Nak Makan Kat Mana Ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama tak menulis, Tuan Haji Bakil pun dah macam bosan dengan blog ini. Minta maaf banyak-banyak. Lepas raya ni busy sangat-sangat. Ulangkaji dengan budak-budak tahun 5, PROTIM, SQSS dan Briged Bestari. Esok nak interview calon-calon Briged Bestari generasi pertama sekolah.

Baiklah, untuk memastikan Tuan Haji Bakil terus menjadi penggunjung setia blog ini. Saya akan menulis sesuatu pada malam ini.

Seperti lazimnya, menjelang akhir tahun sebegini, kebanyakkan Kelab Guru dan Staf akan menganjurkan majils makan akhir tahun. Sama ada Hi-Tea atau Dinner.

Dalam kegairahan memilih hotel untuk dijadikan santapan. Jangan lupa perkara yang paling penting bila kita ingin makan. Bukan taraf bintangnya sesuatu hotel, tetapi yang paling penting halal atau tidak makan yang disajikan. Ingat, kamu apa yang kamu makan!

Sewaktu melayari internet sebentar tadi. Saya terjumpa lam web blog Dr Azwan yang menulis mengenai “Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang – Halal Atau Haram?”. Gerun juga saya membacanya. Terima kasih Dr Azwan diatas info yang menarik.

Setelah melayari laman web HalalJakim.gov.my baru saya tahu cuma ada 12 hotel di Kuala Lumpur yang diberikan sijil halal oleh JAKIM. Untuk maklumat sila layari http://www.halaljakim.gov.my/hotel_halal.php.

Rupanya banyak juga hotel yang saya dah pernah pergi makan tak ada dalam senarai. Geli geleman tekak den. Ok itu sahaja untuk malam ini. Selamat menjamu selera.

Sarapan Pagi, Penting Atau Tidak?

Filed Under Blog · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

bfast.jpg

Apa khabar anda hari ini? Dah sarapan atau belum?

Jika anda memasuki kelas pada waktu pertama dan menyoal anak murid anak soalan ini pasti anda memperolehi 2 jawapan yang berbeza. Ada yang sudah dan ada yang belum?

Jika ditanya kenapa mereka tidak sarapan pagi, pelbagai jawapan yang diterima.

  1. Tak sempat.
  2. Mak tak masak.
  3. Tak berselera makan diwaktu pagi

dan macam-macam lagi jawapan yang kita terima.

Sarapan pagi, penting atau tidak?

Sarapan pagi adalah seseuatu yang amat penting dan merupakan satu kemestian. Kenapa begitu. Setelah lebih kurang 4-6 jam kita tidur, dan sebenar banyak tenaga dihabiskan sewaktu kita tidur. Ya, sewaktu kita tidur pun banyak tenaga digunakan. Kira-kira seketul ayam goreng nilai tenaga yang digunakan. Sewaktu kita tidur tenaga digunakan untuk tumbesaran dan seumpamanya.

Jadi kehilangan tenaga yang banyak memerlukan kita mengantikan dengan bekalan tenaga yang baru secepat mungkin atau di awal pagi kerana kita akan menjalani kehidupan yang lebih aktif di siang hari. Pelbagai aktiviti dilakukan dan sudah tentu banyak tenaga yang diperlukan.

Berapa kuantiti yang sarapan yang diperlukan?

Kuantiti pemakanan harian yang diperlukan adalah mengikut keperluan individu. Tetapi bagi saya, saya suka makan banyak di waktu pagi. Saya makan mengalahkan makan tengah hari.

Keperluan sarapan pagi bagi murid sekolah.

Belajar memerlukan banyak tenaga. Jika mereka tidak sarapan pagi mereka terpaksa belajar selama 3 jam dengan perut kosong. Ini sudah pasti tidak baik untuk pembelajaran mereka. Perut yang kosong biasanya mengganggu penumpuan murid dalam kelas terutama waktu sebelum rehat.

Kesimpulanya.

Biasakan anak kita sarapan bagi walaupun dengan secawan milo panas dan sekeping sandwich.

Wassalam

Cikgu Farizal