Email Pilihan – Tips Motivasi Kerja Dari Dr. Fadhilah Kamsah

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pagi ini saya ingin kongsikan dengan anda satu email yang diforwardkan ke mail box saya oleh seorang teman.

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :- [Read more]

You Choose It….

Assalamualaikum & salam sejahtera…

pilih.jpg

Semalam saya berkongsi dengan anda yang saya sering ditanya mengapa menjadi guru. Maklumlah saya ni generasi ke-2 KPLI sekolah rendah. Jadi macam-macamlah masalah yang terpaksa saya hadapi terutama sewaktu LPBS. Macam-macam sindiran yang saya dengar.

Dia orang ni input jer banyak tapi pengalaman mengajar kurang.

Best ler korang tak keje lagi elaun tinggi. Aku 10 tahun keje baru gaji dapat macam tu.

Dan macam-macam lagilah yang saya dengar. Kadang-kadang tu pedih juga telinga mendengarnya.

Saya amat bersyukur kerana sewaktu praktikum di SK Bukit Mentok II Kemamang, Terengganu, cikgu-cikgunya best-best belaka. Tak pernah ungkit pasal gaji atau apa-apa yang tak sedap didengar :)

Bukan itu sahaja mereka juga sering membantu.

Dan saya juga bertuah ditempatkan di sekolah sekarang. Semua cikgu-cikgu kat sini best-best belaka :)

Hari ini saya ingin bertanya anda pula. Kenapa anda jadi Cikgu?

1. Ingin berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

2. Kemahuan orang tua.

3. Cita-cita dari kecil.

4. Keputusan SPM hanya melayakkan saya untuk jadi cikgu sebagai pilihan terbaik.

5. Dah jemu menganggur sejak tamat belajar di universiti.

…. dan banyak jadi jawapan yang mungkin terlintas difikiran anda.

Bukan jawapan anda yang penting sekarang. Tetapi hakikat sebenarnya anda telah pilih untuk jadi cikgu. Sama ada anda dipaksa, diperdaya atau anda sendiri yang merelakan diri anda untuk menjadi cikgu, anda sebenarnya yang memilih untuk jadi cikgu.

Sesiapa sahaja boleh memaksa anda tetapi pilihan tetap di tangan anda.

Oleh kerana hakikatnya anda (sebenarnya kita) telah menjadi cikgu maka marilah kita menjadi cikgu yang sejati.

Mungkin dulu anda memilih menjadi cikgu kerana bakal mertua anda inginkan calon menantu yang berkerja dengan gomen (kononnya lebih terjamin masa depan anak daranya) tetapi sewaktu anda belum habis lagi belajar di maktab (sekarang institut) bakal mertua anda menerima pinangan lelaki lain untuk dijadikan suami buah hati anda padahal lelaki tersebut bukan kakitangan kerajaan.
Mungkin juga anda memilih menjadi guru kerana kekasih anda inginkan seorang isteri bergelar guru (kononnya banyak masa dekat rumah. Senang nak jaga anak-anak). Tetapi sebaik sahaja anda habis berlajar di maktab dia berkahwin dengan gadis lain yang bukan guru dengan alasan sudah jodoh.

Mungkin juga anda memilih untuk menjadi guru kerana anda beranggapan kerja guru senang, sekerat hari sahaja. Banyak cuti. Tapi setelah anda menjadi guru anda baru sedar yang itu semua mitos belaka :(

Mungkin… mungkin…

Banyak mungkin yang memungkinkan anda menjadi guru dan kini anda sedar segala kemungkinan itu tinggal kemungkinan sahaja. Mungkin segala kemungkina itu melemahkan, meranapkan semangat anda terus menjadi guru tetapi sedarlah yang hakikatnya anda telah menjadi guru.

Sekarang anda boleh pilih sama ada untuk menjadi guru dengan hati yang gembira atau anda boleh memilih sengsara hingga pencen atau anda berhenti sekarang.

Anda lebih bijak untuk menentukanya.

Jika anda memilih untuk terus menjadi guru maka jadilah guru yang terbaik.

You Choose It, You Must Make It.

Sekian, wassalam

Cikgu Farizal

Nukilan buat sahabat….

Polisi Kerja Saya …..

Filed Under Polisi · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…..

policy.jpg

Setelah tiga tahun mengajar saya dapati satu kelemahan saya yang paling ketara yang menyebabkan prestasi kerja saya kurang memuaskan adalah saya sering melakukan kerja diluar skop :(

Jika anda berkerja dengan saya anda mungkin mendapati saya seorang yang rajin dan sibuk tetapi sering juga kerja saya tidak siap. Di mana silapnya?

Silapnya adalah saya bekerja diluar skop kerja saya. Kerajianan yang dilihat itu adalah kerajinan membuat kerja untuk orang lain :(

Saya yakin ramai yang mempunyai masalah seperti saya. Jadi pada tahun ini saya ingin memperkenalkan polisi kerja saya. Buat pertama kalinya saya memiliki polisi kerja :)

Mungkin ada yang akan beranggapan dengan wujudnya polisi ini bermakna saya akan berkira dalam mebuat kerja. Ya itulah sebenarnya tujuan polisi ini tetapi…

Ada tetapinya.

Polisi ini saya wujudkan sebagai peringatan dan garis panduan saya supaya saya tidak membuat kerja luar skop dan saya tidak membasir masa melakukan sesuatu yang saya tidak mampu.

Setelah tiga tahun bekerja. Ini adalah polisi kerja yang akan saya amalkan mulai tahun ini.

1. Kerja hanya ditempat kerja. Rumah bukan tempat kerja.
Jika tahun-tahun lalu saya sering membawa kerja sekolah kerumah seperti menanda buku dan seumpamanya, mulai tahun ini saya tidak akan melakukan sedemikian. Ini kerana dari pengalaman yang lepas, kebanyakan kerja yang dibawa pulang gagal disiapkan malah ia menganggu masa berkualiti untuk bersama keluarga.

2. Pulang dari tempat kerja pada pukul 3.30 pm.
Jika sebelum ini saya tidak mempunyai waktu yang tetap untuk pulang dari sekolah jadi mulai tahun ini saya akan keluar dari pagar sekolah pada pukul 3.30 kecuali hari jumaat. Tetapi sekiranya ada keperluan seperti mesyuarat dan sebagainya saya tetap akan tunggu. Waktu ini akan digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah. Tapi kalau tidak siap, saya tetap akan keluar dari pagar sekolah pada waktu itu. Jika perlu masa tambahan saya akan datang pada hari Sabtu.

3. Utamakan tugas  sendiri
Ini yang paling penting. Saya perlu utamakan tugas saya dahulu sebelum membantu tugas orang lain. Walaupun individu tersebut akan menangis kerana katanya hanya saya seorang yang pakar dalam kerja tersebut. Kejamnyer :D

4. Tiada kerja pada hari Ahad
Hari Ahad merupakan hari cuti dan saya tidak akan membuat kerja sekolah kecuali untuk aktiviti perkemahan.

5. Tertakluk kepada budi bicara
Jika ada berkara yang bertentangan dengan polisi saya ianya tertakluk kepada budi bicara saya.

Tetapi saya tetap utamakan polisi saya!

Sekian, wassalam

Cikgu Farizal