Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sedar tak sedar, sudah dua minggu cuti sekolah berlalu. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua yang bercuti sekolah :)

Manfaatkan cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Walaupun sudah 2 minggu sekolah bercuti, tetapi saya baru sahaja sampai ke kampung jam 0310 tadi. Ini kerana banyak tugasan yang perlu diuruskan. Kebetulan pula isteri bertugas pada hari Jumaat yang lalu.

Perjalanan yang semalam yang sepatutnya mengambil masa 7-8 jam menjadi 10 jam kerana tersanggut dalam banjir di Kuala Krai. Dekat 2 jam juga saya terpaksa menunggu disitu. Alhamdullillah, jam 0145 pagi, kami dibenarkan melalui jalan yang dinaiki air dengan pemantauan dari pihak polis. TQ polis Kuala Krai kerana menjaga keselamatan kami :D (more…)