Assalamualaikum & salam sejahtera..
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda melawat blog Cikgu Farizal Dot Com.

Saya Cikgu Farizal atau nama sebenar Mohamad Farizal Bin Hassim. Kerjaya saya… Tentulah pegawai pelajaran siswazah atau lebih dikenali denga gelaran guru ( dah nama pun cikgu
) Saya adalah penulis blog (blogger) bagi blog Cikgu Farizal Dot Com. Tujuan saya membina blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai dunia pendidikan dengan masyarakat siber khasnya guru-guru Malaysia.
Moga kehadiran blog ini dapat merancakkan lagi dunia teknologi informasi pendidikan.
Biodata Blogger
Lahir pada 19 Mei 1978 di Kampung Tanah Periok, Kupang Baling, Kedah ( 3 hari selepas hari guru. Tu pertanda nak jadi cikgu tu
). Anak ke-5 dari 11 adik-beradik. Bercita-cita untuk menjadi sainstis. Cita-cita ini masih lagi diburu.
Latar Belakang Kerjaya
2005 - Sekarang : SK Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.
Pengalaman Mengajar
Tahun 2008
- Mathematics Year 6.
- Science Year 5.
Tahun 2007
- Matematik Tahun 6.
- Science Year 5.
- Science Year 4.
- Pendidikan Jasmani & kesihatan Tahun 6.
Tahun 2006
- Matematik Tahun 6.
- Science Year 4.
- Kemahiran Hidup Tahun 6.
Tahun 2005
- Matematik Tahun 5.
- Matematik Tahun 4.
- Pendidikan Jasmani & kesihatan Tahun 4.
- Kemahiran Hidup Tahun 4.
Tugas & Tanggung Jawab
(Tidak termasuk AJK biasa)
Tahun 2008
- Penyelaras Makmal Komputer & ICT.
- Setiausaha PPSMI
- Ketua Guru Persatuan Bulan Sabit Merah
- Jurulatih Pasukan Catur Sekolah.
- Setiausaha Persatuan Matematik & Komputer.
- Penolong Setiausaha Sukan.
Tahun 2007
- Guru Kelas Tahun 6 Tekun.
- Setiausaha PPSMI
- Ketua Guru Persatuan Bulan Sabit Merah
- Pengurus & Jurulatih Pasukan Catur Sekolah.
- Ketua Guru Kelab Catur.
- Penolong Setiausaha Sukan.
- Penyelaras Perkemahan Tahunan Unit Beruniform (PERKOM).
Tahun 2006
- Guru Kelas Tahun 6 Tekun.
- Naib Setiausaha PIBG
- Ketua Guru Persatuan Bulan Sabit Merah
- Pengurus & Jurulatih Pasukan Catur Sekolah.
- Ketua Guru Kelab Catur.
- Setiausaha Sukan.
Tahun 2005
- Naib Setiausaha PIBG
- Guru Persatuan Bulan Sabit Merah
- Pengurus & Jurulatih Pasukan Catur Sekolah.
- Guru Kelab Catur.
Latar Belakang Pendidikan
2004 : Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit ( Kini dikenali sebagai Institut Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit. Major Sains Sekolah Rendah & minor Pendidikan Jasmani & Kesihatan & Bahasa Inggeris.
9 Ogos 2003 : Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan. Universiti Sains Malaysia. Major Kimia Analisis & minor pengajian pengurusan.
1997/1998 : Matrikulasi Sains II Universiti Sains Malaysia, Universiti Sains Malaysia.
1996/1997 : Matrikulasi Sains I Universiti Sains Malaysia. Kolej Mara Kulim (KMK), Junjung, Kulim, Kedah. Kelas D8.
1995 :Sijil Pelajaran Malaysia. SMK Baling, Baling, Kedah Aliran Sains. Tingkatan 5 Teknik.
1993 : Penilaian Menengah Rendah. SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah (Syedburn). Tingkatan 3 Kamil.
1990: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). SK Kupang, Kupang Baling Kedah. Tahun 6 Biru.
1984 : Tadika Masjid Ihsaniah Kupang.
Sekian terima kasih. Wassalam.
Cikgu Farizal





