Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Sempena Hari Istimewa ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa yang melawat blog Cikgu Farizal dot Com. Jasa yang diberi bukan untuk dibalas. Moga ia menjadi tauladan yang terbaik.

Dan Al Fatihah untuk arwah bapa saya, Hassim bin Ahmad, yang telah kembali kerahmatullah pada Sabtu, 30 September 1995.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Di Pondok Kecil
Album :
Munsyid : Nadamurni

http://liriknasyid.com

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Sumber http://kaze-vm.tk

Assalamualaikum & salam sejahtera…

cinta.jpg

Cinta,  sayang, apa pula ni?

Adakah anda sedang bercinta? Budak-budak sekolah jangan bercinta. Kebanyakan cinta dibangku sekolah biasanya memusnahkan cita-cita. Jadi awas perangkap cinta monyet.

Sewaktu anda sedang bercinta, pernahkah anda bertanya kepada pasangan anda mengapa dia mencintai anda? Apakah jawapanya?

“Aku mencintai mu kerana rupa mu yang menawan” . Bagaimana jika rupaku tidak menawan lagi. Adakah engkau akan angkat kaki.

“Aku mencintai mu kerana engkau memiliki apa yang aku ingin kan”. Bagaimana jika apa yang aku miliki hilang nanti?

Begitulah cinta, setiap jawapan ada sahaja yang diragukan. Apakah jawapan yang sepatutnya diberikan jika anda disoal begitu?

Aku mencintai mu kerana….

Bukan persoalan cinta yang saya ingin tulis sebenarnya. Cinta itu cuma set induksi sahaja :)

Sebenarnya sejak saya menjadi guru ni saya sering ditanya, kenapa jadi cikgu? Belajar tinggi jadi cikgu sekolah rendah jer. Rugi lah ilmu yang dipelajari di universiti dulu :(

Apakah jawapan yang patut saya berikan?

Saya jadi cikgu untuk berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Kalau kerja lain tak boleh ke berjasa kepada agama, bangsa dan negara?

Saya jadi guru kerana ingin mendidik anak bangsa. Bagus juga jawapan ni. Tapi habis tu kenapa jadi cikgu sekolah rendah. Membazir ler ilmu yang berlajar kat u dulu.

Saya jadi cikgu kerana kerana tak nak menganggur lama-lama. Jawapan ni pasti akan ditertawakan.

Habis apa jawapan yang sesuai.

Saya sering menjawab. Saya jadi cikgu sebab saya nak jadi cikgu.  Ok ker jawapan ni?

Wassalam

Cikgu Farizal

I Love You Because I Love You…

Laman 1 dari 11

Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory Directory of Education/Research Blogs Bloggers Directory Blog Directory & Search engine

blogarama - the blog directory