Cepatnya Masa Berlalu…

Filed Under Blog · Tagged: , , , ,  

31STAssalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari sudah 31 Januari 2010!

Cepat benar masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam menyambut tahun baru. Begitu juga dengan blog ini. Sudah lebih sebulan tidak dikemaskini. Oh betul lah.. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali….

HOME at HOME, WORK at WORK

Permulaan tahun 2010 agak mencabar. Saya cuba menetapkan prinsip ” HOME at HOME, WORK at WORK”. Di mana saya berazam untuk menyiapkan semua kerja ditempat kerja dan dirumah adalah untuk keluarga tetapi nampaknya prinsip itu terpaksa digubal. Sudah ada beberapa kerja yang tertangguh dan terpaksa dibawa pulang kerumah.

Walaubagaimana pun saya tetap akan berusaha untuk memastikan seminimum mungkin kerja yang terpaksa dibawa pulang ke rumah.

Theme Baru

Sekarang ini juga saya sedang mencari theme baru untuk blog Cikgu Farizal dot Com ini. Theme yang bakal dipilih nanti akan membawa konsep baru pada blog ini.

Baiklah.. sekian sahaja untuk hari ini.

Wassalam dan salam 1Malaysia.

MERDEKA ;1Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan..

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sempena 31 ogos ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia, tak kira di mana berada. Khasnya pengungjung blog ini.

Marilah kita hanyati erti kemerdekaan ini.

wassalam