5 Kesilapan Biasa Pemain Catur Amatur

Filed Under Catur · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejatera….

tgnchess.jpg

Sepanjang 3 hari menjadi arbiter untuk pertandingan MSSMKL Zon Pudu (Menengah), saya dapati beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid. Walaupun sudah berkali-kali diingatkan, kesalahan yang sama tetap berulang.

Berikut adalah kesalahan yang dapat dikesan.

  1. Tidak menulis pergerakan permainan catur.
  2. Melakukan Castling dengan menggerakan Castle dahulu.
  3. Membuat bantahan selepas menurunkan tanda tangan.
  4. Menggunakan tangan yang berbeza untuk mengerakan buah catur dan menekan jam.
  5. Tidak mencatat pergerakan pemainan apabila masa lawan kurang dari 5 minit padahal masa permain masih lebih dari 5 minit.

Kesilapan-kesilapan di atas perlu dibaiki kerana sekiranya lawan membuat bantahan, pemain yang melakukan boleh diistiharkan kalah :(

Itu sahaja buat kali ini, keputusan pertandingan tersebut akan menyusul kemudian.

Sekian, wassalam.

Cikgu Farizal