5 Ekor Kambing Semuanya…
Assalamualaikum & salam sejahtera..

Baiklah, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan memberi jawapan bagi soalan uji minda, berapa ekor kambing?
Ya, tepat sekali jawapan yang diberikan oleh Zul. 5 ekor kambing jawapannya. Tahniah Zul. Tetapi cara Zul menulis jawapan perlu dibaiki lagi. Cara Zul menulis jawapan adalah cara orang bijak matematik dan cara itu hanya akan difahami oleh orang yang bijak matematik. Walaubagaimanapun cara tersebut tidak salah)
Cara memberi jawapan yang baik (pada pandangan saya) ialah jawapan tersebut dapat difahami oleh orang yang tidak pandai matematik. Waktu saya di sekolah menengah dulu pun saya menghadapi masalah untuk menulis jawapan.
Jawapan tahu tetapi cara nak tulis tidak tahu
Abang saya menasihatkan supaya saya menulis jawapan seolah-olah cikgu matematik tersebut tidak pandai matematik.
Baiklah, seperti yang saya tulis dalam soalah tersebut. Jawapn tidak penting, tetapi cara menulis yang penting.
Ini cara menulis jawapan yang saya ingin kongsikan. [Read more]
Matematik Itu Mudah Tapi….
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Matematik susah ler…
Saya benci matematik… Saya selalu gagal dalam matematik…
Ungkapan ini kita sering dengar disebut oleh ramai pelajar yang sering gagal dalam matematik. Apabila diajukan soalan mengapa mereka gagal dalam matematik. Itu lah jawapan yang hampir pasti akan kita terima.
Matematik susah? Benarkah matematik susah. Sebenarnya matematik adalah antara matapelajaran yang mudah. Kita tak memerlukan kuasa super untuk menyelesaikan soalan matematik. Matematik juga tidak memerlukan kita menggunakan mikroskop

sumber: komplexify.com
Baiklah. Mengapa saya katakan matematik itu mudah? Walaupun saya pernah juga gagal dalam satu subjek matematik semasa menuntut di universiti dahulu tetapi bagi saya matematik tetap sesuatu yang mudah.
Kenapa?
Pertama. Jika kita lihat dan berfikir. Dari tadika sehinggalah ke universiti, sewaktu kita berlajar matematik, nombor yang kita jumpa ialah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Boleh dikatakan sepanjang lebih kurang 17 tahun kita berlajar sehingga dapat ijazah pertama hanya itu nombor yang kita jumpa. Tiada lagi nombor yang lain.Kalau anda mempunyai nombor yang lain sila nyatakan
Kedua. Dalam matematik juga kita hanya menggunakan empat operasi untuk menyelesaikan masalah iaitu +, -, x dan ÷. Hanya empat operasi itu sahaja. Kuasa dua? Kuasa dua adalah operasi darab nombor yang sama.
Sebenarnya dalam matematik hanya dua perkara di atas yang kita gunakan untuk menyelesaikan setiap soalan matematik. Kenapa? Tak percaya?
Ya, memang dua perkara itu sahaja.
Yang menjadi cabaran kepada kita ialah apabila bilangan digit nombor-nombor yang digunakan banyak.
Jika 1 + 1, tentulah mudah bagi kita untuk menyelesaikannya tetapi jika 7984254978245845 + 14725486474566578 tentu agak mencabar.
Lagi satu cabaran yang kita hadapi ialah apabila operasi tadi digabungkan dalam terbitan tertentu.
Kita masih boleh menyelesaikan masalah matematik sambil tersenyum
jika soalannya 9 x 4 + 2 – 105 ÷ 5. Tetapi jika soalan itu menjadi 1 + 1/2+1/3+1/4+…+1/98+1/99 + 1/100 tentu senyuman kita tadi akan hilang
Tahukah anda sebenarnya soalan 1 + 1/2+1/3+1/4+…+1/98+1/99 + 1/100 lebih mudah dari soalan 9 x 4 + 2 – 105 ÷ 5? Tak percaya? Cari dalam buku Add Math Form 4 (dengar add math, gerun ler tu
Add math pun matematik juga). Tentu anda akan tersenyum melihat cara menjawabnya. Mudahkan.
Apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam matapelajaran matematik? Masalah yang dihadapi sebenarnya hanya satu iaitu kegagalan memahami konsep asas matematik.
Setiap bab dalam matematik mempunyai konsep asas yang tersendiri. Jadi inilah cabaran yang sebenar dalam metematik iaitu memahami konsep asas matematik.
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuat latihan tubi. Saya cadangkan buat sehari… tak perlu banyak 20 soalan dah cukup. Tapi biasanya orang buat 50.
Jadi sebenarnya matematik tidak susah, cuma mencabar dan cabaranya adalah untuk memahami konsep asas matematik.
Ingat Matematik Itu Mudah Tetapi Mencabar.
Sekian, wassalam.
Selamat maju jaya.
Cikgu Farizal
Berapa Ekor Kambing?
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Berapa ekor kambing? Ini adalah soalan yang sering saya soal kepada murid dalam kelas pertama matematik. Tidak kira saya mengajar tahun4, 5 atau 6. Mungkin kalau saya mengajar tahap 1 sekali pun saya akan cuba tanya soalan ini.
Tujuan saya bertanya soalan bergini adalah untuk melihat kemampuan murid berfikir secara kreatif. Jika murid mampu menjawab. Sudah tentu murid tersebut berfikiran kreatif.
Soalan tersebut berbunyi bergini:
Di sebuah padang ada sejumlah manusia dan kambing. Jumlah bilangan kepala manusia dan kambing ialah 20. Jumlah bilangan kaki manusia dan kambing ialah 50. Berapa ekor kambingkah yang terdapat di padang tersebut?
Syarat :Kambing dan manusia adalah normal. Bukan cacat![]()
Baiklah, saya tinggalkan soalan ini untuk anda. Jawapan dan cara jawapan akan saya berikan minggu hadapan
Nota: Untuk soalan ini, bagi saya jawapan tak penting tetapi cara mendapatkan jawapan tersebut. Maklumlah murid sekolah rendah
Edit 19 Januari 2008: Klik untuk jawapan…
Sekian wassalam
Cikgu Farizal




on 

