Aku Tak Nak Miskin – Manifesto Melayu Untuk Merdeka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sudah lama saya tidak membuat ulasan buku di blog ini. Malam ini dalam ruangan buku pilihan, saya ingin membuat ulasan mengenai sebuah buku yang bukan buku pendidikan. Buku tersebut ialah Aku Tak Nak Miskin – manifesto Melayu Untuk Merdeka.

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis mengenai buku ini. Banyak manfaat yang boleh diperolehi dari buku tulisan Dato’ Dr. Rusly Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Li.

Buku ini mengandungi lebih 208 muka surat yang sarat dengan isi yang dikupas seolah sebuah novel. Buku ini dipecahkan kepada 11 bab dan terdapat lakaran kartun-kartun yang menarik dan penuh makna.

Saya mengambil masa lebih kurang 24 jam untuk habis membaca buku tulisan pengarang best seller ini. Selain dari buku ini Chef Li juga telah menulis beberapa buah buku antaranya Menjejaki Jutawan Senyap.

Sewaktu mula membaca buku ini, menyebabkan saya ingin berhenti dari menjadi guru. Kenapa? Buku ini banyak memberi motivasi supaya kita menjadi peniaga. Biar sendikit tetapi kita punya dan kita yang menjadi bos :)

Tetapi setelah selesai membaca buku ini, saya yakin kerja guru adalah kerjaya yang tepat bagi saya kerana dengan terus menjadi seorang guru banyak masalah diutarakan dalam buku ini dapat diselesaikan.

Buku ini menghurai masalah utama bangsa melayu yang lebih suka makan gaji dari bekerja sendiri dan juga takut untuk memulakan sesuatu perniagaan. Biasanya kita tunggu sehingga persedian kita benar-benar rapi sebelum berani memulakan sesuatu. Kita juga sering memikirkan apa orang kata sebelum kita melakukan sesuatu.

Buat Saja lah! Dalam bab 6 yang dimulai dari muka surat 101. Chef Li mengajar kita melakukan sesuatu dengan ilmu kita, kita tidak perlu terlalu memikirkan cakap-cakap orang dalam melakukan sesuatu asalkan kita tahu apa yang kita lakukan adalah benar.

Jika kita tidak mulakan sesuatu maka kita tidak tahu setakat mana kemampuan kita. Buat dahulu apa yang kita yakin betul dan baiki dari masa ke semasa. Tumpukan pada satu-satu kerja hingga berjaya sebelum memulakan usaha yang lain.

Bagi saya buku ini wajib dibaca oleh semua golongan terutama guru dan ibubapa supaya kita dapat lihat apa yang perlu kita lakukan untuk anak kita supaya bangsa kita tidak terus melukut di tepi gantang.

sekian wassalam

Motivasi Alihan Pelajar

Assalamualaikum & salam sejahtera…

covermap1.jpg

Alhamdullillah, akhirnya dapat juga saya menghabiskan pembacaan buku Motivasi Alihan Pelajar. Lama juga masa yang saya ambil untuk membaca buku setebal 246 muka surat ini. Kira-kira 5 hari baru saya habis membacanya. Seingat saya sewaktu zaman sekolah menengah dahulu, buku setebal ini saya mampu membaca 2 buah sehari. Mungkin waktu itu saya tidak sibuk dan komitmen juga kurang. Sekarang memang sukar untuk mencari ruang untuk membaca. Walaubagaimanapun saya sentiasa berusaha agar dapat membaca sekurang-kurangnya 2 buah buku sebulan.

Sewaktu membaca buku ini saya terfikir, alangkah bagusnya jika buku ini wujud 15 tahun yang lalu. Jika buku ini saya baca 15 tahun yang lalu mungkin hidup saya akan lebih cemerlang. Dan banyak kesilapan yang saya dapat elakan :) Tetapi saya tetap yakin apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk saya adalah lebih baik dari apa yang terbaik yang pernah saya fikirkan untuk diri saya :)

Sebanyak 23 bibliografi yang hebat menjadi rujukan penulis sudah cukup membuktikan buku ini adalah sebuah buku motivasi yang hebat dan wajib dibaca oleh semua golongan terutama pelajar. Ditambah pula buku ini dihasilkan dari pengalaman lebih dari 12 tahun penulis mengendalikan kursus Motivasi Alihan Pelajar. Seramai lebih 50 000 orang pelajar telah mengikut kursus motivasi tersebut. [Read more]

Siri Saintis Cilik- Buku Yang Lengkap Untuk Melahirkan generasi Saintis

Filed Under Buku Pilihan, Sains · Tagged: , , , ,  

sainstiscilik.jpg

Buku ini ditulis khas untuk Saintis Cilik seperti anak-anak anda. Ia menunjukkan cara-cara membina dan menyediakan sesebuah projek atau eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dari persekitaran. Anda dan anak anda juga akan mengetahui sejarah ringkas, prinsip-prinsip sains yang terlibat dan dakta-fakta menarik tentang projek yang dilakukan.

Buku ini dapat memenuhi kehendak guru-guru sains dan ibu bapa yang tercari-cari bahan bacaan berfaedah untuk saintis-saintis cilik di bawah jagaan anda. Ia boleh digunakan sebagai rujukan asas untuk demonstrasi dan eksperimen sains di sekolah atau kegiatan masa lapang dan hobi di rumah.

Setiap topik di dalam buku ini di susun secara “langkah demi langkah” agar mudah difahami dan diikuti oleh pembaca. Ia juga lengkap dengan gambar-gambar dan ilustrasi-ilustrasi yang menarik demi untuk meningkatkan kefahaman pembaca.

Semoga set ini dapat membantu anak-anak anda dan remaja melakukan aktiviti dan mempunyai hobi yang sihat, berfaedah dan menyeronokkan. Percayalah tidak ada yang lebih mengembirakan anda dan anak-anak daripada melihat hasil kejayaan “kerja tangan” sendiri.

Buku-Buku Yang Terkandung Dalam Siri Ini:

  • Buku 1: Radio Buku Benang
  • Buku 2: Motor Klip Kertas
  • Buku 3: Telegraf Kadbod
  • Buku 4: Pembesar Suara Cawan Kertas
  • Buku 5: Bateri Limau Nipis

Ciri-Ciri Buku:

  1. Disampaikan dalam dwi-bahasa: Bahasa Melayu & Inggeris
  2. Berkulit Keras
  3. Penuh Ilustrasi Bewarna-warni
  4. Didatangkan dengan kotak simpanan khas

Bagaimana Siri Ini Bermanafaat Buat Anak-Anak Anda:

  1. Membina pengetahuan asas sains yang mantap
  2. Mendapat motivasi daripada sejarah hidup saintis yang berjaya
  3. Mengembangkan daya kreatif minda anak-anak
  4. Menggalakkan anak-anak mencintai sains
  5. Mengenal peralatan sains
  6. Belajar prinsip asas sains
  7. Menanamkan persepsi bahawa sains itu mudah dan menyoronokkan
  8. Menarik anak perempuan menyukai bidang elektrik & elektronik yang lazimnya dimonopoli oleh anak lelaki
  9. Menerobos fobia yang mengatakan sains, elektrik dan elektronik itu susah
  10. Menafikan yang elektrik dan elektronik itu merbahaya kepada anak-anak
  11. Menguasai bahasa Inggeris
  12. Memupuk semangat mesra alam sekitar kepada anak-anak
  13. Mendidik anak-anak menghargai barang terbuang

Buku ini boleh didapati secara online di Adik Bijak Dot Com