Ke Arah KL Sifar Salah Laku!

Assalamualaikum & salam sejahtera…

disiplin.jpg


Hari ini selesailah sudah satu lagi program penting sekolah. Program tersebut ialah Kursus Kepimpinan Murid. Dengan bertemakan Ke Arah KL Sifar Salah Laku, program ini dijalankan dengan jayanya.

Program yang bermula semalam diurus dengan baik oleh ketua guru disiplin Cikgu Safwan dengan bantuan Unit Kaunsling Sekolah.

Program ini disertai oleh 160 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas media dan pengawas SPBT.

budak2.jpg

Sebahagian murid yang terlibat.

Jika pada tahun-tahun lalu program ini diadakan diluar sekolah, pada tahun ini ia hanya diadakan di sekolah. Ini bertujuan memberi pengawa sekolah lebih pengalaman untuk mengelola disiplin sekolah dalam keadaan sebenar.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah motivasi, permainan dan latihan dalam kumpulan (LDK) .

Aktiviti diakhiri dengan ucapan ikrar yang diketuai oleh ketua murid sebelum ucapan penutup dan penyampaian hadiah oleh Puan Tay, Penolong Kanan HEM.

kamijanji.jpg

Kami janji!

Sekitar pukul 4.30 petang, program ini melabuhkan tirainya. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat.

tenaga.jpg

Sebahagian guru yang terlibat. TQ!

Itu sahaja untuk hari ini,
Sekian, wassalam.

Cikgu Farizal

Buku Saya Hilang Cikgu!

Filed Under Disiplin · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

dohomework.jpg

“Ok class, have you done your work?” I ask 6 Cekal class’s after the class finished recite doa.

“Yes sir,” the class answer.

“Ok good. So today we continue with the same book Alpha book’s.”

“Take out your text book. Open page 61 and do all the questions”

After gave the instruction, I walk around the class to make sure that all pupil do their work.

“Eh.. Why you use paper? where your book?” I ask one of my pupil.

“Tinggal kat rumah, Cikgu.” He answer me. “Make sure you copy all back in your Alpha Book and send to me by Monday.”

” Eh… Why you use new books? “.

” Buku saya hilang cikgu”

Ini adalah antara dialog saya dengan murid tahun 6 Cekal pagi tadi. Walaupun tak mahir bebahasa inggeris saya cuba lah juga. Itu adalah amanah dan saya di bayar 5% dari gaji pokok saya :)

Semalam saya sepatutnya mempunyai 1 jam kelas dengan 6 Cekal. Oleh kerana saya tidak dapat untuk masuk ke kelas kerana menghadiri mesyuarat catur peringkat Zon Bangsar saya telah meninggalkan sedikit latihan untuk disiapkan pada waktu itu.

Jadi hari ini saya ingin menyambung sedikit lagi latihan tersebut.

Malangnya ada yang tak bawa buku dan ada yang guna buku baru.

Apakah murid tersebut memang terlupa membawa buku? Dan seorang lagi memang bukunya hilang? Atau kerja yang ditinggalkan tidak disiapkan.

Ini bukan kali pertama saya menghadapi situasi sebegini. Tahun lepas ada murid baru masuk bulan 2 dah lima kali guna buku baru. Alasan buku hilang tetapi rupa-rupanya kerja tak pernah siap.

Saya kalau boleh tahun ini tidak mahu mendenda murid jadi saya sedang fikir apakah kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini tanpa tidakan disiplin.

Jadi apa cadangan anda?

Sekian wassalam,

Cikgu Farizal.