Pengalaman Baru…

Filed Under Aktiviti · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar anda semua hari ini? Moga sihat hendak-Nya.

Hari Sabtu semalam memberi satu pengalaman baru dalam hidup saya. Buat pertama kalinya saya bercakap dihadapan orang yang lebih hebat dari saya.

Saya telah dijemput oleh Cikgu Zahrin, dari SM Teknik KL untuk mengadakan ceramah serta bengkel untuk membina blog peribadi.

Sebelum ini ada juga permintaan, tetapi saya menolak. Entah mengapa pada kali ini saya termenerimanya. Termenerima?  Ya, termenerima, saya sampai sekarang musykil bila saya katakan ya. Tapi Alhamdullilah, keputusan yang terambil itu adalah sesuatu yang tepat. Saya pengalaman dan ilmu baru saya miliki.

Gementar lutut saya bila ingin memulakan ceramah. Tambahan pula Pengetua SMTKL duduk berhadapan dengan saya. Rata-rata yang di depan saya semuanya guru-guru yang hebat belaka. Ajar kimia, fizik, addmath. Siapalah saya yang hanya mengajar Sains tahun 5 dan Matematik tahun 6.

Tapi cikgu-cikgu di sini amat sporting dan Alhamdullilah setelah lebih 4 jam semuanya selesai.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Wajah Baru Cikgu Farizal Dot Com - Apa Komen Anda?

Filed Under Blog · Tagged: , , , ,  

Alhamdullillah, akhirnya siap juga saya mengedit theme baru untuk Blog Cikgu Farizal Dot Com. Walau bagaimana pun ini barulah 45% dari perubahan yang ingin dilakukan.

Saya akan mengubanya secara pelahan-lahan diwaktu masa terluang. Sekarang kurang sikit sibuk sebab kelas tambahan NADI dah habis.

Walaupun theme yang dahulu lebih ceria tetapi perubahan perlu dilakukan selaras dengan kenaikan harga minyakkematangan usia.

Perubahan ini juga dilakukan kerana saya perlu menambah beberapa seksyen bagi memudahkan anda semua berkongsi pendapat dan meminta bantuan serta memberi bantuan kepada yang memerlukan.

Terdapat lebih kurang 30 soalan yang masih menunggu untuk saya jawab. Banyak tu. Lantaran permasalah untuk memperuntukan masa bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan saya bercadang untuk menambah beberapa seksyen yang mana memberi peluang kepada mereka yang lebih berimu untuk menjawab.

Perubahan ini juga diharap dapat meningkatkan semangat untuk saya berkongsi dengan anda semua.

Sekian sahaja..

wassalam

Minta Maaf Dan Terima Kasih

Filed Under Blog · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Apa khabar semua? Moga sihat hendak-Nya. Pertamanya saya memohon ribuan kemaafan kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini. Sibuk bagat.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua memberi komen di blog ini.

Inysaallah hujung minggu ini akan ada sedikit perubahan pada blog ini demi memberi keselesaan kepada anda dalam memberi pendapat dan membuka topik perbincangan.

Saya juga memohon maaf kepada yang bertanya kerana masih belum berpeluang menjawab.

Ok itu sahaja untuk pagi ini, wassalam

Next Page »