Keputusan SPM dan STAM pada 12 Mac 2009, STPM 10 MAC 2009

keputusan spm

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.

Calon persendirian pula, katanya, akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

“Seramai 442,936 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran; calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan tertentu 16,019 (3.6 peratus); calon sekolah swasta 10,331 (2.3 peratus) dan calon persendirian 28,507 (6.5 peratus),” katanya.

Alimuddin berkata, sebanyak 3,939 pusat peperiksaan disediakan untuk peperiksaan itu di seluruh negara. Peperiksaan bertulis SPM 2008 dijalankan dari 11 November hingga 5 Disember 2008.

Bagi peperiksaan STAM pula, katanya, seramai 6,240 calon mendaftar untuk mendudukinya, dengan 886 atau 13.9 peratus adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan; calon sekolah agama tadbir kerajaan negeri 4,219 (67.6 peratus); calon sekolah agama rakyat dan swasta 788 (12.6 peratus) dan 367 (5.9 peratus) calon persendirian.

Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan menyebut, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Di samping itu, katanya calon boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM (JARAK) (Nombor kad pengenalan) dan hantar ke 39003.

Selain itu, katanya keputusan juga boleh disemak melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada hari berkenaan.

Katanya, analisis pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan akan diadakan pada 10 Mac jam 11.30 pagi di MPM.

Seramai 53,638 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 46,319 atau 86.35 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) calon sekolah swasta dan 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian. – Bernama.

Sumber: sifu2b.wordpress.com

Cepatnya Masa Berlalu…

Filed Under Blog · Tagged: , , , ,  

31STAssalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari sudah 31 Januari 2010!

Cepat benar masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam menyambut tahun baru. Begitu juga dengan blog ini. Sudah lebih sebulan tidak dikemaskini. Oh betul lah.. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali….

HOME at HOME, WORK at WORK

Permulaan tahun 2010 agak mencabar. Saya cuba menetapkan prinsip ” HOME at HOME, WORK at WORK”. Di mana saya berazam untuk menyiapkan semua kerja ditempat kerja dan dirumah adalah untuk keluarga tetapi nampaknya prinsip itu terpaksa digubal. Sudah ada beberapa kerja yang tertangguh dan terpaksa dibawa pulang kerumah.

Walaubagaimana pun saya tetap akan berusaha untuk memastikan seminimum mungkin kerja yang terpaksa dibawa pulang ke rumah.

Theme Baru

Sekarang ini juga saya sedang mencari theme baru untuk blog Cikgu Farizal dot Com ini. Theme yang bakal dipilih nanti akan membawa konsep baru pada blog ini.

Baiklah.. sekian sahaja untuk hari ini.

Wassalam dan salam 1Malaysia.

Bayaran Tambahan Persekolahan 2010

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.

Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.

Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.

“Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.

“Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.

“Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.

“Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik,” jelasnya.

Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.

Sumber: Utusan Online

Transformasi pendidikan bermula 2010

KUALA LUMPUR 12 Jun , Utusan Malaysia Online– Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.

“Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.

“Kita nak wujudkan konsep ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah’ sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,’’ katanya ketika berucap merasmikan sambutan hari guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.

Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.

Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.

“Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,’’ jelasnya.

Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.

Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.

Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.

“Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,’’ katanya.