Masa Muda Sebelum…
Filed Under Motivasi, Nasihat · Tagged: demi masa, masa muda, Motivasi, muda, Nasihat, Pilihanraya, tua
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Tidak sampai 5 hari lagi, pilihanraya ke-12 akan berlangsung.
Di saat ini pelbagai perang dilancarkan oleh parti-parti yang bertanding. Poster, bendera, kain rentang, banting memenuhi setiap pelusuk kampung, jalan raya menandakan perang poster sedang hebat berlangsung.
Tak kurang juga deruan enjin motorsikal mat-mat rempit motor memecah kesunyian malam bersama perarakan bendera parti-parti pilihan merek, menambahkan lagi kemeriahan pilihanraya ke-12 ini.
Selain perang poster, media-media cetak, media-media elektronik, blog-blog mencernakan perang saraf di alam cyber dan alam nyata.
Dikala ingin membuat penilaian, calon parti mana yang harus saya ‘pangkah’ 8 March nanti, blog-blog parti-parti yang bertanding saya layari. Melihat hujah, manifesto yang dibentangkan.
Dalam melayari, blog-blog tersebut, ada sesuatu yang benar-benar menginsafkan saya. Satu jenis perang yang saya tidak tahu namanya. Saya namakan ‘perang ungkit’.
‘Perang ungkit’ ? Ya, mungkin nama itu sesuai dengan ungkit-mengungkit yang dilakukan ke atas calon-calon yang bertanding. Habis kisah silam diungkit. Gambar-gambar kisah silam dipaparkan sebagai bukti.
Penulisan saya kali ini bukan ditujukan kepada mana-mana parti yang bertanding tetapi tujuannya adalah untuk mengambil ikhtibar dari apa yang sedang berlaku.
Bayangkan jika anda berusaha dengan kuat, berjaga hingga ke larut malam untuk memikirkan masalah rakyat dan menyebabkan anda tertidur sewaktu berkerja
dan setelah 20 tahun mengabdikan diri bersama parti yang anda sayangi dan pilihanraya kali ini adalah yang pertama bagi anda. Semua orang yakin yang anda akan menang dalam pilihanraya ini kerana kesungguhan dan komitednya anda dengan parti dan rakyat. Anda memang disenangi oleh segenap lapisan masyarakat, tiba-tiba… suspen sikit
Dengan hanya sekeping gambar yang ditangkap sewaktu anda memengang tin minuman keras rakan anda sewaktu anda belajar di Over Sea, imej anda tercemar dan anda kecundang dalam pilihanraya. Hanya kerana itu
Jika anda mempunyai cita-cita yang besar, maka jaga masa muda anda, jangan terlalu mengikut darah muda kerana ia mungkin menjahamkan masa depan anda dikala anda hampir mengecap kejayaan.
Anda mungkin tiada cita-cita, tetapi ingatlah hidup kita bukan kita yang tentukan. Mungkin hari ini anda orang biasa, anak penoreh getah dan anda juga penoreh getah, tiba-tiba anda termenyertai sesuatu program, tidak sampai 2 tahun anda menjadi begitu terkenal dan menjadi jutawan. Tetapi…..
Ingatlah… Masa Muda Sebelum Tua,
Sekian wassalam..
Cikgu Farizal
Anak Ku, Orang Bersalah Tak Semestinya Orang Jahat…
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Tadi sewaktu berada di HKL, membawa anak untuk rawatan asma kelihatan seorang yang bergari bersama dengan dua orang anggota polis masuk ke bahagian pesakit asma.
Tiba-tiba kedengaran suara seorang kanak-kanak “Ibu, orang jahat.” “Orang yang bergari tak semestinya orang jahat. Tapi dia mungkin seorang yang bersalah.” Terang si ibu kepada anaknya.
Sayaa bersetuju dengan ibu tersebut. Orang bersalah tidak semestinya orang jahat.
Pelbagai sebab yang menyebabkan seseorang itu melakukan kesalahan. Terpaksa, dipaksa atau secara tidak sengaja. Setiap orang yang melakukan kesalahan mesti mempunyai alasan yang tersendiri. Jadi kita sebagai masyarakat perlu memberi peluang kepada orang yang melakukan kesalahan untuk kembali kelandasan yang sebenar setelah mereka menerima hukuman yang yang setimpal.
Sebagai guru, jika murid melakukan kesalahan, kita seharusnya menyelidiki dahulu sebelum menjatuhkan hukuman dan beri peluang murid tersebut untuk memberi penjelasan. Jika ia bersalah, pastikan hukuman yang dikenakan membawa kebaikan kepada murid tersebut. Bukannya, hukuman semata hukuman.
Sekian wassalam
Cikgu Farizal
Hari Ini Syaitan Menang…
Assalamualaikum & salam sejahtera….

Apa khabar hari ini? Moga sihat hendak-Nya…
Hari ini seperti biasa saya mengajar di sekolah. Hari ini hanya ada dua kelas. Sejam kelas sains dan sejam kelas matematik.
Kelas sains dijalankan pada waktu akhir. Sewaktu saya ingin memulakan kelas tiba-tiba pintu kelas diketuk oleh Cikgu Nazri. Cikgu Nazri meminta kebenaran untuk membuat pengumuman.
“Kepada semua murid Bakti Petronas, esok kelas Bakti Petronas batal”, Cikgu Nazri membuat penguman.
Ye! sambut semua murid dalam kelas. Best-best, esok kelas batal, sambung sebahagiannya.
Sebaik sahaja Cikgu Nazri beredar. Saya pun bertanya kepada murid-murid. ” Kamu rasa seronok esok kelas Petronas batal?”
“Mesti lah Cikgu”.
Saya bertanya lagi. ” kamu tahu tak ada makluk lain yang lebih gembira daripada kamu?”
“Siapa Cikgu?”
“Syaitan”, jawap saya. ” Syaitan lebih gembira daripada kamu. Pertama dia gembira sebab kamu tak belajar besok. Ke dua dia gembira sebab kamu gembira kamu tak belajar esok. Jadi hari ini syaitan telah mengalahkan kamu. Kamu baca Majalah Asuh kan?”
Semua murid diam.
” Bila sesuatu majlis ilmu dibatalkan, jangan sekali-kali kamu bersorak kegembiraan. Itu menandakan kamu tak suka ilmu dan syaitan suka berkawan dengan orang yang bergitu. Kamu suka jadi kawan syaitan?” Tambah saya lagi.
“Tidak,” jawab murid-murid perlahan.
“Cukuplah kamu mengucapkan terima kasih kepada orang yang memberitahu kamu.” Saya menambah lagi.
Kelas kembali sunyi dan saya membiarkan kelas sunyi seketika.
“Ok class.. We continue our lesson with… Useful and harmful microorganisms”.
Sekian, wassalam
Cikgu Farizal





