Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama yer saya tak update blog ini. Kenapa ye?

Terima kasih saya ucapkan kepada pelayar Blog Cikgu Farizal dot Com kerana sudi bertanyakan khabar saya.

Sebenarnya bukan tak ingin mengupdate blog ini. Tetapi peruntukan masa untuk bekerja perlu lebihkan. Banyak kerja perlu dilakukan terutamanya apabila dilantik sebagai penyelaras bestari. Dan sekarang sedang sibuk bekursus pedagogi bestari di IPBA.

Hari ini saya mengemaskini sedikit dibahagian “Blogger” sedikit perkembangan terkini ditambah.

Hari ini juga saya menutup buat sementara  ruangan “pertanyaan” kerana masih banyak soalan dan isu yang terkumpul tidak dijawab. Walaubagaimana pun saya akan berusaha menjawab soalan-soalan tersebut terutamanya berkaitan dengan PPSMI.

Itu sahaja untuk malam ini.

Wassalam..

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua pengunjung Blog Cikgu Farizal Dot Com. Moga terus menjadi Guru Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Terutamanya kepada pengunjung setia blog ini Aunty.

Tidak dilupakan juga ucapan ini ditujukan buat Isteri tersayang yang juga merupakan seorang guru. Abang, Kakak Ipar, Adik dan Adik Ipar yang juga keluarga guru.

Semua guru di Sk Bukit Pantai, diharap terus komited dengan kerjaya mulia ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru,

Tadika Kemas Majid Ihsaniyah, Kupang, Baling Kedah tahun 1984.

SK Kupang, Baling, Kedah (1985 – 1990)

SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah (1991 – 1993)

SMK Baling, Keda (1994 – 1995)

SMK Sultan Badlishah, Kulum (Mac – Mei 1996)

Kolej Mara Kulim (1996-1997)

Pusat Matrikulasi USM (1997-1998)

Pusat Pengajian Sains Kimia USM (1998 – 2003)

Maktab Perguruan Kuala Terangganu (2004)

Jasa kalian tidak mampu dibalas. Moga Allah sentiasa merahmati kalian.

Juga tidak lupa, ucapan ini ditujukan kepada semua guru-guru yang juga blogger;

1. Cikgu Maizul

2. Cikgu Anda

3. Cikgu Azleen

4. Cikgu Reen

5. Cikgu Nayan

Dengan ucapan, selamat maju jaya.

Wassalam

Laman 1 dari 11

Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory Directory of Education/Research Blogs Bloggers Directory Blog Directory & Search engine

blogarama - the blog directory