Peluang Guru Sekolah Rendah Dapat Ijazah
Filed Under Blog, Keratan Akhbar · Tagged: Add new tag, Guru Kerjaya Guru, ijazah, Keratan Akhbar, naik pangkat, peluang Guru
PUTRAJAYA 3 Julai – Kementerian Pelajaran akan melancarkan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Ren dah (PGRS) dan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) bagi meningkatkan tahap kelulusan akademik guru-guru sekolah rendah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, kedua-dua program tersebut akan bermula tahun ini dengan pengambilan pertama dijangka pada 17 November ini.
“Iklan program ini akan disiarkan pada 15 Julai ini menerusi akhbar tempatan dan permohonan juga dibuka secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Alimuddin berkata, program PGSR akan dikendalikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara mulai 2008 hingga 2012 dan melibatkan tempoh pengajian selama empat tahun.
Katanya, program ini akan diadakan semasa musim cuti persekolahan dengan unjuran pengambilan seramai 3,000 orang guru setiap tahun.
“Bidang ditawarkan melibatkan pelbagai mata pelaja ran, selepas tamat pengajian peserta program akan dianu gerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepuji an (Pendidikan Rendah),” katanya.
Alimuddin menjelaskan, PKPGB pula dikhaskan kepada guru besar atau pegawai-pegawai kementerian yang per nah menjadi guru besar dan menyandang gred DGA34 dan DGA32, berumur tidak melebihi 48 tahun.
“Program selama tiga tahun itu dilaksanakan secara Mod Intensif iaitu dalam tempoh setahun kuliah melibat kan empat sesi secara intensif merangkumi 148 hari. – Utusan.
Tiga langkah kekalkan profesionalisme guru
Filed Under Keratan Akhbar · Tagged: berita harian, Keratan Akhbar, Profesionalisme guru, selamat hari guru
Dipetik dari Berita Harian Online seperti ditulis oleh Syuhada Choo Abdullah
Pelbagai insentif, kemudahan dan keistimewaan dinikmati pendidik
KEMENTERIAN Pelajaran melaksanakan tiga langkah khusus bagi mengekalkan momentum perkembangan profesionalisme guru supaya terus lestari dan sentiasa berada pada tahap tinggi.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata langkah berkenaan ialah meneruskan program berkembar latihan perguruan dengan institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara bagi subjek kritikal.
Selain itu, beliau berkata, mengkaji semula beban tugas guru, dan menggalak serta menyebarluaskan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan guru, terutama untuk mengintegrasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
“Profesion keguruan kini berada pada tahap amat baik. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran menyediakan pelbagai insentif, kemudahan dan keistimewaan yang dinikmati guru ketika ini.
“Tidak salah jika saya nyatakan bahawa hasrat memartabatkan profesion keguruan berada pada landasan betul dan kukuh, justeru mampu melahirkan warga guru yang menyumbang ke arah kecemerlangan negara.
“Kementerian memilih ‘Guru Cemerlang Negara Terbilang’ sebagai tema sambutan Hari Guru tahun ini. Sejak negara mencapai kemerdekaan hinggalah sekarang, kerajaan tidak pernah mengabaikan warga guru.
“Malah, pelbagai insentif diberi seperti peluang kenaikan pangkat, kenaikan gred jawatan serta pertambahan kuota jawatan untuk guru, termasuk Pengetua Cemerlang dan Guru Cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Sri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam.
Hadir sama Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; dua Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan Datuk Dr Wee Ka Siong; serta Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.
Seterusnya, Alimuddin berkata, pendekatan telus, prihatin, mesra rakyat dan berwibawa Hishammuddin selaku pemimpin kementerian, banyak membawa pembaharuan bukan saja kepada pembangunan dan perkhidmatan pendidikan, malah meningkatkan rasa bangga serta kasih warga guru terhadap profesion mereka.
Katanya, contoh teladan, budi baik dan jasa Hishammuddin selama ini menjadi pemangkin serta dorongan kepada warga pendidikan untuk terus memberi perkhidmatan terbaik melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruh warga guru agar menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan atas segala usaha kerajaan dengan menjadikan kualiti serta kecemerlangan sebagai budaya dan juga identiti profesion keguruan negara.
“Sesungguhnya masa depan dan kelangsungan negara terletak pada tangan generasi muda hari ini yang menjadi modal insan negara.
“Justeru, pendidikan disampaikan perlu berkualiti dan diurus dengan cekap serta berkesan supaya meninggalkan impak positif kepada pembangunan ilmu, kemahiran dan juga akhlak mulia di kalangan anak-anak kita agar mereka mampu bersaing pada peringkat global,” katanya.
Kokurikulum bentuk kecergasan minda pelajar
Filed Under Keratan Akhbar, Ko-Kurikulum · Tagged: Keratan Akhbar, Ko-Kurikulum, minda, utusan
BENTONG 30 Mac – Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti kokurikulum kerana ia mampu membentuk kecergasan minda serta melatih pelajar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, selain sebagai prasyarat untuk memasuki universiti, aktiviti kokurikulum sangat berguna untuk membentuk pelajar menjadi insan yang berjaya.
Katanya, kelulusan akademik semata-mata bukan jaminan untuk menjadi seseorang insan itu berjaya dengan cemerlang apabila memasuki dunia pekerjaan, tetapi aktiviti kokurikulum akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat.
‘‘Oleh itu, saya berharap ibu bapa tidak menganggap aktiviti kokurikulum sebagai sesuatu yang membebankan,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Jambu Rias dekat sini hari ini. .
Sebaliknya, katanya lagi, ia adalah kegiatan yang boleh meningkatkan kebolehan dan keyakinan diri anak-anak mereka.
Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong seterusnya berkata, kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan bertujuan melahirkan lebih ramai rakyat berilmu untuk memenuhi peluang pekerjaan dan pembangunan negara.
Katanya, berbanding dahulu, terdapat hanya lima universiti awam di negara ini, tetapi kini meningkat kepada 25 buah dengan 18 universiti swasta dan lebih 250 buah kolej swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.
Menurutnya, ini membuktikan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh mahu melahirkan masyarakat berilmu dan berdaya saing dengan mewujudkan lebih banyak peluang pembelajaran kepada rakyat.
Oleh itu, katanya, tiada alasan bagi ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak mereka belajar ke peringkat yang lebih tinggi.
Tambah beliau, ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mereka tidak tercicir daripada persekolahan kerana hanya dengan pendidikan, seseorang boleh bersaing dan menjamin masa depan.
‘‘Peluang yang disediakan kerajaan hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin kerana tiada negara di dunia seperti Malaysia yang menyediakan peruntukan besar dalam pendidikan,” katanya.
Kerajaan, tambahnya, bukan sahaja menumpukan kepada bidang pendidikan, malah berusaha meningkatkan tahap kesihatan supaya rakyat dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka.
Sumber: Utusan Online





