Fri 31 Jul 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Sudah lebih sebulan blog ini dibiarkan tidak dikemaskini. Bukan sengaja tidak mahu mengemaskni blog ini tetapi keutamaan masa adalah lebih kepada kerja yang memerlukan. Disamping itu juga, saya sibuk mengisi informasi di facebook saya.
Sejak keputusan mengenai dasar PPSMI diputusankan oleh kerajaan awal bulan ini, banyak reaksi yang didengari, ada yang bersetuju dan ada yang tidak.
Bagi yang bersetuju keputusan ini melegakan perasaan mereka. Bagi yang tidak bersetuju, bermacam kritikan yang didengari…
Apa yang mendukacitakan kebanyakannya menyalahkan cikgu.
Cikgu tak bersungguh-sungguh la…
Cikgu tak bagi komitmen la…
Cikgu tak berani menyahut perubahan la…
dan macam-macam lagi
Kalau dulu, bagi yang membangkang dasar PPSMI ini, cikgu juga jadi tempat dipersalahkan oleh sebahagian dari mereka.
Cikgu sayang elaun la..
Cikgu tak ada semangat kebangsaan la…
dan macam-macam ada..
Sebenarnya, kami sebagai cikgu hanya pelaksana dasar. Dasar diputuskan oleh kerajaan yang memerintah. Kerajaan yang memerintah adalah parti yang memiliki majoriti ahli di parlimen. Ahli parlimen adalah mereka yang dipilih oleh majoriti rakyat di kawasan beliau. Dan rakyat itu adalah kita semua. Jadi secara matematiknya, majoriti rakyatlah yang memutuskan dasar tersebut.
Sebagai pelaksana dasar, kami perlu akur dengan dasar-dasar yang diputuskan. Ini bagi menjamin segala perancangan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan baik. Disamping itu juga ia bagi menghormati kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat. Walaupun mungkin dasar tersebut tidak dapat diterima oleh sebahagian rakyat. Dan rakyat yang tidak dapat menerima dasar tersebut berani bangun berdemonstrasi.
Jadi jangan asyik salahkan cikgu dalam apa juga keputusan yang diputuskan.. Kami hanya pelaksana dasar yang sentiasa berusaha agar dasar-dsar yang diputuskan berjaya dilaksanakan dan memberi kebahagian kepada seramai mungkin rakyat.
Sekian wassalam…
p.s Cuba bayangkan kalau cikgu kerja ikut kehendak hati dia je. Dasar yang dia tak setuju dia tak buat walaupun baik tetapi menyusahkan cikgu. Siapa akan rugi? Rakyat juga.. Jadi kami hanya perlaksana dasar yang akur demi kesejahteraan rakyat tetapi kami bukan ROBOT.




