| Selamat Datang ke Blog Cikgu Farizal Dot Com. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini. |
Zoom A dot Com – Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
3,119 views | Filed Under Teknologi, Web Interaktif · Tagged: Blog, laman web, pembelajaran interaktif, Pendidikan, skor-a.com, webeducation, zoom-a.com
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia…

zoom-a.com-Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Pada 7 Oktober yang lalu saya bersama seorang rakan telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengikuti taklimat salah satu program pembelajaran interkatif Melalui internet iaitu zoom-a.com…
Program ini wujud hasil persepakatan antara Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan One Touch Education Sdn. Bhd.
Program ini amat menarik malah ia amat berguna dalam meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah. Sekali pandang ia pasti memudahkan tugas guru-guru disekolah. Dengan hanya beberapa klik dan dalam masa yang singkat satu kertas ujian dapat disediakan. Terdapat 250000 soalan yang tersedia dalam bank dalam jenis klon dan bukan klon. Dengan erti kata lain. soalan memang berkualiti!
Selesai sahaja murid menjawab, markah terus diberikan siap dengan penerangan jawapan yang sepatutnya. Memang bagus program ini. Guru hanya perlu melihat pada analisa item untuk membaiki tajuk-tajuk yang masih belum dikuasai oleh murid. Memang best!
Tetapi setelah memikir keadaan murid di sekolah. Saya dapati agak sukar untuk laksanakan program ini. Masih ramai murid yang dirumahnya tiada komputer. Apatah lagi internet. Jadi macam mana nak buat?
Kalau sebahagian murid melanggan. Sebahagian lagi tidak. Ini akan menambah kerja guru-guru di sekolah. Mesti ramai yang tidak bersetuju. Murid-murid yang melanggan sudah pasti ibubapa mereka mahu ia dilaksanakan sebaik mungkin. RM 10 setahun… banyak tu
Walau bagaimana pun murid-murid boleh membuat latih tubi sendiri dengan menggunakan program ini dan ia boleh dipantau oleh ibubapa.
Cuma apa yang sedang saya fikirkan sekarang. Bagaimana program ini dapat digunakan dengan semaksima yang mungkin dalam membantu meningkatkan prestasi sekolah.
Untuk pengetahuan semua. Saya masih lagi dalam proses mengeksplor laman web ini. Insyaallah komen dan pandangan akan menyusul.
Sekian wasalam…




on
on 


salam, saya ni buntu la memikirkan pasal skor A atau Zoom A yg baik tuk anak saya.. harap pihak cikgu bantu – advice dan bagaimana jika sekolah tiada mengadakan zoom a ini? bolehkan ibubapa mendapatkannya dimana2. terimakasih
maaf email yg pertama adalah salah taip.. should be salamely2@yahoo.com.my tq
Salam… zoom-a.com murah jer…RM10 setahun..boleh. Boleh didaftarkan melalui pihak sekolah.
salam, yg sebenarnya siapa yg boleh mendaftarkan zoom a ini ? bolehkah pihak ibubapa..sbb pihak sekolah tidak berbuat demikian. saya tak pasti kenapa, hrp cikgu boleh mmberi jawapan n alternatif lain..sekian terima kasih
ok…..hehehe
dalam zoom a, soalan past year ada dr tahun brp?
ada x e-report card n sms report untok parent?
ada limitation x utk stdent buat soalan?
tq
ada student komen, bila dah byk buat soalan, asyik2 soalan same n dorang dah tau n ingt lagi jawapannyer..camne tu?
isu diatas adalah berkaitan zoom A
.oh,maaf.isu diatas adalah berkaitan zoom A
mcm mana nak cari tip untuk belajar n wat studygroup kat sk…..