Cemerlang Matematik III : Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik
Filed Under Matematik · Tagged: Kerja Rumah, Latihan, Matematik, Peperiksaan, Ujian, Ulangkaji
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Hari ini kita sambung kembali topik cemerlang matematik dengan bab ke III iaitu Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik.Sebenarnya setiap kali kita belajar matematik, kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan atau ujian matematik. Tabiat belajar di awal tahun adalah satu tabiat yang baik untuk kita lebih bersedia menghadapi ujian atau peperiksaan.
Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik
Apabila ujian atau peperiksaan hampir menjelang tiba kita wajib memastikan yang kita telah berjaya menguasai semua topik yang kita pelajari. Caranya ialah dengan cuba menjawab setiap soalan bagi setiap topik yang ada.
Pastikan anda berjaya menjawab soalan dengan baik dan pastikan juga masa yang diambil untuk menjawab soalan adalah sesuai dengan soalan yang diberi.
Jika masih menghadapi masalah, jangan segan untuk berjumpa dengan guru anda untuk mengemukakan masalah tersebut.
Anda dinasihatkan memulakan ulangkaji seawal yang mungkin supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji.
Sekian untuk kali ini
Wassalam
Cikgu Farizal
Tuisyen - Satu Keperluan Atau Budaya?
Filed Under tuisyen · Tagged: Home Tuition, Kelas Tambahan, Kerja Rumah, tuisyen, tution
Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Pernah suatu ketika dahulu saya bertanya seorang murid kenapa dia tak mampu menjawab soalan yang diberi. Katanya “Saya tak pandai, cikgu.” “Kenapa kamua kata begitu?” Soal saya. “Saya tak tuisyen cikgu,”balasnya.
Dua tahun yang lalu saya juga pernah di’kejar’ oleh seorang ibu. Ibu tersebut meminta saya mengajar tuisyen anaknya. Kebetulan anaknya murid kelas saya dan saya mengajarnya matematik dan pendidikan jasmani. “Kenapa nak tuisyen lagi, dia dah ok.” Kata saya. “Saya risaulah cikgu. Takut tak dapat 5A”. Akhirnya murid tersebut tetap mendapat 5A walaupun tiada guru tuisyen. Dan buat pertama kalinya murid dari kelas ke-2 terakhir mendapat 5A. Bangganya saya sebagai guru kelasnya
Saya kadang-kadang pelik. Murid-murid yang pandai, ibu bapa bergitu sibuk mencari guru tuisyen ada yang sanggup membanyar sehingga RM 60 sejam, tetapi murid yang lemah, walaupun kita mengadakan kelas tambahan percuma pun susah nak datang
Mengapa ini terjadi?
Sekian, wassalam
Cikgu Farizal
Homework!
Filed Under Kerja Sekolah · Tagged: cikgu garang, Homework, Kerja Rumah, Kerja Sekolah, tuisyen, tution
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Cuti sekolah begini selalunya banyak kerja rumah yang diberikan oleh guru. Saya selalu berfikir berapa banyak kerja rumah yang perlu diberikan untuk seorang murid. Berapa bilangan yang sesuai berdasarkan bilangan hari. Jika di zaman saya bersekolah dulu, untuk mahir dalam matematik kita digalakan membuat sekurang-kurangnya 20 soalah sehari. Tapi zaman saya jadi guru pula (sekarang ni la) jika saya beri 10 soalan murid untuk sehari kerja rumah, tak ramai yang berjaya siapkan. Tapi kalau angkat rotan. Setengah jam dah mampu siapkan
Terdapat dua masalah dalam memberi kerja rumah.
1. Ada ibubapa atau penjaga yang tidak suka jika kita memberi banyak kerja rumah untuk anaknya.
2. Ada juga ibubapa atau penjaga marah apa bila kita memberi sedikit kerja rumah.
Kadang-kadang saya tidak mengerti istilah banyak atau sedikit kerja rumah. Jumlah soalan yang diberikan sama tetapi dua penjaga telefon komplain yang kerja rumah banyak. Bila jumpa dengan penjaga yang lain. “Cikgu sikitnyer bagi kerja rumah. Bila anak saya nak pandai kalau macam tu”. Adus macam mana ni?
Kerja rumah merupakan satu latihan yang penting untuk membantu murid mengukuhkan kefahaman selepas belajar di sekolah. Bukan tidak boleh memberi kerja untuk dibuat dalam kelas tetapi mengikut kajian, manusia akan lupa 80% dari apa yang dipelajari dalam kelas selepas 24 jam. Jadi sebab itu kerja rumah diberikan.
Tetapi banyak masalah yang dihadapi oleh murid untuk menyiapkan kerja sekolah. Aktiviti luar, kerja sekolah dari banyak cikgu dan tuisyen. Ini menyebabkan hanya kerja sekolah bagi cikgu yang “garang” biasanya akan disiapkan.
Jadi apa cadangan anda agar murid-murid saya dapat siapkan kerja tanpa saya perlu menjadi guru yang “garang.”
sekian, wassalam
Cikgu Farizal





