UPSR 2008
Filed Under Kurikulum · Tagged: keputusan upsr 2008, UPSR, upsr 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ini seperti yang sedia maklum, keputusan UPSR telah keluar. Tahiah kepada kepada semua yang berjaya. Pada yang gagal, ini hanya satu permulaan. Jadikan ia sebagai momentum untuk usaha yang lebih kuat dihari mendatang.
Kepada yang bertanya cara untuk menyemak keputusan secara online, setahu saya belum ada lagi. Link yang tuan haji berikan tu, gurauan jer tue
Bagi sekolah saya, alhamdullillah, bilangan yang mendapat 5A bertambah 2 orang bagi 3 tahun berturut-turut. Walau bagaimana pun bagi subjek Math yang saya ajar, kemerosotan amat ketara sehingga 7%. Tengah tulis surat ‘tunjuk sebab ni:(’”.
Ok sekian sahaja untuk malam ini. Wassalam..
‘Paksa Rela’ Punca Guru PPSMI Lemah Bahasa Inggeris
Filed Under Keratan Akhbar, PPSMI, Utusan Online · Tagged: BISP, English, Mathematics, PPSMI, Science
KUALA LUMPUR 3 Sept. Utusan Online - Situasi ‘paksa rela’ dikesan sebagai antara punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.
Katanya, keadaan itu merupakan ‘hasil’ daripada dasar PPSMI yang dicadang dan diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.
”Keadaan ‘paksa rela’ ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.
”Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, yang meminta guru-guru berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Menurut Razali, pihaknya mendapati ramai guru yang menggunakan BISP mereka untuk tujuan lain, seterusnya membantutkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun Yim Pheng menegaskan, BISP tidak harus dihentikan kerana ia akan mewujudkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.
Katanya, pemberian BISP hanya wajar dihentikan apabila Kementerian Pelajaran dapat menyediakan jumlah guru yang mencukupi untuk PPSMI.
”PPSMI masih dalam fasa percubaan, jadi memang banyak kelemahan yang dikesan,” jelasnya.
Cikgu Farizal: Sejarah lalu usah dikenang, yang penting apa yang perlu kita lakukan sekarang untuk membaiki keadaan ini.
Ramai Guru Sains, Matematik lemah Bahasa Inggeris
Filed Under PPSMI, Utusan Online · Tagged: English, Mathematics, PPSMI, Science
BESUT 2 Sept. Utusan Online - Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.
”Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.
Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.
- Bernama
Cikgu Farizal :Saya nak guna elaun tu untuk membaiki bahasa Inggeris saya tetapi masa tidak mengizinkan.





