SMS Hari Guru 2009

hariguru2009

Gambar: http://www.moe.gov.my/hariguru

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua yang bergelar guru, bakal guru dan guru pencen. Dari pusat asuhan hinggalah ke universiti. Terutamanya kepada Aunty.

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa SMS yang saya terima pada hari guru kali ini.

SMS 1

Teacher is like PEPSI – “Ask For More”

Teacher is like NIKE – ” Just Do It”

Teacher is like NOKIA – “Connecting People”

Teacher, hopefully like McD – “I’m Loving It”

Happy Teacher Day!!…

SMS 2

One cent can start a million

One tree can start a forest

One smile can start a frinship

One touch can show how much we care

One teacher like you can make tour life worth living.

Happy teacher’s day and God Bless.

Guru Pembina Negara Bangsa.

SMS 3

Bad TEACHER complaints. Good TEACHER explains.

Better TEACHER demonstrates.  Best TEACHER motivates.

Great TEACHER inspires…

Happy Teacher Day!!!…

Oks.. sekali lagi, Selamat Hari Guru 2009 untuk semua guru. Guru Pembina Negara Bangsa. 1 Malaysia.

Wassalam..

21 Hari Menjelang PTK

Filed Under PTK · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Huh.. Dah lama tak update blog ni. Terima kasih kepada yang masih sudi menyokong.

Ya, apa khabar anda semua? Moga sihat hendak-Nya.

Bulan 8 ni maka bermulalah sessi ulangkaji untuk menduduki PTK yang dijadualkan pada 20 dan 21 Ogos 2008. Sempat, tak sempat tak tau la.

Cuti sekolah bulan 8, kena balik kampung, ramai kenalan akan nak kahwin. Ibubapa pula minta buat kelas tambahan untuk UPSR. Ramai cikgu nak study untuk PTK, terutama yang baru pertama kali ambil dan yang dah berkali-kali ambil tak  lulus.

Jadi apa perancangan yang sesuai untuk mudah lulus PTK? Macam mana anda semua? Dah study ke belum?

Sekian wassalam

Selamat Hari Guru, Semua!

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua pengunjung Blog Cikgu Farizal Dot Com. Moga terus menjadi Guru Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Terutamanya kepada pengunjung setia blog ini Aunty.

Tidak dilupakan juga ucapan ini ditujukan buat Isteri tersayang yang juga merupakan seorang guru. Abang, Kakak Ipar, Adik dan Adik Ipar yang juga keluarga guru.

Semua guru di Sk Bukit Pantai, diharap terus komited dengan kerjaya mulia ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru,

Tadika Kemas Majid Ihsaniyah, Kupang, Baling Kedah tahun 1984.

SK Kupang, Baling, Kedah (1985 – 1990)

SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah (1991 – 1993)

SMK Baling, Keda (1994 – 1995)

SMK Sultan Badlishah, Kulum (Mac – Mei 1996)

Kolej Mara Kulim (1996-1997)

Pusat Matrikulasi USM (1997-1998)

Pusat Pengajian Sains Kimia USM (1998 – 2003)

Maktab Perguruan Kuala Terangganu (2004)

Jasa kalian tidak mampu dibalas. Moga Allah sentiasa merahmati kalian.

Juga tidak lupa, ucapan ini ditujukan kepada semua guru-guru yang juga blogger;

1. Cikgu Maizul

2. Cikgu Anda

3. Cikgu Azleen

4. Cikgu Reen

5. Cikgu Nayan

Dengan ucapan, selamat maju jaya.

Wassalam

Sembang Cikgu Dot Com – Forum Untuk Semua Guru

Filed Under Forum · Tagged: , , , , , ,  

Assalamualikum & salam sejahtera…

Saya baru sahaja selesai mendaftar di Forum Sembang Cikgu. Forum ini dibangunkan oleh Cikgu Anda untuk menjadi wadah perkongsian ilmu dan pengalaman oleh semua warga pendidik.

Forum ini masih baru dan boleh dicapai melalui pautan berikut http://sembangcikgu.com

Marilah kita bersama-sama memeriahkan forum ini. Sokongan anda nadi pergerak Sembang Cikgu Dot Com.

Sekian, wassalam

Cikgu Farizal Dot Com Dilancarkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sejak dari lepas solat Isyak semalam sehingga ke Asar hari ini saya bertungkus lumus mencari theme yang terbaik untuk blog Cikgu Farizal Dot Com.

Akhirnya saya memilih theme Biru 2.0 yang dibina oleh anak melayu yang lebih dikenali sebagai Neutronics dari neutronics.syokz.org sebagai theme blog Cikgu Farizal Dot Com ini.

Setelah memilih theme tersebut, saya melakukan sedikit pengubahsuai bagi memenuhi ciri-ciri yang saya inginkan. Untuk mendapatkan theme tersebut anda boleh memuat turunnya di http://neutronics.syokz.org/2008/01/05/biru-20-wordpress-theme-for-download/

Saya memilih hari ini 10 Januari 2008 bersamaan 1 Muharram 1429 sebagai tarikh pelancaran secara rasmi blog Cikgu Farizal Dot Com kerana pada hari ini umat Islam di seluruh dunia menyambut Ma’al Hijrah 1429. Walaubagaimanapun domain cikgufarizal.com telah hampir setahun dibeli dan blog ini telah lebih sebulan dibina.

Tarikh keramat ini dipilih sebagai dorongan untuk saya melakukan penghijrahan minda dalam kerjaya saya sebagai cikgu.

Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah sebagai sokongan kepada kerjaya saya sebagai cikgu dan ia akan dijadikan platform untuk saya berkongsi maklumat dan pengalaman sebagai guru dengan seluruh warga cyber khasnya guru-guru di Malaysia.

Blog ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia pendidikan seperti kurikulu, ko-kurikulum dan seumpamanya.

Blog ini dapat dilayari dengan baik sekiranya anda menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Jika anda menggunakan internet explorer kuran dari versi 7.0 ia akan terdapat sedikit masalah. Masalah tersebut akan saya cuba baiki dari masa ke semasa.

Akhir sekali diharap kehadiran blog ini akan merancakkan lagi dunia blogger khasnya bagi blog yang berteraskan pendidikan.

Sekian wassalam.

Selamat Tahun Baru Hijrah

Cikgu Farizal