Homework!
Filed Under Kerja Sekolah · Tagged: cikgu garang, Homework, Kerja Rumah, Kerja Sekolah, tuisyen, tution
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Cuti sekolah begini selalunya banyak kerja rumah yang diberikan oleh guru. Saya selalu berfikir berapa banyak kerja rumah yang perlu diberikan untuk seorang murid. Berapa bilangan yang sesuai berdasarkan bilangan hari. Jika di zaman saya bersekolah dulu, untuk mahir dalam matematik kita digalakan membuat sekurang-kurangnya 20 soalah sehari. Tapi zaman saya jadi guru pula (sekarang ni la) jika saya beri 10 soalan murid untuk sehari kerja rumah, tak ramai yang berjaya siapkan. Tapi kalau angkat rotan. Setengah jam dah mampu siapkan
Terdapat dua masalah dalam memberi kerja rumah.
1. Ada ibubapa atau penjaga yang tidak suka jika kita memberi banyak kerja rumah untuk anaknya.
2. Ada juga ibubapa atau penjaga marah apa bila kita memberi sedikit kerja rumah.
Kadang-kadang saya tidak mengerti istilah banyak atau sedikit kerja rumah. Jumlah soalan yang diberikan sama tetapi dua penjaga telefon komplain yang kerja rumah banyak. Bila jumpa dengan penjaga yang lain. “Cikgu sikitnyer bagi kerja rumah. Bila anak saya nak pandai kalau macam tu”. Adus macam mana ni?
Kerja rumah merupakan satu latihan yang penting untuk membantu murid mengukuhkan kefahaman selepas belajar di sekolah. Bukan tidak boleh memberi kerja untuk dibuat dalam kelas tetapi mengikut kajian, manusia akan lupa 80% dari apa yang dipelajari dalam kelas selepas 24 jam. Jadi sebab itu kerja rumah diberikan.
Tetapi banyak masalah yang dihadapi oleh murid untuk menyiapkan kerja sekolah. Aktiviti luar, kerja sekolah dari banyak cikgu dan tuisyen. Ini menyebabkan hanya kerja sekolah bagi cikgu yang “garang” biasanya akan disiapkan.
Jadi apa cadangan anda agar murid-murid saya dapat siapkan kerja tanpa saya perlu menjadi guru yang “garang.”
sekian, wassalam
Cikgu Farizal





