Catur - Pertempuran Antara Askar-Askar Wanita?
Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdullillah akhirnya penantian saya berakhir jua walaupun terpaksa menunggu lebihg 3 bulan. Terima kasih kepada Amin kerana sudi cuba menjawab soalan teka-teki yang berbunyi Yang Mana Jantan? Yang Mana Bertina?.
Walaupunbagaimana pun jawapan yang diberikan oleh Amin tidak tepat. Jawapan bagi teka-teki tersebut ialah semuanya betina kecuali King.
Ha..ha.. Kenapa begitu?
Ada dua situasi atau alasan untuk membuktikan kebenaran jawapan saya.
Alasan 1.
Sewaktu dalam permainan catur, ada satu situasi dimana ‘pawn’ telah sampai kepenghujung petak kawasan lawan. ‘Pawn’ tersebut akan dinaikan pangkat (promotion).’ Kesemua pangkat boleh diberikan kepada ‘pawn’ kecuali King. Ini bermaksud ‘pawn’ boleh di tukar dengan castle, knight, bishop atau queen. Tetapi tidak sebagai king. Biasanya queen yang menjadi pilihan kerana ia yang lebih berkuasa.
Oleh kerana queen adalah perempuan, maka sudah tentu pawn yang ditukar menjadi queen juga mestilah perempuan. (Pembedahan penukaran jantina masih belum wujud zaman catur diperkenalkan
)
Dan oleh kerana semua pawn boleh ditukarkan kepada queen. Ini bermakna semua pawn adalah petrempuan atau betina (catur bukan benda hidup)
Dan juga oleh kerana pawn boleh ditukarkan kepada semua pembesar. Maka sudah tentu semua pembesar juga betina kerana pawn adalah betina
Dan oleh kerana pawn tidak boleh ditukarkan kepada King. Ini membawa maksud King adalah jantina berlawanan dengan pawn. Oleh kerana pawn adalah betina, maka King tentulah jantan.
Alasan 2
Untuk menamatkan pemainan catur dengan kemenangan pada satu pihak (bukan seri). Maka ‘check mate’ diperlukan. Check mate terjadi apabila king tidak dapat lari dari dibunuh oleh pihak lawan. Kematian King, menyebabkan seluruh pasukan kalah walaupun masih mempunyai kesemua anggota dan juga mungkin mempunyai kekuatan lebih dari pihak lawan, pihak yang Kingnya sudah di check mate tetap diisytiharkan kalah.
Ini juga menyokong bahawa hanya King adalah jantan dan yang lain adalah betina. Kerana apabila satu-satunya jantan yang ada mati, maka pupuslah spesis tersebut.
Ok.. itu sahaja. Just joking.
Thank you..
Teka Teki Untuk Anda! Yang Mana Jantan? Yang Mana Betina?
Filed Under Uji Minda · Tagged: Catur, Chess, En Passant, Keputusan, MSSMKL, SMK Dato' Onn, Teka-teki, Tutorial Catur, Uji Minda, Zon Pudu
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Untuk makluman anda, saya ingin bercuti sehingga hari Ahad ini kerana ada beberapa perkara yang perlu disiapkan. Jadi saya ingin meninggalkan satu teka teki untuk anda.
Anda tahu permainan catur bukan? Permainan catur seolah-olah simulasi kepada peperangan sebenar. Dalam permaianan catur ada buah catur yang mewakili anggota tentera (pawn), penglima (knight), Menteri (Castle), Bishop, Queen dan King.
Di antara kesemua di atas, buah catur yang manakah jantan dan yang manakah betina? Ok. Itu sahaja soalan saya. Selamat mencuba.
Sekian, wassalam
Cikgu Farizal
5 Ekor Kambing Semuanya…
Assalamualaikum & salam sejahtera..

Baiklah, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan memberi jawapan bagi soalan uji minda, berapa ekor kambing?
Ya, tepat sekali jawapan yang diberikan oleh Zul. 5 ekor kambing jawapannya. Tahniah Zul. Tetapi cara Zul menulis jawapan perlu dibaiki lagi. Cara Zul menulis jawapan adalah cara orang bijak matematik dan cara itu hanya akan difahami oleh orang yang bijak matematik. Walaubagaimanapun cara tersebut tidak salah)
Cara memberi jawapan yang baik (pada pandangan saya) ialah jawapan tersebut dapat difahami oleh orang yang tidak pandai matematik. Waktu saya di sekolah menengah dulu pun saya menghadapi masalah untuk menulis jawapan.
Jawapan tahu tetapi cara nak tulis tidak tahu
Abang saya menasihatkan supaya saya menulis jawapan seolah-olah cikgu matematik tersebut tidak pandai matematik.
Baiklah, seperti yang saya tulis dalam soalah tersebut. Jawapn tidak penting, tetapi cara menulis yang penting.
Ini cara menulis jawapan yang saya ingin kongsikan. [Read more]





