Bayaran Tambahan Persekolahan 2010
Filed Under Keratan Akhbar, Utusan Online, Yuran · Tagged: 2010, sessi persekolahan 2010, Yuran
KUALA LUMPUR 2 Dis. – Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.
Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.
Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.
“Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.
“Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.
“Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.
“Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik,” jelasnya.
Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.
Sumber: Utusan Online
Sekolah Diminta Pantau Influenza A
Filed Under Keratan Akhbar, Kesihatan, Utusan Online · Tagged: Babi, Keratan Akhbar, Kesihatan, Khinzir, Selsema
KUALA LUMPUR, Berita Harian Online: Semua sekolah diminta memantau tanda-tanda penyakit selesema babi atau Influenza A(H1N1)seperti demam panas dan selesema bagi mengelak jangkitan tempatan wabak itu di kalangan pelajar dan warga sekolah masing-masing.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata jika ada tanda-tanda yang menjurus kepada penyakit itu, pengurusan sekolah perlu merujuknya ke hospital dengan segera.
“Sekiranya pelajar atau warga sekolah disahkan telah dijangkiti penyakit selesema babi itu, maka tindakan yang telah dinasihatkan oleh jabatan kesihatan perlu diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dua buah sekolah di Lembah Klang, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson dan Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2, telah diarah tutup selama seminggu mulai semalam dan hari ini kerana masing-masing mempunyai satu kes jangkitan tempatan H1N1.
Empat sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam; Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama: Sekolah Menengah Wangsa Maju; dan Sri Chempaka International School; pula masing-masing diarah menutup satu kelas selepas kes H1N1 disahkan.
Alimuddin berkata, antara langkah segera yang perlu diambil oleh pihak pengurusan sekolah jika berdepan dengan masalah ini ialah merujuk kes itu kepada hospital berdekatan untuk tindakan kuarantin mangsa dan keluarga.
Selain itu, katanya, pihak sekolah perlu menghubungi keluarga pelajar atau warga sekolah berkenaan dengan segera dan menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
“Pengurusan sekolah juga diminta membantu pihak hospital untuk mengenal pasti individu yang pernah berhubung dengan pesakit berkenaan selain memastikan persekitaran sekolah masing-masing terutama tandas, bilik darjah, kantin dan asrama, sentiasa bersih.
“Tidak keterlaluan sekiranya pihak pengurusan berkemampuan mengambil suhu badan pelajar dan warga sekolah setiap hari kerana dengan cara ini dapat mengesan perubahan awal kesihatan pelajar dan warga sekolah dan seterusnya tindakan segera, termasuk menghantar mereka ke hospital, dapat dilakukan segera.
“Namun begitu, kita ingin mengingatkan ibu bapa supaya tidak panik kerana semua langkah proaktif yang diambil pihak sekolah adalah langkah berjaga-jaga sahaja dan ia adalah dengan nasihat Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan,” katanya.
Alimuddin berkata, semua aktiviti sekolah termasuk kokurikulum berjalan seperti biasa. – Bernama
UPSR diumum 13 November
Filed Under Keratan Akhbar, Peperiksaan, Utusan Online · Tagged: 2008, 5a, keputusan upsr 2008, petua dapat 5a, UPSR, upsr 2008
PUTRAJAYA 7 Nov. – Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 13 November ini, sehari sebelum cuti penggal persekolahan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. – Utusan
‘Paksa Rela’ Punca Guru PPSMI Lemah Bahasa Inggeris
Filed Under Keratan Akhbar, PPSMI, Utusan Online · Tagged: BISP, English, Mathematics, PPSMI, Science
KUALA LUMPUR 3 Sept. Utusan Online – Situasi ‘paksa rela’ dikesan sebagai antara punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.
Katanya, keadaan itu merupakan ‘hasil’ daripada dasar PPSMI yang dicadang dan diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.
”Keadaan ‘paksa rela’ ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.
”Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, yang meminta guru-guru berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Menurut Razali, pihaknya mendapati ramai guru yang menggunakan BISP mereka untuk tujuan lain, seterusnya membantutkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun Yim Pheng menegaskan, BISP tidak harus dihentikan kerana ia akan mewujudkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.
Katanya, pemberian BISP hanya wajar dihentikan apabila Kementerian Pelajaran dapat menyediakan jumlah guru yang mencukupi untuk PPSMI.
”PPSMI masih dalam fasa percubaan, jadi memang banyak kelemahan yang dikesan,” jelasnya.
Cikgu Farizal: Sejarah lalu usah dikenang, yang penting apa yang perlu kita lakukan sekarang untuk membaiki keadaan ini.
Ramai Guru Sains, Matematik lemah Bahasa Inggeris
Filed Under PPSMI, Utusan Online · Tagged: English, Mathematics, PPSMI, Science
BESUT 2 Sept. Utusan Online – Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.
”Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.
Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.
- Bernama
Cikgu Farizal :Saya nak guna elaun tu untuk membaiki bahasa Inggeris saya tetapi masa tidak mengizinkan.




on 

