Selamat Berpuasa…
Filed Under Pengumuman · Tagged: 1429, 2008, bulan mulia, hari raya, puasa
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, hari ini kita umat Islam memulakan puasa. Moga puasa kali ini dapat membimbing kita ke satu peringkat yang lebih baik. Amin..
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG CIKGU FARIZAL DOT COM…
Minggu Peperiksaan!
Filed Under Pengumuman, Peperiksaan · Tagged: jangan Meniru, Minggu Peperiksaan, Peperiksaan
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Minggu ini minggu terakhir persekolahan bagi semester ini dan juga merupakan minggu peperiksaan. Dengan itu saya mengucapkan, selamat menduduki peperiksaan. GOOD LUCK!
Wassalam..
Setahun Berlalu…
Filed Under Pengumuman · Tagged: Blog, PR 3, selamat hari lahir, ulang tahun
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Hari ini genaplah setahun domain cikgufarizal.com saya beli. Domain tersebut dibeli sempena hari lahir saya pada tahun lepas. Walaubagaimana pun blog Cikgu Farizal Dot Com baru sahaja 6 bulan diwujudkan secara rasminya.
Mari kita lihat apa yang telah dicapai oleh Blog ini dalam masa setahun 6 bulan.
1. Bilangan pelawat yang melawat blog ini hampir mencecah 8000 orang. Klik pada gambar di bawah untuk melihatnya.
2. Blog ini sudah mempunyai 99 hasil penulisan termasuk post ini dan beberapa petikan akhbar dari 71 kategori. Bilangan kategori macam sama banyak dengan post jer :p
3. Terdapat lebih kurang 280 pendapat dari pembaca blog ini. Terima kasih atas komitmen anda.
4. Pagerank bagi blog ini sudah PR 3.
5. Pelawat paling setia Aunty. Tq banyak-banyak.
itu sahaja kot…
Sekian terima kasih
Wassalam..
JOMDiDiK.COM – Bersama Mendidik Generasi Depan
Filed Under Pengumuman · Tagged: Blog, jomdidik, Pengumuman
Assalamualalaikum & salam sejahtera…

Terima kasih kepada Dr Boulevard Gumbo atas cadangan beliau di ruangan tanya@cikgufarizal dot com. Beliau mencadangan agar saya membuka blog Cikgu Farizal Dot Com untuk penulis jemputan. Cadangan tersebut memanglah sesuatu yang baik. Tetapi saya fikir segan lah pula untuk meminta orang lain tolong menglamourkan blog peribadi saya
Jadi setelah berfikir adalah lebih baik saya membina sebuah blog saya bukan bersifat peribadi dan juga bukan bersifat keuntungan. Supaya kita sama-sama dapat menyumbangkan ilmu idea dan pengalaman dalam mendidik generasi depan.
Saya memilih domain JOMDiDiK.COM dengan tema “Bersama Mendidik Generasi Depan” untuk blog tersebut. Insyallah dalam bulan depan saya akan membina blog tersebut. Konsep blog ini adalah seperti surat khabar online. Anda boleh menulis apa sahaja disini berkaitan dengan dunia pendidikan termasuklah menulis mengenai aktiviti sekolah anda.
Dengan saya berharap agar sudi kiranya anda semua menyumbangkan idea untuk saya. Sila cadangkan kategori yang sesuai untuk blog tersebut. Cadangan boleh dibuat dalam ruangan komen dibawah.
Bagi yang berminat untuk menjadi penulis bebas di blog tersebut daftarkan diri anda dengan mengisi borang dibawah. Saya akan memaklumkan perkembangan blog tersebut melalui email yang diberikan.
Kerjasama anda didahulu dengan ucapan jutaan terima kasihSekian wassalam..
Pertanyaan @ Cikgu Farizal Dot Com
Filed Under Pengumuman · Tagged: ask, faq, kemusykilan, musykil, Pengumuman, pertanyaan, tanya
Assalamualaikum dan salam sejahtera…

picture: libizblog.wordpress.com
Anda mempunyai persoalan yang ingin dikemukakan kepada Cikgu Farizal? Atau anda mempunyai kemusykilan yang ingin dikongsi bersama di Blog Cikgu Cikgu Farizal Dot Com?
Usah lagi tinggalkan soalan anda di ruangan pesanan ringkas atau diruangan komen yang tiada kaitan dengan persoalan anda.
Saya telah menyediakan satu borang khas untuk anda bertanyakan saya apa jua soalan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Insyaallah saya akan memperuntukan masa hujung minggu saya untuk menjawab soalan-soalan anda. Borang tersebut boleh didapati di muka surat pertanyaan.
Sekian wassalam
PS: Selepas anda mengelik button “Hantar”. Satu email akan dihantar kepada anda untuk anda. Jangan lupa klik pada pengesahan email tersebut. Jika tidak pertanyaan anda tidak akan sampai kepada saya.





on 

