Assalamualaikum & Salam sejahtera…

lubang2.jpg

Seperti saya telah saya tulis semalam, hari ini kami akan mengali lubang untuk acara lompat jauh dengan menggunakan teknik rahsia setelah semalam gagal melakukanya kerana tanah keras dan berbatu.

Hari ini saya agak lambat sampai ke sekolah. Memandu pun agak perlahan. Bukan disebabkan kesesakan lalulintas tetapi sengaja menghayati pemanduab di jalanraya yang tidak sesak. Boleh dikatakan tiap pagi saya terperangkap dalam kesesakan lalulintas walaupun keluar dari rumah jam 0625.

Kerja menggali lubang untuk dijadikan gelanggang lompat jauh dimulakan ketika jam hampir menyusun jarumny.

Kira-kira 2 jam selepas itu kerja menggali pun siap. Bukan satu tetapi dua lubang untuk dijadikan gelanggang acara lompat jauh.

Teknik rahsia yang dimaksudkan itu adalah dengan menggunakan (more…)

Assalamualaikum & salam sejahtera….

galilubang.jpg

Gali lubang? Lubang apa yang hendak digali?

Ha..ha… Hari ini saya mempunyai satu misi iaitu mengali lubang untuk acara lompat jauh. Lubang ini digali untuk mengubah arah tempat berlari bagi acara lompat jauh. Ini kerana tempat larian untuk acara lompat jauh yang sebelum ini berlopak dan becak.

Oleh kerana hari ini hari cuti sempena Hari Wilayah, maka saya dan team pengurusan hari sukan tahunan sekolah mengambil kesempatan untuk menyiapkan gelanggang untuk acara lompat jauh. Setelah minggu lepas berjaya menyiapkan gelanggang untuk acara larian maka minggu ini tibalah pula masanya untuk menyiapkan gelanggang lompat jauh.

Bukan kami sahaja yang mengambil kesempatan pada hari cuti ini. Pasukan bola sepak, bola baling dan juga pasukan sepak takraw sekolah juga mengadakan latihan pada hari ini.

bolabaling.jpg

Pasukan Bola Baling Sekolah sedang berlatih.

Pasukan bola baling sekolah berhasrat untuk menjadi johan negeri pada tahun ini bagi pasukan wanita dan berharap ada perkembang positif bagi pasukan lelaki.

Baiklah, kita lupakan dahulu mengenai pasukan bola baling. Kita kembali mengali lubang.

Setelah hampir 2 jam (more…)

Laman 1 dari 11

Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory Directory of Education/Research Blogs Bloggers Directory Blog Directory & Search engine

blogarama - the blog directory