| Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini. |
Keputusan Isu PPSMI Awal Julai – Apa Pengharapan Anda?
1,369 views | Filed Under Isu Semasa, PPSMI · Tagged: Bahasa Inggeris, matematics, PPSMI, Science
Sumber dari MalaysiaKini.com menyatakan bahawa, kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), awal Julai ini.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan demikian – jaminan yang paling konkrit pernah disampaikan oleh kerajaan – ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Parlimen pagi ini.
Makin banyak pihak mempertikaikan PPSMI akhir-akhir ini sejak ia diperkenalkan pada 2003.
Pada Mac lalu, ribuan penentang dasar ini berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan harapan baginda campur tangan.
Jadi apa pengharapan anda semua?







assalamualaikum..Lama tak berkesempatan nak komen.
Elok dipercepatkan keputusan isu PPSMi agar dapat memudahkan perancangan untuk tahun 2010…..boleh set minda dari sekarang….dan mungkin boleh adjust semula program SBT (Sistem Bimbingan Taulan)
Semoga keputusannya menyebelahi yang ‘ mengharap’.Insya-Allah
hapuskan PPSMI itulah keputusan yang diharapkan,guru pakar matematik dan sains tak semestinya boleh berbahasa inggeris yang mana istilah dan laras bahasanya yang lebih mendalam. Mangsa keadaan murid terlopong dan ternganga bila guru mengajar tak tentu bahasa inggerisnya. Jadinya generasi sekarang Khususnya luar bandar makin melebarkan jurang , yang kaya bertambah kaya yang miskin jd papa kedana guru juga yang sengsara.
Salam..baru-baru ni, sebuah sekolah di kampung yg terletak lebih kurang 25km dari bandar..satu kelas pelajar tahun 5 seramai 40 orang gagal matematik dan sains dengan markah bawah 40% dalam ujian penggal pertama…Saya mengharapkan cadangan dari semua pihak agar saya boleh usulkan kepada sekolah tersebut…pelajar 100% bangsa melayu…Buat masa sekarang pun, saya berfikir cara untuk membantu pelajar-pelajar tersebut…
Salam~
Saya ajar anak murid subjek sains form 3 dalam bahasa melayu. Kalau saya ajar bahasa inggeris alamaknye saya jadi syok sendiri. Pernah saya ajar full dalam bi, tapi bila exam tak sampai satu kelas lulus, dan 4 kelas yang lain fail, sedih dahlah kena buat post mortem, kena bebel lagi dengan pengetua…..kesian kat anak melayu kampung!!!! Akhirnye saya ambil keputusan ……..Biarlah saya kena marah dengan nazir, asalkan anak murid saya faham dengan apa yang saya ajar dan saya rasa puas. Bila nazir datang, buat muka bodoh sajelah…..ia nak hantar saya mengajar ke hulu. memangpun saya pernah mengajar di hulu sabah selama 10 tahun ….tak menjadi hal pun….nak suruh saya berhenti…..ehm…tak kan mudah sangat nak berhentikan orang dengan sebab yang remeh, nak suruh saya ajar subject lain, alhamdulillah…..tak lah saya menipu diri sendiri kelak…..sebab saya tak pandai bi maka saya disuruh ajar sains, kalau saya pandai bi saya tak jadi guru sains,… saya dah 25 tahun lama menjadi cikgu BI lah….he–he–he—-
Mungkin ppsmi menjadi bebanan untuk pelajar. Tapi agak kecewa jika guru-guru pun merasakan bebanan tersebut. Bukan senang generasi akann datang mengharungi cabaran teknologi. Baik kita mulakan dari sekarang sebelum terlambat. jangan sampai nak-anak kita bertutur bahasa inggeris seperti Nepal dan Bangla. Keputusan peperiksaan merosot bukan sebab bahasa inggeris sebab setiap soalan dalam kertas disertakan dengan bahasa melayu. tak mungkin bahasa inggeris menjadi alasan kerana gagal. Mungkin sistem pelajaran yang dah terlalu advance.
Assalamu’alaikum semua,
Seperti yang semua tahu, PPSMI akan dimasuhkan sepenuhnya pada 2012.
Bagi saya, “Menang membeli, alah memakai”. Good for short term, and bad for long term.
Saya harap, lebih banyak ahli-ahli akademik akan tampil untuk memperkasakan enjin penterjemahan kita supaya dapat dipastikan gedung-gedung ilmu kita tidak keputusan dan kehausan ilmu.
And for the teachers, this is not the time to woow victory or breath easy, with the extension of English learning hours, it is hope that this will be our upper hand instead of being a trade-off to PPSMI.
Takpelah, kita kene usaha lebih siket.
Buktikan, dengan BM atau apa bahasa sekali pun orang melayu takkan me’layu’kan bangsa sendiri.
Kecewa PPSMI dimansuhkan..anak saya dalam tahun dua.kini mampu menguasai 70% subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris selain sentiasa mendapat markah A dalam subjek Bahasa inggeris…
Agak kecewa dengan pemansuhan PPSMI. Dalam quran pun dah tertulis belajarle sampai ke negara china untuk menimpa ilmu tapi malay tak juga faham apa maksud itu. Allah dah kurniakan otak dan akal fikiran untuk digunakan agar dapat memajukan diri sendiri. Semuanya nak ambil jalan senang, usaha lansung tak mahu. Kalau itupun susah sangat baik pergi duduk dalam hutan le. Patutle Malaysia ni masih ke belakang sebab banyak sangat alasan diberi bila suruh dibuat sesuatu. Tapi no problem duduk kedai mamak sampai 3 pagi mengumpat pasal orang sampai lupa nak solat. Allah marah jika kita tidak berusaha dan suka membazirkan waktu. Ingatlah kiamat tak lama lagi, masa yang ada ni cubalah perbaiki diri moga-moga berjaya di dunia dan di akhirat.
l tengok masa kat oversea rata-rata pelajar melayu kat sana macam katak bawah tempurung, macamana nak pandai BI kalau tak campur dengan local people. Pergi study oversea tapi balik sini pun BI pun still kelam-kabut. Sepatutnya menjadi harapan negara untuk mengubah masa depan malaysia tapi dari dulu sampai sekarang takde perubahan lansung. Pendidikan kat sini makin hari makin teruk. Guru sekolah lansung takde idea lansung bagaimana nak tarik minat pelajar atau membantu untuk belajar BI. Bila waktu sekolah habis, semuanya kelam-kabut nak balik rumah. Kalau kita buat kerja endah tak endah dan tidak sepenuh hati, duit gaji kita tu berkat.
Tak perlu ada Phd nak nak master BI, yang penting minat untuk belajar itu ada. Masalah utama students MALAYSIA ialah MALAS dan BODOH SOMBONG. Saya bekerja sebagai translator di japanese company, orang ingat saya dilahirkan di England sebab master in BI tapi saya hanya study setakat diploma. Oleh kerana kecekapan saya dalam BI, saya selalu ikut my japanese boss ke important meeting dan oversea trips. through this experiences l make new friends and connection from all over the world.
Japanese rarely discuss business matter dengan malay sebab they all think malay ni slow and blur. But with me its different, always ask my opinion first before they decide anything, they all think l perempuan melayu paling intelligent and wiser in malaysia. Tak payah belajar sampai Phd nak bagi orang hormat kita, kalau master in BI pun dah cukup memadai sebab BI boleh buka banyak peluang untuk kita dan kebanyakkan buku-buku yang bagus adalah dalam bahasa BI not BM.
Pendapat saya..keputusan yang baik daripada kerajaan..saya pun cikgu mengajar sains tingkatan 3, pelajar kelas yg pandai ok la mungkin takde masalah sangat..tapi kesian pada pelajar kelas yang lemah, terutama yang lemah english, ada pelajar saya yang minat sains tapi kerana lemah english..hilang minat jadinya.
Saya ada menonton rancangan forum di astro, tak ingat nama rancangan dan saya sokong apa yg dikata oleh pengerusi GAPENA tu..ada yg tak setuju pemansuhan ni sebab anak mereka tiada masalah dalam PPSMI, katanya ini adalah golongan yang mempunyai kepentingan diri, tetapi kerajaan melihat secara menyeluruh. Mungkin anak kita takde masalah tapi macam mana dengan anak2 di pedalaman?..Tak payah pedalaman pun..bandar pun ada jugak walaupun bilangannya kecil.
Nak memantapkan bahasa inggeris biarlah dalam subjek bahasa inggeris itu sendiri, bukan melalui sains dan matematik.
Saya juga sangat kecewa, tapi nak wat cammana? Sepatutnya lagi awal PPSMI dimulakan dan diterimapakai, lebih baik untuk anak-anak kita untuk menyesuaikan diri. Ni belum apa-apa lagi dah minta tongkat.
Bagi saya, “Menang membeli, alah memakai”. Good for short term, and bad for long term.
Saya harap, lebih banyak ahli-ahli akademik akan tampil untuk memperkasakan enjin penterjemahan kita supaya dapat dipastikan gedung-gedung ilmu kita tidak keputusan dan kehausan ilmu.
Faktor guru juga penting, saya perhati ramai siswazah jadikan profesion guru ni sebagai safety net. Saya ada beberapa kawan yang blajar subjek power tapi tak boleh nak perform di sektor swasta, memilih untuk menjadi guru melalui KPLI. Sepatutnya, mereka-mereka seperti in lah yang menyokong PPSMI dan menjadi jentera pengerak utama mekanisma PPSMI.
Teachers should not, at this time to woow victory or breath easy, with the extension of English learning hours, it is hope that this will be our upper hand instead of being a trade-off to PPSMI.
Takpelah, kita kene usaha lebih siket.
Buktikan, dengan BM atau apa bahasa sekali pun orang melayu takkan me’layu’kan bangsa sendiri.
P/S: Sangat berharap dan berdoa agar PPSMI tidak sempat dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Kerajaan tentu ada cara lain untuk tidak memansuhkan PPSMI, kita tunggu dan lihat.
Komen mahaguru agak mencuit hati saya.
Bagi saya, adalah tidak logik “guru PAKAR matematik dan sains tidak semestinya boleh berbahasa inggeris yang mana istilah dan laras bahasanya yang lebih mendalam.”
Kalau tak faham dalam istilah dalam BI, saya rasa itu belum sampai ke tahap pakar lagi. Ini kerana banyak rujukan dan bahan bacaan dalam BI, melainkan yang telah diterjemahkan ke BM atau B.Indonesia.
Sepanjang pengajian saya di UiTM dulu, pensyarah dan prof matematik yang saya jumpa, rata-rata mampu mengajar dalam BI. Kalau jumpa prof atau pensyarah bukan melayu, penerangan dan pengajaran dalam BI mereka lebih baik daripada BM. Maafkan saya, bukan niat untuk merendahkan BM, tapi keaadan dan situasi semasa yang membuatkan BI lebih baik.
Mungkin yang dimaksudkan mahaguru adalah guru-guru baru atau lepasan KPLI.
Saya juga amat kecewa dengan pemansuhan PPSMI, Bagi saya, “Menang membeli, alah memakai”. Good for short term, and bad for long term. Lebih awal PPSMI diterimapakai, lebih bagus. Ni belum apa-apa, dah minta tongkat. Pahit jangan terus dibuang, manis jangan terus ditelan
Saya harap, lebih banyak ahli-ahli akademik akan tampil untuk memperkasakan enjin penterjemahan kita supaya dapat dipastikan gedung-gedung ilmu kita tidak keputusan dan kehausan ilmu.
And for the teachers, this is not the time to woow victory or breath easy, with the extension of English learning hours, it is hope that this will be our upper hand instead of being a trade-off to PPSMI.
Takpelah, kita kene usaha lebih siket.
Buktikan, dengan BM atau apa bahasa sekali pun orang melayu takkan me’layu’kan bangsa sendiri.
P/S: Kerajaan mungkin ada muslihat disebalik pemansuhan yang agak lambat. Mana lah tau, pemansuhan tidak berjaya.. Kita tunggu dan lihat.
Bahasa Inggeris berkembang maju, menjadi bahasa ilmu, menjadi bahasa international hari ini adalah kerana usaha gigih bangsa Inggeris itu sendiri yang mengutamakan bahasa ibundanya. Cuma bangsa Inggeris itu lebih kuat memajukan bangsa ibundanya sendiri. Mereka sanggup menderma wang yang besar jumlahnya untuk menubuhkan pusat pelajaran yang menggunakan bahasa ibundanya sendiri. Universiti tertua di dunia iaitu Universiti Cambridge dan Universiti Oxford adalah lambang fanatik mereka terhadap bahasa Ibundanya sendiri. Universiti yang ditubuhkan atas kefanatikan terhadap bahasa ibundanya itu berusaha mengumpul sarjana asing yang bijak pandai dari luar negara untuk menulis buku dalam bahasa ibunda mereka, mengajar anak-anak mereka dalam bahasa ibunda mereka dan menjadi guru yang mengajar dalam bahasa ibunda mereka. Kerana itu mereka lebih berjaya memajukan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa inggeris. Kerana itu mereka cepat maju walhal gedung ilmu yang pertama mulanya di gali daripada buku-buku Latin dan Yunani, bukan bahasa Inggeris mereka.
Anihnya orang melayu yang telah diracun pemikirannya oleh pemimpin mereka sendiri menjadi pangkhianat dengan berkata “kita tidak boleh maju kalau tidak belajar bahasa Inggeris dalam matematik dan sains.” Kuatnya racun mereka sehingga orang melayu yang bijak pandai pun berfikir bahasa Inggeris tidak mungkin boleh dipelajari kalau tanpa ilmu sains. Ilmu sains tidak boleh dipelajari tanpa bahasa Inggeris. Seolah-olah sesiapa pun tidak boleh fasih dan pandai berbahasa Inggeris kalau tidak dipelajari melalui Ilmu Sains dan Matematik. Sebab itu mereka marah sangat kerajaan hapuskan PPSMI walaupun kerajaan sudah memberi jaminan pendidikan bahasa Inggeris akan diperkasakan, cuma tanpa melalui Ilmu sains dan matematik.
Bangsa lain juga fanatik dan kuat berusaha gigih meningkatkan bahasa ibunda masing-masing. Contohnya bangsa Jepun, bangsa Jerman, bangsa Peranchis, bangsa Italy, bangsa Cina, bangsa Korea dan lain-lain semuanya sangat fanatik dan sangat berbangga dengan bahasa ibunda masing-masing.
Tetapi, bangsa melayu adalah bangsa HAPRAK hasil yang dibentuk oleh UMNO yang dipimpin oleh Dr Mahathir mengasas PPSMI tetapi tidak mampu menjadikan anaknya sendiri sebagai pakar dalam Sains. Anak bongsu Mahathir yang hebat Bahasa Inggeris hanya berbangga dengan ijazah Sastera Komunikasi.
Penyokong PPSMI bolehlah tunjukan sample anak Mahathir MENGAJAR SAINS PPSMI. Aku nak tengok. Agaknya Cina kampung yang berkebun sayur tetapi tidak tahu bahasa inggeris dan bahasa melayu lebih tinggi ilmu sainsnya daripada anak Mahathir tu.
Orang dulu belajar sains tanpa bahasa Inggeris tetapi boleh berjaya sehingga keperingkat Phd ke England dan Amerika. Dulu tidak ada buku sains peringkat tinggi ditulis dalam Bahasa Melayu. Orang melayu boleh belajar hingga ke negara orang putih dan menulis buku sains peringkat tinggi dalam Bahasa Melayu. Hari ini buku-buku sains peringkat tinggi ditulis dalam bahasa melayu oleh orang melayu sudah bertambah banyak. Rakyat Malaysia bukan melayu pun sudah mula menulis buku sains dalam Bahasa Melayu. Terbukti Bahasa Melayu boleh jadi bahasa ilmu.
Janganlah dihalang perkembangan Ilmu Sains dalam Bahasa Melayu.
Kita mahu seperti orang Inggeris memajukan bahasa ibundanya dalam bidang Ilmu Sains. Sebelum orang datang kenegaranya belajar Ilmu Sains mereka mesti tahu berbahasa Inggeris. Begitulah di negara kita. Orang asing mahu datang belajar Sains di Negara kita. Sebelum datang kenegara kita belajar Sains mereka mesti tahu terlebih dahulu berbahasa Melayu. Begitulah sepatutnya kalau kita mahu maju.
Guru-guru luar mahu mengajar di England mesti tahu berbahasa Inggeris. Begitulah juga sepatutnya di Negara kita. Guru-guru luar orang asing yang mahu mengajar di Negara kita. Tidak kiralah samaada di sekolah atau di Universiti sepatutnya mereka mesti tahu berbahasa Melayu. Tetapi hinanya bangsa melayu apabila guru-guru dari England mengajar di Institute Perguruan kita tanpa mengetahui sepatah pun perkataan bahasa Melayu. Walhal mereka di bayar upah mahal dengan wang rakyat Negara Melayu.
Tidaklah hairan kerana PPSMI orang melayu bijak pandai sudah tidak mahu lagi menulis buku Sains peringkat tinggi di Universiti. Mereka lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris. Buku-buku sains dalam Bahasa Melayu yang ada pun akan dibuang kedalam longkang dan digantikan dengan Buku Sains yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Hinanya bangsa Melayu, jadilah nasib bahasa Melayu seperti tulisan melayunya atau tulisan jawi.