122,000 guru Matematik, Sains selesai ikuti ETeMS
Filed Under Artikel, PPSMI · Tagged: English, Etem, Komputer, Laptop, LCD, Mathematic, PPSMI, Science
Petikan dari Berita Harian Online, oleh Syuhada Choo Abdullah
Kementerian tumpu pengukuhan kemahiran melalui kaedah EMS
KEMENTERIAN Pelajaran selesai melaksanakan kursus English for the Teaching of Mathematics and Science (ETeMS) membabitkan kira-kira 122,000 guru mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datin Asariah Mior Shaharuddin, berkata latihan itu dijalankan sejak 2002 sehingga tahun lalu selaras pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Berikutan itu, katanya, kementerian kini menumpukan latihan kepada guru terbabit menerusi program bimbingan dan sokongan, English for Mathematics and Science (EMS), mulai 2007.
Bagaimanapun, beliau berkata, pengisian program itu memfokus kepada pengukuhan terhadap sebilangan guru yang sudah mengikuti ETeMS tetapi penguasaan mereka masih perlu dipertingkatkan.
“Program ini dijalankan secara ‘on-site’ di mana guru berkenaan akan mengikutinya di sekolah, antara lain menerusi sistem bimbingan taulan membabitkan kerjasama dan bantuan guru subjek Bahasa Inggeris.
“Ini adalah suatu usaha berterusan. Selain itu, BPG turut mengambil inisiatif membina modul khusus kepada mereka.
“BPG menyediakan garis panduan penggunaan modul pembelajaran akses kendiri kepada guru berkenaan mengikut tahap penguasaan masing-masing.
“Tahap itu meliputi tiga modul iaitu permulaan, pertengahan dan lanjutan dengan tema tertentu yang perlu diikuti guru terbabit.
“Dalam konteks ini, pihak sekolah sendiri berperanan mengenal pasti guru yang perlu mengikuti EMS,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya.
Berkaitan perkembangan itu, Asariah berkata, kementerian kini lebih menjurus ke arah pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru secara berasaskan sekolah.
Sambil menjelaskan pelbagai kaedah digunakan dalam pelaksanaan itu seperti sistem bimbingan taulan dan modul pembelajaran akses kendiri, katanya, langkah terbabit antara lain bertujuan mengurangkan kadar ketiadaan guru di sekolah ekoran menyertai kursus seumpama di luar.
Selain itu, beliau berkata, ia juga sebagai inisiatif sekolah mengenal pasti jenis kursus diperlukan guru mereka, bukan saja bagi pelaksanaan PPSMI tetapi mencakupi semua subjek lain.
“Latihan dalam perkhidmatan ini wajar kerana pengetua dan guru besar lebih maklum aspek latihan peningkatan profesionalisme yang diperlukan guru di sekolah masing-masing.
“Bagi pelaksanaan ini, BPG menyediakan garis panduan dan bantuan diperlukan, selain memperoleh kerjasama daripada pihak jabatan pelajaran negeri serta pejabat pelajaran daerah,” katanya.
Tugas Guru Penyelaras PPSMI
Filed Under Ask CFDC, PPSMI, Tugas Guru · Tagged: English, Guru PPSMI, Laptop, Matematik, Permintaan Anda, PPSMI, Science, Tugas Guru
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Setelah semalam tidak dapat mengemaskini blog atas masalah tenikal, hari ini saya akan memenuhi pemintaan salah seorang pembaca blog ini iaitu Cikgu Anis dari Klang. Dalm email beliau kepada saya, beliau meminta agar saya menyenaraikan tugas-tugas penyelaras PPSMI.
Jadi untuk tidak menghampakan beliau, saya akan menyenaraikan tugas-tugas tersebut.
- Membaca, memahami dan melaksanakan dasar, pekeliling dan arahan KPM /JPN/PPD/ yang berkaitan PPSMI.
- Memastikan maklumat terkini PPSMI disebar luas dalam kalangan warga sekolah.
- Memastikan peralatan dan bahan P&PPSMI digunakan secara optimum dan berhemah.
- Merancang dan memastikan penggunaan secara optimum costware yang sesuai dalam P&P.
- Membantu Guru Besar memilih bahan rujuk / tambahan serta peralatan yang berkaitan.
- Menyedia dan mempamerkan senarai peralatan dan bahan P&PPSMI.
- Menyediakan dan melaksanakan Buku Pergerakan Peralatan dan bahan P&PPSMI.
- Mencadang idea / pandangan untuk tujuan penambahbaikan.
- Mewujudkan dan mengemaskini fail berkaitan peralatan dan bahan P&PPSMI.
- Melaksanakan sebarang tindakan yang sejajar dan bersesuaian dengan keadaan, seterusnya melaporkan kepada pihak pengurusan.
- Merekod dan menyelenggara sebarang kerosakan peralatan.
- Memastikan semua peralatan dikembalikan mengikut waktunya dan lengkap dengan aksesori yang sepatutnya.
- Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
- Memastikan peralatan ICT berada dalam keadaan selamat.
Itu sahaja senarai tugas guru penyelaras PPSMI yang saya tahu. Moga membantu.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Permintaan Aunty mengenai kaedah menghafal sifir akan menyusul nanti, insyaallah.





