Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Madah Indah Penyelesai Masalah…

1,296 views | Filed Under Motivasi · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sejak kebelakangan ini hidup saya agak kucar-kacir. Banyak perancangan tidak berjalan seperti sepatutnya. Keadaan ini membuatkan saya agak kecewa. Syukur ada seorang teman meluangkan sedikit masa menjadi pendengar setia. Alhamdullillah, satu sms yang dikirimnya, menenangkan jiwa yang gusar, menyedarkan hakikat siapalah kita.

Teman saya ni, dulu agak rajin menghantar sms islamik motivasi dan peringatan kepada saya, cuma kini mungkin sibuk gamaknya, tiada lagi sms untuk saya :(

Ok hari ini saya ingin kongsikan sms yang dikirim kepada saya.

Perjalanan hidup tak semudah yang kita jangkakan

Kita sering mengatakan begitu dan begini

Kita menganggap ia semudah itu dan ini

Kita mengira keputusanya semudah sifir matematik sebagai mana kita pelajari

Kita mengharap segalanya berjalan seperti yang dirancang

Namun hakikatnya….

Hanya DIA yang tahu jalan yang bagaimana terbaik untuk kita

Hanya DIA yang tahu…

Kita merancang, Allah merancang

Namun hakikatnya ALLAH lah sebaik-baik perancang

Sekian wassalam..

Comments

8 Responses to “Madah Indah Penyelesai Masalah…”

  1. syia MALAYSIA on June 19th, 2009 3:10 pm

    wah..x nk la down2 cm ni ..
    pape kene cerie..susah pun kene cerie..klau nk down2..
    kite g tempat cerie :)

  2. Cikgu Farizal MALAYSIA on June 19th, 2009 8:14 pm

    Biasa la Syia, hidup kita ni macam putaran roda, kadang di atas kadang di bawah….
    Itu gunanya ada kawan :)

  3. hpa MALAYSIA on June 19th, 2009 11:34 pm

    Mmmm…benda ni selalu jadi..bila hati dh down..selalunya saya carik kawan utk luahkn..dak pun saya pndang muka anak…tp jgnla time anak2 memusangg…tambg=h angin la jwbnya…

  4. syia MALAYSIA on June 20th, 2009 7:32 am

    uiks.. tpkn kdg2 ada kwn x leh caya lps luahkn perasaan..

  5. hpa MALAYSIA on June 20th, 2009 11:08 pm

    haaaa…itu saja carik pasal la tu…
    so far .. dapat kwan yg memahami dan boleh dipercayai..
    kalau tgok yg ramah terlebih tu…jgnla citer yg heavy2 dulu…

  6. Cikgu Farizal MALAYSIA on June 21st, 2009 11:26 am

    Teman sejati memang sukar dicari, kadang-kadang kita tidak menghargai bila didepan mata. Bila dia hilang baru kita tersedar, mungkin waktu itu sudah terlambat :(
    Hargailah persahabatan anda.

  7. aunty MALAYSIA on June 24th, 2009 7:51 pm

    Pandangan peribadi aunty:
    “Kepercayaan yg harus diberi pada seseorang itu usahlah melebehi 70%..Tinggalkan 30% untuk apa-apa jua…Insya-Allah kita tak kan mudah kecewa..Hanya pada ALLAH jua kita mengadu dan merayu kerana ALLAH jua YANG MAHA MEMAHAMI + MEGETAHUI segala-galanya…

    Untuk itu marilah sama-sama kita renungkan kata-kata di bawah:

    Kenapa aku diuji?

    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
    (Al-Ankabut: 2-3)

    Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?

    “…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
    (Al-Baqarah: 216)

    Kenapa ujian seberat ini?

    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
    (Al-Baqarah: 286)

    Kecewa?

    “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
    (Ali-Imran: 139)

    Bagaimana harus aku menghadapinya?

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
    (Ali-Imran: 200)

    “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
    (Al-Baqarah: 45)

    Apa yang aku dapat daripada semua ini?

    “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..”
    (At-Taubah: 111)

    Kepada siapa aku berharap?

    “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
    (At-Taubah: 129)

    Macam mana aku nak bertahan?

    “…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
    (Yusuf: 12)

    Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

  8. Jojo MALAYSIA on July 17th, 2009 11:40 pm

    A”kum saya ingin minta pendapat tentang m’slah anak sya yg no 2.Kakak dia ting.2 duduk asrama tinggal dia dgn adik lelakinya saja di rumah,sya dan isteri bekerja.Sya tengok dia seorg yang lemah dlm pelajaran,saya dah ikthiar supaya dia belajar menjadi org yg bijak pandai,dgn hantar ke tusion.Tapi sya kesian tgok dia tiada masa,pagi sek smpai jam 1.30tgh pas tu sek agama 2.30ptg smpai jam 5.00ptg balik gi mengaji.Mlm tusion jam 8.00mlm smpai 10.00mlm.Blik rumah jam 10.30 terus tidur.Satu sikap dia adalah mcm bos suka megarah adik dia buat dan ikut kehendak dia kalau tidak dia pukul,bla saya tanya dia suka buat2 cerita yg tak benar.Tlong sya.TQ

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!