Bunuh Diri – Bukan Satu Penyelesaian

Filed Under Dr Cinta · Tagged: , , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera..

putuscinta.jpg

Gambar : marsneedsguitars.com

Cinta. Benarkah cinta itu buta? Ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah cinta. Dan yang malangnya ada yang sanggup mengorbankan jiwa hanya kerana cinta tidak berbalas atau cinta terhalang.

Sebentar tadi kira-kira pukul 10 malam, sedang saya melepak, sambil menonton movie Transfomer, tiba-tiba kedengaran bunyi yang kuat. Bunyi tersebut disusuli dengan jeritan yang agak kuat. “Ah, mungkin budak-budak rempit main-main kat bawah” terdetik di hati saya. Kedengaran agak bising di luar sana menyebabkan hati saya terdorong untuk ikut serta. saya pun keluarlah dengan kain pelikat.

“orang jatuh flat” kata seorang jiran.

Saya pun pergi menyertai mereka yang sedang berkerumun seorang lelaki yang terbaring. “Aduh sakit, tolong telefon ambulan”, jerit lelaki tersebut.

Saya pun terus naik kerumah dan mendail 999. Dan dihubungkan ke HKL.

Kira-kira 15 minit kemudian ambulan pun sampai.

Sewaktu menunggu ambulan sampai, kedengaran seorang wanita (mungkin sedara kekasih lelaki tersebut) berkata “Dah banyak kali dah mak cik kata, terimalah hakikat.” Bunyi seolah-olah menasihat seseorang yang baru putus cinta.

Saya bukan lah pakar dalam bab cintan-cintun ni. Tapi sebelum kahwin, rasanya lebih 10 kali putus cinta :( Gurau jer.  Kalau nak memahami mengenai cinta, tanyalah pada doktor cinta :) atau baca ebook Seni Selamatkan Cinta- Selamatkan Cinta Dalam 7 Hari!

Perbuatan mencuba membunuh diri bukan suatu cara terbaik untuk kita menyelesaikan masalah. Ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu tindakan dayus, yang tidak memberi apa-apa faedah kepada kita dan yang kita sedia maklum, membunuh diri tempatnya di neraka! Nauzubillah.

Jika kita menghadapi sesuatu masalah, hanya ada 2 cara yang kita patut lakukan. Sama ada kita melawan atau reda.

Tetapi sebelum kita reda dengan sesuatu masalah yang kita hadapi adalah lebih baik kita melawan dahulu. Cerita masalah anda pada orang yang boleh dipercayai, minta bantuan untuk selesaikan, catat atau lakar masalah dan cara penyelesaianya di atas kertas. Dan cuba selesaikan.

Dan jika memang sudah tiada jalan untuk menyelesaikanya reda sahajalah akan masalah tersebut kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dan juga Allah tidak akan sekali-kali membebankan hambanya dengan apa yang hambanya tidak mampu hadapi.

Sekian wassalam.

Cikgu Farizal