Tugas Guru Penyelaras PPSMI

Assalamualaikum & salam sejahtera…

laptopg.jpg


Setelah semalam tidak dapat mengemaskini blog atas masalah tenikal, hari ini saya akan memenuhi pemintaan salah seorang pembaca blog ini iaitu Cikgu Anis dari Klang. Dalm email beliau kepada saya, beliau meminta agar saya menyenaraikan tugas-tugas penyelaras PPSMI.

Jadi untuk tidak menghampakan beliau, saya akan menyenaraikan tugas-tugas tersebut.

  1. Membaca, memahami dan melaksanakan dasar, pekeliling dan arahan KPM /JPN/PPD/ yang berkaitan PPSMI.
  2. Memastikan maklumat terkini PPSMI disebar luas dalam kalangan warga sekolah.
  3. Memastikan peralatan dan bahan P&PPSMI digunakan secara optimum dan berhemah.
  4. Merancang dan memastikan penggunaan secara optimum costware yang sesuai dalam P&P.
  5. Membantu Guru Besar memilih bahan rujuk / tambahan serta peralatan yang berkaitan.
  6. Menyedia dan mempamerkan senarai peralatan dan bahan P&PPSMI.
  7. Menyediakan dan melaksanakan Buku Pergerakan Peralatan dan bahan P&PPSMI.
  8. Mencadang idea / pandangan untuk tujuan penambahbaikan.
  9. Mewujudkan dan mengemaskini fail berkaitan peralatan dan bahan P&PPSMI.
  10. Melaksanakan sebarang tindakan yang sejajar dan bersesuaian dengan keadaan, seterusnya melaporkan kepada pihak pengurusan.
  11. Merekod dan menyelenggara sebarang kerosakan peralatan.
  12. Memastikan semua peralatan dikembalikan mengikut waktunya dan lengkap dengan aksesori yang sepatutnya.
  13. Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
  14. Memastikan peralatan ICT berada dalam keadaan selamat.

Itu sahaja senarai tugas guru penyelaras PPSMI yang saya tahu. Moga membantu.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Permintaan Aunty mengenai kaedah menghafal sifir akan menyusul nanti, insyaallah.

Tugas Guru Kelas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

1stclassteacher.jpg

Dari statistik yang saya perolehi saya dapati ramai yang menggunakan kata kunci “tugas guru kelas” dan terjumpa blog saya ini. Saya minta maaf kerana sebelum ini saya tidak meletakan tugas guru kelas di sini. Jadi untuk tidak menghampakan anda semua yang mencari, hari ini saya letakan artikel berkenaan tugas guru kelas.

Tugas Guru Kelas

1. Pengurusan Dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan :

  • Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun meja dan membuang sampah.
  • Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu)

1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :

  • Jadual Waktu
  • Jadual Tugas
  • Perabut kelas seperti kerusi meja murid dan meja gru serta papan hitam diinventorikan.
  • Moto Kelas
  • Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan tadahan sampah.

[Read more]