I Teach Science With Out My Heart
Filed Under Kurikulum, PPSMI · Tagged: Add new tag, Cinta, heart, Mathematic, PPSMI, Sains, Science
Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Mulanya hari ini saya ingin menulis mengenai Buddy System seperti yang diminta oleh Aunty, tetapi idea belum datang, jadi saya tulis dahulu sesuatu yang juga berkaitan dengan PPSMI.
I Teach Science With Out My Heart.
Percayakah anda, sejak mengajar science, saya tidak pernah rasa best. Rasa macam ada yang tak sempurna sahaja, terutama sekali sewaktu memberi penjelasan kepada murid-murid.
Berbeza sewaktu mengajar sains dahulu, walaupun dalam keadaan tidak bersedia, saya amat berpuas hati memberi penjelasan kepada murid-murid. Dan juga memiliki banyak idea dan saya dapat rasakan apa yang saya ingin sampaikan kepada murid. Dan saya begitu gembira.
Mungkin disebabkan kelemahan dalam mengusai bahasa inggeris menyebabkan saya berasa tidak begitu berjaya mengajar science tetapi saya telah berusaha meminimumkan bercakap dan banyak menggunakan course ware yang dibekalkan dan ada juga yang dibeli. Walau pun membuat pelaburan dengan membeli course ware yang seseuai untuk mengajar tetapi saya masih merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa ya?
Mungkin sewaktu saya mengajar sains hati saya ada bersama tetapi sewaktu mengajar science hati saya tidak dapat bersama.
Ini bukan bermaksud saya tidak ikhlas dalam mengajar tetapi ia membawa maksud yang lain.
Sewaktu mengajar sains dalam bahasa ibunda, saya yakin dan faham apa yang saya ajarkan dan saya yakin dan faham murid yang faham adalah yang benar-benar faham dan murid yang tidak faham adalah benar-benar tidak faham. Jadi saya amat berpuas hati. Dan sewaktu saya menerangkan kepada murid saya menggunakan ayat yang lahir dari hati saya sendiri dan itulah maksud saya hati saya ada bersama.
Berlainan pula sewaktu mengajar science, saya mungkin faham dengan apa yang ingin saya terangkan tetapi saya tidak bergitu yakin yang murid-murid saya faham dengan apa yang saya terangkan, terutama apabila mengajar dikelas hujung :( Sewaktu mengajar, untuk mengelakan dari gugup, langkah terbaik adalah dengan menggunakan script. Oleh kerana script itu bukan hasil tulisan saya sepenuhnya dan ia juga tidak mengambarkan jalan cerita yang sebenarnya maka pengajaran yang ingin dihasilkan bukan dari keinginan hati sendiri, itu yang dimaksudkan dengan I Teach Science With Out My Heart.
Sudah hampir dua tahun saya mengajar science, saya masih mencari rentak yang sesuai yang boleh membawa hati saya bersama sewaktu mengajar science. Kewujudan blog ini juga merupakan usaha saya untuk kearah itu.
Pandangan anda semua amat dihargai.
Sekian wassalam





