Sun 16 May 2010

Gambar: http://widgetforblog.blogspot.com/
Sun 16 May 2010

Gambar: http://widgetforblog.blogspot.com/
Sat 16 May 2009

Gambar: http://www.moe.gov.my/hariguru
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua yang bergelar guru, bakal guru dan guru pencen. Dari pusat asuhan hinggalah ke universiti. Terutamanya kepada Aunty.
Hari ini saya ingin berkongsi beberapa SMS yang saya terima pada hari guru kali ini.
SMS 1
Teacher is like PEPSI – “Ask For More”
Teacher is like NIKE – ” Just Do It”
Teacher is like NOKIA – “Connecting People”
Teacher, hopefully like McD – “I’m Loving It”
Happy Teacher Day!!…
SMS 2
One cent can start a million
One tree can start a forest
One smile can start a frinship
One touch can show how much we care
One teacher like you can make tour life worth living.
Happy teacher’s day and God Bless.
Guru Pembina Negara Bangsa.
SMS 3
Bad TEACHER complaints. Good TEACHER explains.
Better TEACHER demonstrates. Best TEACHER motivates.
Great TEACHER inspires…
Happy Teacher Day!!!…
Oks.. sekali lagi, Selamat Hari Guru 2009 untuk semua guru. Guru Pembina Negara Bangsa. 1 Malaysia.
Wassalam..
Sat 31 May 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Tidak sampai 2 jam lagi maka berakhirlah bulan Mei bagi tahun 2008. Sedih rasanya apabila bulan Mei berlalu.
Bulan Mei begitu istimewa bagi saya. Kenapa?
1Mei - Hari pekerja, saya merupakan seorang perkerja dan hari tersebut adalah hari istimewa bagi saya.
11 Mei - Merupakan hari ibu, walaupun saya bukan kaum ibu tetapi rasa tetap merasa keistimewaanya kerana mempunyai ibu yang amat memahami saya. Dan saya juga bertuah mempunyai seorang isteri bagi ibu kepada anak saya.
16 Mei - Hari guru. Saya seorang cikgu, tentulah hari ini hari yang begitu mengembirakan saya walaupun kadangkala terasa macam syok sendiri
19 Mei - Hari saya dilahirkan ke dunia ini.
28 Mei – Hari ini juga istimewa kerana pada hari ini pada tahun 2005, saya selamat menjadi suami orang
Begitulah istimewanya bulan Mei pada saya.
Sekian sahaja, wassalam
Sun 18 May 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Dua hari telah berlalu
Email,SMS, MMS masih bertamu
Kad dan nota juga tak jemu
Selamat Hari Guru
Terima Kasih Cikgu!
Tapi… Layakkah Aku?
Setengah tahun hampir bertemu
Berapa waktu ku biarkan berlalu
Murid di kelas tanpa guru
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?
Hari-hari ke kelas tak menentu
Kekadang lewat, bukan selalu
Ku biar murid terus menunggu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?
Kerja rumah ku beri murid tak laku
Ingin ku marah bimbang jawatanku
Nanti hilang dek saman malu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?
Murid berkelahi bukan tugas ku
Biar guru disiplin jadi penentu
Tugas ku hanyalah tugas ku
Terima kasih cikgu!
Layakkah Aku?
Sekian, wassalam
Hanya sekadar nukilan buat musabah diri sendiri…
Sat 3 May 2008
Petikan dari Berita Harian Online, oleh Syuhada Choo Abdullah
Bidang pendidikan perlu perancangan strategik untuk capai hasil
GURU perlu berfikiran global serta bertindak secara sistematik dan efektif untuk cemerlang, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Selain itu, katanya, mereka juga harus menguasai bidang masing-masing, mengamalkan etika profesion keguruan serta berpandangan jauh.
Beliau berkata, bidang keguruan adalah profesion mulia, manakala proses pendidikan pula lazim mengambil masa panjang untuk melihat hasilnya.
Sehubungan itu, Alimuddin menegaskan, tahap profesional guru perlu dilestarikan, sementara aspek kualiti serta kecemerlangan menjadi identiti profesion ini.
“Perjuangan guru untuk memartabatkan profesion keguruan sentiasa menuntut mereka meningkatkan kualiti perkhidmatan, sama ada dalam menerajui proses pengajaran dan pembelajaran mahu pun mengurus serta memimpin bidang pendidikan.
“Justeru, langkah yang sudah dan sedang diambil untuk memartabatkan profesion keguruan akan hanya memberi makna jika kemudahan serta keistimewaan diberikan kerajaan kepada bidang kerjaya ini memberi impak positif terhadap peningkatan kualiti pendidikan secara keseluruhan.
“Saya menyeru warga guru terus komited terhadap tugas dan tanggungjawab dengan memberi khidmat terbaik sepanjang tempoh perkhidmatan masing-masing,” katanya dalam kata alu-aluan menerusi laman web Kementerian Pelajaran sempena sambutan Perayaan Hari Guru 2008, 16 Mei ini.
Alimuddin berkata, tema perayaan Hari Guru kali ini ‘Guru Cemerlang Negara Terbilang’, melambangkan hasrat dan harapan Kementerian Pelajaran terhadap guru untuk menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara menerusi pendidikan.
Dalam konteks ini, beliau berkata, matlamat dan objektif teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 menuntut komitmen tinggi.
Katanya, matlamat dan objektif berkenaan meliputi menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualiti untuk semua, membangunkan sebuah sistem pendidikan bermutu pada taraf dunia serta menjana modal insan negara.
“Tanpa komitmen, matlamat dan juga objektif digariskan dalam PIPP itu tidak mungkin akan dapat dicapai sepertimana diharapkan,” katanya.
Penegasan itu sejajar penekanan sama diberikan Alimuddin dalam perutusan Hari Guru kali ini bahawa pendidikan adalah bidang mulia dan penting, malah menjadi asas pembangunan insan serta tamadun, selain wadah keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran.
Katanya, pendidikan juga ialah bidang dinamik serta penuh cabaran, di mana ia menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, perbelanjaan besar dan juga jentera pelaksanaan cekap.
“Pendidikan sentiasa terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan selaras perkembangan semasa. Oleh itu, negara akan hilang daya saing, ketinggalan serta terpinggir dari kemajuan global jika bidang pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak diuruskan secara cekap dan berkesan,” katanya.