pelajar sekarang, polis pun mereka tak takut apa lagi cikgu.

    Kita harus fikirkan masa depan dan risiko. Berbaloi ke beriya-iya mengajar budak yang tak nak belajar dan anak yang dihantar ke sekolah kerana ibubapa dah tak tahan dengan perangai anak mereka sendiri?

    Tepuk dada tanya IQ…

  11. titan AUSTRALIA on July 7th, 2009 8:35 pm

    emm..rotan aje diorang tu. buat jahat je kat sekolah..

  12. Rai on January 15th, 2010 8:31 am

    Pelaksanaan hukuman rotan kepada murid-murid atau kepada pelajar-pelajar yang nakal dan tidak mengendahkan teguran guru-guru yang mengajar, bahkan menubuhkan gengster, adalah amat berpatutan. Ini bukan bererti kita benci dengan pelajar tersebut, tapi untuk memperbaiki disiplin mereka.
    Kalau kita biarkan pelajar jadi ganas, siapa yang rugi?…… Tidak lain kalau bukan ibu bapa sendiri dan seterusnya kepada negara kerana mereka adalah aset negara pada masa akan datang. Kita tidak mahu kehilangan aset negara yang tak ternilai nilainya kerana mereka lah yang akan memimpin negara kita pada masa akan datang. TQ.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!