Kurikulum Pendidikan Negara perlu berorientasikan masa depan

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kurikulum Pendidikan Negara perlu berorientasikan Kurikulum Masa Depan agar apa yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara mempunyai matlamat yang jelas bagi membentuk generasi masa depan yang lebih baik serta dapat mengelakkan pembaziran kos, tenaga dan sumber, kata seorang sarjana hari ini.

Prof. Saedah Siraj dari Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) berkata, adalah penting bagi penggubal kurikulum pendidikan mengenal pasti perkara besar yang kemungkinan akan berlaku pada masa depan terutamanya yang ada kaitannya dengan pendidikan manusia.

“Analisis serta pemerhatian masa depan secara saintifik perlu dilakukan terhadap arah aliran nasional dan global pada masa depan yang ada kaitannya dengan pendidikan manusia, sosio-ekonomi, politik, sumber manusia dan sumber tenaga, pertanian serta pertahanan,” katanya dalam buku bertajuk Kurikukum Masa Depan terbitan Universiti Malaya.

Beliau berkata dengan adanya data Kurikulum Masa Depan, ia akan dapat membantu sesebuah institusi atau negara membuat pelbagai persediaan termasuk kewangan, infrastruktur dan sumber manusia untuk mencapai matlamat masing-masing.

Prof. Saedah berkata, kajian Kurikulum Masa Depan boleh dijadikan pengimbang untuk menolak mana-mana dasar ataupun pelaksanaan kurikulum yang boleh merosakkan atau merugikan generasi masa depan dan negara.

Katanya, data daripada kajian itu juga dapat menyediakan satu kurikulum yang berupaya menangani keperluan mendadak dalam masyarakat kini dan masa depan di samping menjadikan generasi muda sekarang sebagai individu berpendidikan serta berpandangan luas untuk kehidupan yang lebih selesa.

Beliau berkata, apabila para perancang dan penggubal kurikulum mempunyai latar belakang Kurikulum Masa Depan, mereka akan dapat merancang konsep kurikulum yang berteraskan kepada budaya bangsa dan negara serta dapat diterima akal dan berakhlak.

“Ini kerana mereka bukan sahaja telah mengetahui dengan mendalam, malahan dapat menganalisis asas-asas falsafah negara, keperluan generasi muda masa kini dan juga penyelesaian permasalahan,” katanya.

Prof. Saedah berkata, dengan menggunakan pendekatan futuristik, termasuk mengenal pasti arah aliran semasa dan membuat jangkaan perubahan pada masa depan, maka para perancang dan penggubal kurikulum tidak akan menghadapi sebarang krisis untuk memilih dasar dan matlamat pendidikan untuk masa depan.

“Sebaliknya kepincangan pendidikan akan terlihat apabila dasar kurikulum tidak menjangkau jauh ke hadapan menerusi pendekatan futuristik,” tegas beliau.

Dalam buku setelah 200 muka surat itu, Saedah juga menyentuh disiplin pelajar pada masa depan yang menurutnya semakin mencabar ekoran perkembangan sains dan teknologi yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan hiburan yang melalaikan. – Bernama

5 Ekor Kambing Semuanya…

Assalamualaikum & salam sejahtera..

kambing.jpg

Baiklah, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan memberi jawapan bagi soalan uji minda, berapa ekor kambing?

Ya, tepat sekali jawapan yang diberikan oleh Zul. 5 ekor kambing jawapannya. Tahniah Zul. Tetapi cara Zul menulis jawapan perlu dibaiki lagi. Cara Zul menulis jawapan adalah cara orang bijak matematik dan cara itu hanya akan difahami oleh orang yang bijak matematik. Walaubagaimanapun cara tersebut tidak salah)

Cara memberi jawapan yang baik (pada pandangan saya) ialah jawapan tersebut dapat difahami oleh orang yang tidak pandai matematik. Waktu saya di sekolah menengah dulu pun saya menghadapi masalah untuk menulis jawapan.

Jawapan tahu tetapi cara nak tulis tidak tahu :(

Abang saya menasihatkan supaya saya menulis jawapan seolah-olah cikgu matematik tersebut tidak pandai matematik.

Baiklah, seperti yang saya tulis dalam soalah tersebut. Jawapn tidak penting, tetapi cara menulis yang penting.

Ini cara menulis jawapan yang saya ingin kongsikan. [Read more]

Berapa Ekor Kambing?

Filed Under Matematik · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

kambing.jpg

Berapa ekor kambing? Ini adalah soalan yang sering saya soal kepada murid dalam kelas pertama matematik. Tidak kira saya mengajar tahun4, 5 atau 6. Mungkin kalau saya mengajar tahap 1 sekali pun saya akan cuba tanya soalan ini.

Tujuan saya bertanya soalan bergini adalah untuk melihat kemampuan murid berfikir secara kreatif. Jika murid mampu menjawab. Sudah tentu murid tersebut berfikiran kreatif.

Soalan tersebut berbunyi bergini:

Di sebuah padang ada sejumlah manusia dan kambing. Jumlah bilangan kepala manusia dan kambing ialah 20. Jumlah bilangan kaki manusia dan kambing ialah 50. Berapa ekor kambingkah yang terdapat di padang tersebut?
Syarat :Kambing dan manusia adalah normal. Bukan cacat :)

Baiklah, saya tinggalkan soalan ini untuk anda. Jawapan dan cara jawapan akan saya berikan minggu hadapan :)

Nota: Untuk soalan ini, bagi saya jawapan tak penting tetapi cara mendapatkan jawapan tersebut. Maklumlah murid sekolah rendah :)

Edit 19 Januari 2008: Klik untuk jawapan…

Sekian wassalam

Cikgu Farizal