Zoom A dot Com – Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Filed Under Teknologi, Web Interaktif · Tagged: Blog, laman web, pembelajaran interaktif, Pendidikan, skor-a.com, webeducation, zoom-a.com
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia…

zoom-a.com-Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Pada 7 Oktober yang lalu saya bersama seorang rakan telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengikuti taklimat salah satu program pembelajaran interkatif Melalui internet iaitu zoom-a.com…
Program ini wujud hasil persepakatan antara Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan One Touch Education Sdn. Bhd.
Program ini amat menarik malah ia amat berguna dalam meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah. Sekali pandang ia pasti memudahkan tugas guru-guru disekolah. Dengan hanya beberapa klik dan dalam masa yang singkat satu kertas ujian dapat disediakan. Terdapat 250000 soalan yang tersedia dalam bank dalam jenis klon dan bukan klon. Dengan erti kata lain. soalan memang berkualiti!
Selesai sahaja murid menjawab, markah terus diberikan siap dengan penerangan jawapan yang sepatutnya. Memang bagus program ini. Guru hanya perlu melihat pada analisa item untuk membaiki tajuk-tajuk yang masih belum dikuasai oleh murid. Memang best!
Tetapi setelah memikir keadaan murid di sekolah. Saya dapati agak sukar untuk laksanakan program ini. Masih ramai murid yang dirumahnya tiada komputer. Apatah lagi internet. Jadi macam mana nak buat?
Kalau sebahagian murid melanggan. Sebahagian lagi tidak. Ini akan menambah kerja guru-guru di sekolah. Mesti ramai yang tidak bersetuju. Murid-murid yang melanggan sudah pasti ibubapa mereka mahu ia dilaksanakan sebaik mungkin. RM 10 setahun… banyak tu
Walau bagaimana pun murid-murid boleh membuat latih tubi sendiri dengan menggunakan program ini dan ia boleh dipantau oleh ibubapa.
Cuma apa yang sedang saya fikirkan sekarang. Bagaimana program ini dapat digunakan dengan semaksima yang mungkin dalam membantu meningkatkan prestasi sekolah.
Untuk pengetahuan semua. Saya masih lagi dalam proses mengeksplor laman web ini. Insyaallah komen dan pandangan akan menyusul.
Sekian wasalam…
Teknologi solar sumber alternatif
Filed Under Teknologi · Tagged: berita, berita harian, harian, matahari, solar, teknologi solar
TEKNOLOGI sel solar wajar digunakan sebagai sumber alternatif menjana elektrik dalam projek pembestarian sekolah luar bandar untuk memastikan pelajar di kawasan berkenaan tidak ketinggalan dalam pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (Seri) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kamaruzzaman Sopian, berkata teknologi solar lebih praktikal, menjimatkan kos dan masa berbanding kaedah penyambungan grid yang diamalkan ketika ini.
Katanya, aplikasi teknologi itu, sekali gus meluaskan penggunaan tenaga solar di kawasan luar bandar yang kini dimanfaatkan dalam bidang pertanian dan perikanan saja.
“Aplikasi tenaga solar di negara kita kini pada tahap sangat rendah sedangkan ia berpotensi tinggi dimanfaatkan dalam pelbagai bidang terutama sektor perumahan dan pertanian.
“Antaranya, ia dapat memastikan projek pembekalan elektrik bagi sekolah luar bandar dilaksanakan pada kadar segera serta berdaya saing dari segi kosnya.
“Lazimnya, sesebuah sekolah di luar bandar hanya memerlukan bekalan elektrik tiga hingga lima kilowatt saja sehari termasuk untuk operasi makmal komputer dan teknologi, sel solar mampu memenuhi keperluan ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pameran Kereta Solar di Dataran Pusanika UKM, Bangi, baru-baru ini.
Sempena pameran itu, warga Switzerland, Louis Palmer turut mempromosi teksi solar ciptaannya, selain menyampaikan ceramah mengenai kenderaan itu kepada warga universiti.
Sementara itu, Kamaruzzaman, berkata kereta solar antara 20 produk yang berjaya dihasilkan institut itu menerusi kegiatan penyelidikannya.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak dua produk sudah digunakan pihak berkaitan iaitu panel sel solar oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta pengeringan kelapa sawit menggunakan teknologi pengeringan udara solar oleh Felda.
“UKM satu-satunya institusi pengajian tinggi awam yang diberi mandat Kementerian Pengajian Tinggi bagi menubuhkan institut penyelidikan khusus untuk tenaga solar sejak 2005.
“Sejajar itu, kami menerima geran penyelidikan berjumlah RM13 juta daripada pelbagai pihak sepanjang Rancangan Malaysia Ke-9 untuk memajukan teknologi tenaga solar dalam pelbagai bidang terutama pertanian dan perikanan,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online




on
on 

