I Love You Because …
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Cinta, sayang, apa pula ni?
Adakah anda sedang bercinta? Budak-budak sekolah jangan bercinta. Kebanyakan cinta dibangku sekolah biasanya memusnahkan cita-cita. Jadi awas perangkap cinta monyet.
Sewaktu anda sedang bercinta, pernahkah anda bertanya kepada pasangan anda mengapa dia mencintai anda? Apakah jawapanya?
“Aku mencintai mu kerana rupa mu yang menawan” . Bagaimana jika rupaku tidak menawan lagi. Adakah engkau akan angkat kaki.
“Aku mencintai mu kerana engkau memiliki apa yang aku ingin kan”. Bagaimana jika apa yang aku miliki hilang nanti?
Begitulah cinta, setiap jawapan ada sahaja yang diragukan. Apakah jawapan yang sepatutnya diberikan jika anda disoal begitu?
Aku mencintai mu kerana….
Bukan persoalan cinta yang saya ingin tulis sebenarnya. Cinta itu cuma set induksi sahaja
Sebenarnya sejak saya menjadi guru ni saya sering ditanya, kenapa jadi cikgu? Belajar tinggi jadi cikgu sekolah rendah jer. Rugi lah ilmu yang dipelajari di universiti dulu
Apakah jawapan yang patut saya berikan?
Saya jadi cikgu untuk berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Kalau kerja lain tak boleh ke berjasa kepada agama, bangsa dan negara?
Saya jadi guru kerana ingin mendidik anak bangsa. Bagus juga jawapan ni. Tapi habis tu kenapa jadi cikgu sekolah rendah. Membazir ler ilmu yang berlajar kat u dulu.
Saya jadi cikgu kerana kerana tak nak menganggur lama-lama. Jawapan ni pasti akan ditertawakan.
Habis apa jawapan yang sesuai.
Saya sering menjawab. Saya jadi cikgu sebab saya nak jadi cikgu. Ok ker jawapan ni?
Wassalam
Cikgu Farizal
I Love You Because I Love You…





