Gali Lubang Part II
Filed Under Sukan Tahunan · Tagged: , Hari Sukan, Lompat Jauh, Sukan Tahunan
Assalamualaikum & Salam sejahtera…

Seperti saya telah saya tulis semalam, hari ini kami akan mengali lubang untuk acara lompat jauh dengan menggunakan teknik rahsia setelah semalam gagal melakukanya kerana tanah keras dan berbatu.
Hari ini saya agak lambat sampai ke sekolah. Memandu pun agak perlahan. Bukan disebabkan kesesakan lalulintas tetapi sengaja menghayati pemanduab di jalanraya yang tidak sesak. Boleh dikatakan tiap pagi saya terperangkap dalam kesesakan lalulintas walaupun keluar dari rumah jam 0625.
Kerja menggali lubang untuk dijadikan gelanggang lompat jauh dimulakan ketika jam hampir menyusun jarumny.
Kira-kira 2 jam selepas itu kerja menggali pun siap. Bukan satu tetapi dua lubang untuk dijadikan gelanggang acara lompat jauh.
Teknik rahsia yang dimaksudkan itu adalah dengan menggunakan [Read more]
Gali Lubang Part I
Filed Under Sukan Tahunan · Tagged: , Hari Sukan, Lompat Jauh, Sukan Tahunan
Assalamualaikum & salam sejahtera….

Gali lubang? Lubang apa yang hendak digali?
Ha..ha… Hari ini saya mempunyai satu misi iaitu mengali lubang untuk acara lompat jauh. Lubang ini digali untuk mengubah arah tempat berlari bagi acara lompat jauh. Ini kerana tempat larian untuk acara lompat jauh yang sebelum ini berlopak dan becak.
Oleh kerana hari ini hari cuti sempena Hari Wilayah, maka saya dan team pengurusan hari sukan tahunan sekolah mengambil kesempatan untuk menyiapkan gelanggang untuk acara lompat jauh. Setelah minggu lepas berjaya menyiapkan gelanggang untuk acara larian maka minggu ini tibalah pula masanya untuk menyiapkan gelanggang lompat jauh.
Bukan kami sahaja yang mengambil kesempatan pada hari cuti ini. Pasukan bola sepak, bola baling dan juga pasukan sepak takraw sekolah juga mengadakan latihan pada hari ini.

Pasukan Bola Baling Sekolah sedang berlatih.
Pasukan bola baling sekolah berhasrat untuk menjadi johan negeri pada tahun ini bagi pasukan wanita dan berharap ada perkembang positif bagi pasukan lelaki.
Baiklah, kita lupakan dahulu mengenai pasukan bola baling. Kita kembali mengali lubang.
Setelah hampir 2 jam [Read more]
Jom Buat Gelanggang!
Filed Under Ko-Kurikulum, Sukan Tahunan · Tagged: 4 x 100m, 4 x 200m, Acara Larian, Badan Sihat, Gelanggang, Hari Sukan, Persiapan, Trek
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Penat rasanya hari ini. Pukul 5.30 petang baru sampai ke rumah. Walaupun hari ini hari cuti saya perlu kesekolah untuk menyiapkan gelanggang untuk acara balapan bagi sukan tahunan sekolah. Minggu lepas perjumpaan rumah sukan telah bermula dan latihan rumah sukan telah juga bermula. Jadi untuk memastikan latihan rumah sukan dapat dijalankan dengan sempurna, gelanggang perlu disiapkan dengan secepat mungkin.
Gelanggang ini sepatutnya disiapkan sabtu yang lalu tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ia terpaksa disiapkan pada hari ini. Syukur hari ini cuti, jadi dapatlah gelanggang ini disiapkan sepenuhnya.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menyiapkan sebuah gelanggang untuk acara balapan dengan anda semua. Bermula dari padang kosong hingga siap sebuah gelanggang bagi acara 400 m, 200 m, 4 x100 m dan 4 x 200m.
Sebagai seorang naib setiausaha sukan tugas saya adalah untuk memastikan gelanggang siap sebelum latihan rumah sukan. Sebenarnya untuk menyiapkan sebuah gelanggang olahraga adalah tidak sesukar mana jika anda tahu caranya.
kira jam sepuluh pagi tadi saya bersama 4 orang guru lelaki dan GPK ko-kurikulum memulakan tugas untuk menyiapkan gelanggang bagi acara olahraga sukan sekolah.
Peralatan yang diperlukan ialah;
- Bata blok – Sekurang-kurangnya 3 ketul atau anda boleh menggunakan peralatan yang lain yang mempunyai sudut tegak.
- Tali secukup rasa – Tak kisahlah tali apa pun tapi biarlah sesuai seperti tali raffia atau tali plastik.
- Pita pengukur – Kalu boleh lebih dari dua. Panjangnya mestilah lebih dari 100m.
- Cat spray 4 tin.
- Minyak hitam secukupnya. Kalau boleh minyak hitam bas.
- Kereta tolak minyak hitam. (Tak tahu nama yang sesuai)
- Pancang secukupnya. Biasanya kami gunakan batang penyapu.
- Dan lain-lainnya yang dirasakan perlu




on 

