Zoom A dot Com – Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia…

zoom-a.com

zoom-a.com-Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

Pada 7 Oktober yang lalu saya bersama seorang rakan telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengikuti taklimat salah satu  program pembelajaran interkatif Melalui internet iaitu zoom-a.com…

Program ini wujud hasil persepakatan antara Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan One Touch Education Sdn. Bhd.

Program ini amat menarik malah ia amat berguna dalam meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah. Sekali pandang ia pasti memudahkan tugas guru-guru disekolah. Dengan hanya beberapa klik dan dalam masa yang singkat satu kertas ujian dapat disediakan. Terdapat 250000  soalan yang tersedia dalam bank dalam jenis klon dan bukan klon. Dengan erti kata lain. soalan memang berkualiti!

Selesai sahaja murid menjawab, markah terus diberikan siap dengan penerangan jawapan yang sepatutnya. Memang bagus program ini. Guru hanya perlu melihat pada analisa item untuk membaiki tajuk-tajuk yang masih belum dikuasai oleh murid. Memang best!

Tetapi setelah memikir keadaan murid di sekolah. Saya dapati agak sukar untuk laksanakan program ini. Masih ramai murid yang dirumahnya tiada komputer. Apatah lagi internet.  Jadi macam mana nak buat?

Kalau sebahagian murid melanggan. Sebahagian lagi tidak. Ini akan menambah kerja guru-guru di sekolah.  Mesti ramai yang tidak bersetuju. Murid-murid yang melanggan sudah pasti ibubapa mereka mahu ia dilaksanakan sebaik mungkin. RM 10 setahun… banyak tu :)

Walau bagaimana pun murid-murid boleh membuat latih tubi sendiri dengan menggunakan program ini dan ia boleh dipantau oleh ibubapa.

Cuma apa yang sedang saya fikirkan sekarang. Bagaimana program ini dapat digunakan dengan semaksima yang mungkin dalam membantu meningkatkan prestasi sekolah.

Untuk pengetahuan semua. Saya masih lagi dalam proses mengeksplor laman web ini. Insyaallah komen dan pandangan akan menyusul.

Sekian wasalam…