Takwim Peperiksaan Tahun 2008

Filed Under Jadual Peperiksaan · Tagged: , , , , , , ,  

Assalamualikum & salam sejahtera….

exam.jpg

Hari ini penat sedikit sebab aktivit ko-kurikulum, 2 mesyuarat dan lawatan dari unit ICT Jabatan Pelajaran Wilayah. Hari ini juga syarikat penyelenggaran turut datang untuk menyelenggara makmal komputer bagi PM4. Semua tu saya terlibat dengan secara langsung.

Oh lupa… Hari juga latihan intensif pasukan catur sekolah bermula. Jadi tiada apa yang saya dapat kongsikan.

Baiklah di sini saya sertakan Takwim Peperiksaan Tahun 2008 yang saya copy & paste dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi sesiapa yang mempunyai anak, adik atau abang sila catatkan tarikh penting ini. Kalau boleh minta cuti waktu ini bagi menemani anak mengambil peperiksaan. Seronok sungguh saya lihat ibubapa di sekolah saya berkampung setiap kali UPSR :)

jadualpep2008.jpg

Bagi yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini saya doakan semoga berjaya. Ingat mulakan belajar dari sekarang. Jangan tunggu dekat nak periksa baru nak mula. Kalau belum mempunyai panduan dapatkan buku-buku motivasi seperti Motivasi Alihan Pelajar atau hadirkan diri dalam program program motivasi dan persediaan peperiksaan.

Sekian wassalam

Cikgu Farizal

Motivasi Alihan Pelajar

Assalamualaikum & salam sejahtera…

covermap1.jpg

Alhamdullillah, akhirnya dapat juga saya menghabiskan pembacaan buku Motivasi Alihan Pelajar. Lama juga masa yang saya ambil untuk membaca buku setebal 246 muka surat ini. Kira-kira 5 hari baru saya habis membacanya. Seingat saya sewaktu zaman sekolah menengah dahulu, buku setebal ini saya mampu membaca 2 buah sehari. Mungkin waktu itu saya tidak sibuk dan komitmen juga kurang. Sekarang memang sukar untuk mencari ruang untuk membaca. Walaubagaimanapun saya sentiasa berusaha agar dapat membaca sekurang-kurangnya 2 buah buku sebulan.

Sewaktu membaca buku ini saya terfikir, alangkah bagusnya jika buku ini wujud 15 tahun yang lalu. Jika buku ini saya baca 15 tahun yang lalu mungkin hidup saya akan lebih cemerlang. Dan banyak kesilapan yang saya dapat elakan :) Tetapi saya tetap yakin apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk saya adalah lebih baik dari apa yang terbaik yang pernah saya fikirkan untuk diri saya :)

Sebanyak 23 bibliografi yang hebat menjadi rujukan penulis sudah cukup membuktikan buku ini adalah sebuah buku motivasi yang hebat dan wajib dibaca oleh semua golongan terutama pelajar. Ditambah pula buku ini dihasilkan dari pengalaman lebih dari 12 tahun penulis mengendalikan kursus Motivasi Alihan Pelajar. Seramai lebih 50 000 orang pelajar telah mengikut kursus motivasi tersebut. [Read more]