21 Hari Menjelang PTK
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Huh.. Dah lama tak update blog ni. Terima kasih kepada yang masih sudi menyokong.
Ya, apa khabar anda semua? Moga sihat hendak-Nya.
Bulan 8 ni maka bermulalah sessi ulangkaji untuk menduduki PTK yang dijadualkan pada 20 dan 21 Ogos 2008. Sempat, tak sempat tak tau la.
Cuti sekolah bulan 8, kena balik kampung, ramai kenalan akan nak kahwin. Ibubapa pula minta buat kelas tambahan untuk UPSR. Ramai cikgu nak study untuk PTK, terutama yang baru pertama kali ambil dan yang dah berkali-kali ambil tak lulus.
Jadi apa perancangan yang sesuai untuk mudah lulus PTK? Macam mana anda semua? Dah study ke belum?
Sekian wassalam
PTK Oh PTK
Filed Under Blog, PTK · Tagged: Exam, Komputer, Penilaian Tahap Kecekapan, Peperiksaan, PTK
Assalamualaikum & salam sejahtera….

Hari banyak perkara yang berjaya saya siapkan. Alhamdullillah syukur. Salah satu daripadanya menghantar borang PTK. Ini kali ke-2 saya akan menduduki peperiksaan PTK ini bagi tahap TK 1. Tahun lepas saya hanya mampu mendapat 2 bagi kedua-dua komponen
Itu lah akibatnya jika tidak cukup persediaan. Main belasah jer ambil peperiksaan tu. Tahun ini insyaallah saya lebih bersedia dan harap tahun ini dapat ler 4 bagi kedua-dua komponen tu.
Mungkin kaedah yang diajar oleh Dr Tengku Asmadi dalam bukunya Motivasi Alihan Pelajar dapat membantu saya lulus dengan cemerlang PTK nanti. PTK tersebut dijadualkan pada bulan Ogos 2008 nanti.
Doakan saya berjaya
Wassalam
Cikgu Farizal





