Cikgu Farizal Dot Com » Hari Sukan

Gali Lubang Part II
Assalamualaikum & Salam sejahtera…

Seperti saya telah saya tulis semalam, hari ini kami akan mengali lubang untuk acara lompat jauh dengan menggunakan teknik rahsia setelah semalam gagal melakukanya kerana tanah keras dan berbatu.

Hari ini saya agak lambat sampai ke sekolah. Memandu pun agak perlahan. Bukan disebabkan kesesakan lalulintas tetapi sengaja menghayati pemanduab di jalanraya yang tidak sesak. Boleh dikatakan tiap pagi saya terperangkap dalam kesesakan lalulintas walaupun keluar dari rumah jam 0625.

Kerja menggali lubang untuk dijadikan gelanggang lompat jauh dimulakan ketika jam hampir menyusun jarumny.

Kira-kira 2 jam selepas itu kerja menggali pun siap. Bukan satu tetapi dua lubang untuk dijadikan gelanggang acara lompat jauh.

Teknik rahsia yang dimaksudkan itu adalah dengan menggunakan jentolak.

Ha..ha… tiadalah rahsia sangat

Wassalam..

Cikgu Farizal

Gali Lubang Part I
Assalamualaikum & salam sejahtera….

Gali lubang? Lubang apa yang hendak digali?

Ha..ha… Hari ini saya mempunyai satu misi iaitu mengali lubang untuk acara lompat jauh. Lubang ini digali untuk mengubah arah tempat berlari bagi acara lompat jauh. Ini kerana tempat larian untuk acara lompat jauh yang sebelum ini berlopak dan becak.

Oleh kerana hari ini hari cuti sempena Hari Wilayah, maka saya dan team pengurusan hari sukan tahunan sekolah mengambil kesempatan untuk menyiapkan gelanggang untuk acara lompat jauh. Setelah minggu lepas berjaya menyiapkan gelanggang untuk acara larian maka minggu ini tibalah pula masanya untuk menyiapkan gelanggang lompat jauh.

Bukan kami sahaja yang mengambil kesempatan pada hari cuti ini. Pasukan bola sepak, bola baling dan juga pasukan sepak takraw sekolah juga mengadakan latihan pada hari ini.

Pasukan Bola Baling Sekolah sedang berlatih.

Pasukan bola baling sekolah berhasrat untuk menjadi johan negeri pada tahun ini bagi pasukan wanita dan berharap ada perkembang positif bagi pasukan lelaki.

Baiklah, kita lupakan dahulu mengenai pasukan bola baling. Kita kembali mengali lubang.

Setelah  hampir 2 jam mengali kami dapati tanah dipenuhi dengan batu-batuan kelikir dan ada mata air.

Setelah membuat pengiraan kami perlu menggunakan senjata rahsia untuk mempercepatkan proses mengali lubang itu. Jika anda ingin mengetahui apa senjata rahsia itu sila lawati blog ini besok. Insyaallah.

Sekian wassalam.

Cikgu Farizal

Jom Buat Gelanggang!
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Penat rasanya hari ini. Pukul 5.30 petang baru sampai ke rumah.  Walaupun hari ini hari cuti saya perlu kesekolah untuk menyiapkan gelanggang untuk acara balapan bagi sukan tahunan sekolah. Minggu lepas perjumpaan rumah sukan telah bermula dan latihan rumah sukan telah juga bermula. Jadi untuk memastikan latihan rumah sukan dapat dijalankan dengan sempurna, gelanggang perlu disiapkan dengan secepat mungkin.

Gelanggang ini sepatutnya disiapkan sabtu yang lalu tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ia terpaksa disiapkan pada hari ini. Syukur hari ini cuti, jadi dapatlah gelanggang ini disiapkan sepenuhnya.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menyiapkan sebuah gelanggang untuk acara balapan dengan anda semua. Bermula dari padang kosong hingga siap sebuah gelanggang bagi acara 400 m, 200 m, 4 x100 m dan 4 x 200m.

Sebagai seorang naib setiausaha sukan tugas saya adalah untuk memastikan gelanggang siap sebelum latihan rumah sukan. Sebenarnya untuk menyiapkan sebuah gelanggang olahraga adalah tidak sesukar mana jika anda tahu caranya.

kira jam sepuluh pagi tadi saya bersama 4 orang guru lelaki dan GPK ko-kurikulum  memulakan tugas untuk menyiapkan gelanggang bagi acara olahraga sukan sekolah.

Peralatan yang diperlukan ialah;

Bata blok – Sekurang-kurangnya 3 ketul atau anda boleh menggunakan peralatan yang lain yang mempunyai sudut tegak.

Tali secukup rasa – Tak kisahlah tali apa pun tapi biarlah sesuai seperti tali raffia atau tali plastik.

Pita pengukur – Kalu boleh lebih dari dua. Panjangnya mestilah lebih dari 100m.

Cat spray 4 tin.

Minyak hitam secukupnya. Kalau boleh minyak hitam bas.

Kereta tolak minyak hitam. (Tak tahu nama yang sesuai)

Pancang secukupnya. Biasanya kami gunakan batang penyapu.

Dan lain-lainnya yang dirasakan perlu

Sebelum membina sesebuah gelanggang, anda perlu membina sebuah segi empat tepat dahulu.Mula-mula buat satu garisan dengan menggunakan tali raffia di salah satu sisi padang sekolah anda. Tarik semaksimum mungkin jika anda ingin menggunakan gelanggang yang luas dan padang sekolah anda adalah sempit seperti padang sekolah saya.

Tarik serenggangnya tali tersebut dan matikan ikatanya.

Sekarang tarik tali dari sisi tadi untuk membina lebar segi empat tepat tersebut. Cara untuk mendapatkan sudut tepat adalah dengan menggunakan bata sebagai panduan. Letak bata pada tali sisi padang anda dan pastikan sisi bata tersebut menyentuh tali sisi padang tersebut. Kemudian tarik tali untuk menanda lebar segiempat pandang anda. Pastikan tali tersebut menyentuh lebar bata seperti gambar dibawah.

Tarik tali tersebut sehingga ukuran yang anda mahu dan matikan ikatanya. Matikan ini bermaksud, ikat pada pancang.

Kemudian lakukan perkara yang sama pada lebar segiempat padang anda yang lagi satu.

Akhir sekali tarik tali dari hujung lebar segi empat padang anda ke satu lagi hujung lebar segi empat padang anda dan matikan ikatan tersebut. Ukur panjang setiap sisi dan lebar segiempat padang anda. Adakah ukuran bagi setiap sisi dan lebar sama? Jika ya maka segiempat anda adalah tepat   Tahniah!

Langkah berikut adalah membina trek.

Anda perlu mebina trek lurus dahulu sebelum membina trek melengkung. Tetapi sebelum anda membina trek lurus anda perlu mengetahui titik permulaan trek melengkung anda. Caranya ialah, anda  perlu mengukur lebar segiempat padang anda. Ambil titik tengahnya.

Kemudian ukur dari hujung setiap sisi segiempat padang anda dengan menggunakan jarak titik tengah lebar segi empat padang anda tadi. Jarak dari hujung bagi setiap sisi segiempat padang anda adalah titik permulaan bagi trek melengkung anda. Bagi jarak tersebutlah akan digunakan untuk membina trek lurus anda.

Sekarang sambung titik-titik trek melengkung anda dengan menggunakan tali raffia. Di sini bermulanya trek lurus anda.

Sekarang ukur jarak bagi lebar setiap trek anda pada tali tersebut dan tandakan dengan menggunakan pancang. Biasanya lebar bagi trek adalah 1 m. Dan biasanya bilangan trek adalah 8.

Hubungkan hujung-hujung trek lurus anda dengan menggunakan tali seperti gambar di bawah.

Tali perlu diikat pada pancang dan pancang perlu dipacak jauh sedikit dari hujung trek lurus untuk memudahkah waktu mengelek minyak. Dan hasil sambungan tali adalah seperti gambar berikut.

Sekarang gelek tali tersebut dengan menggunakan kereta gelek minyak seperti gambar di bawah.

Pastikan tali anda berada ditengah-tengah roda. Lakukan di kedua-dua sisi trek anda.

Sekarang tiba masanya untuk membina trek melengkung pula. Untuk mendapat lengkungan yang catik anda perlu membina dengan lebih berhati-hati. Memang agak sukar tetapi jika anda melakukan dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati, insyaallah hasilnya akan membuat anda tersenyum.

Langkah yang kami gunakan ialah dengan memacak satu panjang ditengah garis lebar yang ditentukan diawal tadi. kemudian satu tali panjang ditarik dari pusat tersebut. Tali tersebut dipastikan longgar agar ia mudah berpusing mengikut pergerakan penanda. Tali tersebut juga dipastikan agar sentiasa tegang. Di sini kami menggunakan cat spray untuk menanda sebelum digelek dengan minyak. Gambar di bawah mungkin membantu pemahaman anda.

Cikgu Wafi (Setiausaha sukan) sedang menarik tali dan memastikan tali tersebut sentiasa tegang sementara Cikgu Naswadi & Cikgu Hakimi menanda laluan dengan menggunakan cat spray. Laluan tersebut bakal digelek oleh Cikgu Zaimi dengan kereta gelek minyaknya.

Pastikan tanda ditanda dengan jelas

Tanda-tanda yang dibuat sebelum digelek.

Ini pula gambar lengkungan yang telah siap digelek dengan kereta minyak. Lakukan perkara yang sama untuk satu bahagian lagi.

Setelah 3 setengah jam bekerja, kami pun berjaya menyiapkan gelanggang tersebut. Kami mengambil sedikit masa lagi untuk menyiapkan trek 100 meter. Panjang padang sekolah kami tidak muat untuk acara trek 100 meter jadi terpaksa membuat  trek yang menyilang padang.  Hari ini kami juga berjaya menyiapkan 2 gelanggan untuk acara lontar peluru.

Baiklah sekian sahaja  buat kali ini.

Wassalam

Cikgu Farizal